Ahad, Jun 17, 2012

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil di Tmn Sri Intan

Sabtu, 16/6/2012 - Satu majlis tahlil bulanan telah diadakan di Taman Sri Intan. Majlis bermula dengan solat Maghrib kemudian diteruskan dengan bacaan Yaasin & Tahlil. Selesai tahlil solat isyak kemudian disusuli jamuan makan. Satu 'surprise' bila tiba-tiba lampu terpadam dan keluar kek istimewa 'Selamat Hari Bapa'. Sambutan Hari Bapa diteruskan dengan menyuap kek kepada bapa masing-masing oleh anak-anak. Majlis kemudian diteruskan dengan pemberian hadiah kepada kaum bapa. KESIMA JAYA mengucapkan 'SELAMAT HARI BAPA' kepada semua kaum bapa dan terima kasih kepada ibu-ibu dan anak-anak yang menjayakan Sambutan HARI BAPA 2012.
bacaan Yaasin..
khusyuk..
 menu hidangan..
 selamat hari bapa....

acara menyuap kek kepada ayah..
 kembar turut hadir...
acara pemberian hadiah kepada bapa..

Ahad, Jun 10, 2012

Makan-makan di rumah Mok Long

Selasa, 5/6/2012 - Majlis makan malam telah diadakan di rumah Mok Long sempena meraikan pengantin baru. Semua warga KJ hadir kecuali Along dan AbeNgah yang telah balik ke KL. Makan malam bermula selepas Isyak. Menu hidangan disediakan oleh Chef Wan dan Mok Long.
sedap tu sup.......

peace.....
control hensem....
kaum bapa dan tok mek...
pengantin baru red warrior...

Makan-makan di rumah Cik Nor

Isnin, 4/6/2012 - Majlis makan tengahari dibuat di rumah Cik Nor & Chef Wan sempena makan bersama pengantin baru. Semua warga KESIMA JAYA hadir kecuali keluarga Ayah Uda yang berada di KB. Menu makan ialah nasi ayam yang telah disediakan oleh Chef Wan sekeluarga.
chef Wan menyiapkan hidangan...
jemput makan...
pengantin baru turut bersama...

Selamat Pengantin Baru Angah

Sabtu, 2/6/2012 - Majlis 'bekwah' dan perarakan ke rumah pengantin lelaki telah diadakan pada hari ini. Majlis bermula jam 12.00 tengahari dengan kedatangan tetamu jemputan. Jam 1.00 petang keluarga pengantin perempuan tiba. Keluarga pengantin dan pengantin dijamu makan. Jam 4.00 petang keluarga pengantin perempuan berangkat pulang. KESIMA JAYA mngucapkan "Selamat Pengantin Baru Angah & Liyana" dan mengalu-alukan warga baru dalam KESIMA JAYA.
rombongan pengantin perempuan tiba..
pengantin dijemput naik ke rumah...
santapan pengantin...

jemput makan....

bergambar sebelum bertolak pulang...