Jumaat, November 27, 2009

Salam Eidil Adha 2009

Jumaat, 27/11/2009 - Hari Raya Haji tahun ini disambut sederhana tapi meriah walaupun keadaan cuaca masih tidak menentu dengan keadaan banjir yang melanda Pantai Timur sekarang. Namun, cuaca di pagi Raya dimulakan dengan hujan renyai-renyai sekejap pada pagi kemudian terus cerah sehingga selesai acara korban lembu. Pagi raya dimulakan dengan solat sunat hari raya dan khutbah raya, disusuli jamuan makan pagi. Kemudian, keluarga terlibat bergegas ke rumah Ayah Oud untuk acara korban lembu. Ayah Wae, Su Nie dan Along terlibat untuk acara korban tahun ni. Acara bermula lewat dalam kul 10.30 pagi. Namun, lembu pilihan nampaknya naik angin menyebabkan acara sembelih 'delayed'. Acara korban selesai lewat dalam kul 1.15 petang. KESIMA JAYA mengucapkan Selamat Hari Raya Eidil Adha....

Selesai solat hari raya...

Menjamu selera....

Menunggu acara korban...


Lembu naik minyak...

Allahuakbar....
Melapah...

Sedia untuk dibahagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan