Isnin, Disember 20, 2010

Solat Hajat Rumah Along

Sabtu, 18/12/2010 - Satu majlis solat hajat dan tahlil telah diadakan di kediaman Along di Pandan Mewah bersempena naik rumah baru. Program bermula jam 12.30 tengahari dengan kedatangan tetamu. Solat hajat selepas solat Zuhur dan kemudian tahlil ringkas diadakan. Jamuan nasi ayam telah dihidangkan. Antara yang hadir, Tok Mek, keluarga Serendah, Cheras, Bangi, Puchong dan Penchala. Selepas makan, acara mandi kolam kanak-kanak.

baru tiba...

menu nasi ayam...

makan time...

di ruang tamu...

Rabu, Disember 08, 2010

Kunjungan ke Tasik Perdana dan Istana Budaya

Selasa, 7/12/2010 - Sempena cuti sambutan Awal Muharam, KESIMA JAYA berpeluang berkunjung ke Taman Tasik Perdana. Kami bertolak ke sana jam 3.30 petang dan berkelah. Kami berpeluang melihat landskap taman yang indah serta menaiki tren taman mengelilingi tamanTasik Perdana. Kemudian kami bertolak ke Kg. baru untuk singgah makan malam di Restoran Lala. Selesai makan kami bertolak ke Istana Budaya untuk singgah solat Maghrib. Di IB kami berpeluang bergambar dengan artis AF Dafi.
berkelah...
gambar kenangan...
makan di Restoran Lala...

Istana Budaya...

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil di SGP

Isnin, 6/12/2010 - Satu majlis bacaan Yaasin & Tahlil bulanan telah diadakan di kediaman Su Nie. Majis telah dihadiri oleh Tok Mek, keluarga Mak Long, Uda, Ayah Ngah dan Ayah Lah. Majlis bermula selepas solat Isyak dengan kata-kata aluan oleh Pengerusi. Pengerusi mengucapkan 'Selamat Tahun Baru Hijrah 1432' dan memulakan bacaan Yaasin & Tahlil kemudian disudahi bacaan doa oleh Ayah Su. Jamuan nasi disediakan. KESIMA JAYA mengucapkan 'Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432'. Semoga tahun mendatang ini akan lebih baik daripada tahun sebelum ini.

antara yang hadir..

yaasin..

jemput makan...

Isnin, Disember 06, 2010

Kunjungan ke MAHA 2010

Sabtu, 5/12/2010 - Pada hujung minggu KESIMA JAYA telah berpeluang berkunjung ke pusat pameran pertanian yang terbesar MAHA 2010 di MAEPS Serdang. Kami bertolak selepas Zuhur. Namun atas seba-sebab yang tidak dapat dielakkan, kami bertolak tidak serentak, maka terjadilah dua kelompok. Satu kumpulan berada di pintu A1 ( bahagian pertanian) dan satu lagi di pintu A2 ( penternakan). Oleh yang demikian satu kumpulan berada di tempat dipenuhi pokok-pokok dan satu lagi di tempat lembu kambing Keadaan trafik memang sesak dengan kenderaan berpusu-pusu juga orang-ramai berasak-asak untuk ke gerai.
jom pekena kfc dulu....

gambar kenangan...
tengah pilih ape tu...

Kunjungan ke I-City

Jumaat, 3/12/2010 - Pada malam minggu, KESIMA JAYA berpeluang untuk mengunjungi taman yang dipenuhi kerlipan lampu-lampu yang menarik di I-City Shah Alam. Keluarga Mak Long, Ayah Lah dan Su Nie, bertolak ke Shah Alam selepas Isyak dan sampai di sana pada pukul 9.30 malam. Kerlipan lampu warna warni dan indah memukau pandangan mata semua pengunjung di sana. Kami berkesempatan berjumpa dengan Shida dan Pok Eng yang turut berkunjung di sana. Kami bertolak pulang pada jam 12.00 tengah malam.

peace....

lawa wehhh lampu.....

bergambar dengan rusa...

Khamis, Disember 02, 2010

Makan Sate Kajang

Rabu, 1/12/2010 - Pada malam, KESIMA JAYA bercadang untuk makan sate Kajang. Selepas Isyak, kami bertolak ke kedai Sate Kajang Samuri. Kami telah menggunakan barisan meja yang panjang dengan suasana yang meriah. Sebanyak lebih kurang 200 lebih cucuk sate di 'order' bersama-sama dengan nasi himpit. Kami makan sampai kenyang. Selepas itu, kami singgah sebentar di taman permainan kanak-kanak berhampiran stadium bagi memberi ruang kanak-kanak berhibur. Jam 11 malam kami bersurai dan mengucapkan selamat jalan kepada keluarga Ayah Wae Cik Nor yang akan berangkat ke Kelantan pagi esok. Semoga selamat dalam perjalanan nanti.
tempat makan...
jom makan sate...

habis tu sate...

di taman...

Selasa, November 30, 2010

Hari Keluarga KESIMA JAYA 2010

Ahad, 28/11/2010 - Hari Keluarga KESIMA JAYA 2010 akhirnya selamat diadakan di Bukit Gambang setelah di saat akhir berlaku pertukaran lokasi dan masa. Hari Keluarga dimulakan dengan sarapan pagi. Kemudian, aktiviti kesukanan diadakan di padang bersebelahan apartment. Beberapa acara diadakan yang dikendalikan oleh Brother Burn. Antara acara yang diadakan ialah ibu bapa, anak remaja dan kanak-kanak. Dalam acara ibu bapa lari mendapatkan bola dengan mata bertutup dimenangi oleh keluarga Uda. Manakala bagi acara menghias 'make-up' model telah dimenangi oleh kumpulan Along. Bagi acara kanak-kanak dimenangi oleh kumpulan Aniq. Selesai acara sukan, pemberian hadiah diberikan kepada pemenang dan keluarga terlibat. Selain itu, acara pemberian insentif saguhati kepada ahli dan anak yang dapat melanjutkan pelajaran dan mendapat anak. Selesai acara, semua mengambil peluang untuk mandi kolam. Kami bertolak pulang ke rumah jam 1.00 petang.

bestnye mandi kolam...

acara mickey mouse...

acara 'make-up' model...

acara kanak-kanak...

bersama hadiah...

bersiap untuk pulang...

Perjalanan ke Bukit Gambang

Sabtu, 27/11/2010 - Seawal jam 8.00 pagi warga KESIMA JAYA bersiap-siap untuk bertolak ke Bukit Gambang. Setelah semua bersiap, jam 9.15 pagi warga KESIMA JAYA bertolak dari rumah Mata Ayer manakala warga KL bertolak dari KL. Perjalanan mengambil masa 5 jam dari Kelantan manakala 3 jam dari KL. Kami selamat sampai dan berkumpul di Bukit Gambang jam 2.30 petang. Jam 3.30 petang semua bersiap dan bertolak ke Taman Tema Air menaiki tren. Kami selesai bermain air jam 6.00 petang. Pada malam, kami berkumpul dan bermesyuarat tentang perjalanan aktiviti Hari Keluarga pada esoknya.

baru tiba... lapar...lapar..

sape dah dapat tiket angkat tangan...

naik tren...

besttt.....

laju...laju...

gambar kenangan...

Makan Malam di PC

Rabu, 24/11/2010 - Satu majlis makan malam diadakan di kediaman Cik Nor di Pulai Chondong. Makan malam di hadiri oleh keluarga Serendah, Pangkal Gong dan Su Nie. Selesai jamuan makan, perbincangan ringkas perancangan perjalanan ke Bukit Gambang. Perjalananan dirancang seawal jam 9.00 pagi akan bertolak ke Bukit Gambang.

Mak Long bercerita..

ulam cicah budu...

makaroni bakar....

Rabu, November 24, 2010

Makan Malam Di PG

Selasa, 23/11/2010 - Sempena cuti sekolah, Mak Long telah mengadakan makan malam di kediamanan Pangkal Gong. Turut hadir Tok Su Amran. Menu masakan siakap 3 rasa special, daging bakar. Selepas makan, kami turut berbincang perancangan untuk Hari Keluarga pada 27-28 November nanti.

siakap...

makan...

Bekwah Rumah Mok/Tok Lah

Isnin, 22/11/2010 - Satu majlis kenduri kahwin telah diadakan di rumah Mok/Tok Lah di Tanah Merah sempena perkahwinan Lukman. Di kesempatan ini, warga Kesima Jaya turut memeriahkan majlis. Keluarga Cik, Cik Nor, Su Nie turut hadir bersama Tok Mek. Kami sampai pada pukul 4.00 petang.

Menjamu selera...

Afiqah or Aqilah...

Aqilah or Afiqah..

Pengantin....

Rabu, November 17, 2010

Salam Aidil Adha... versi KL/Selangor

Rabu, 17/11/2010 - Tahun ini sambutan Aidil Adha kurang meriah bagi KESIMA JAYA di kampung kerana tidak cukup korum dan menjadi sejarah kepada warga KESIMA JAYA KL kerana terpaksa berhari raya di perantauan demi menjalankan tugas dan amanah kepada anak bangsa dan negara. Walaupun di perantauan, warga KESIMA JAYA berjaya menghidupkan suasana hari raya dengan berkumpul di kediaman Bangi. Seawal jam 8.00 pagi keluarga Ayah Ngah dan Su Nie telah ke surau untuk menunaikan solat Aidil Adha. Jam 9.15 pagi lima (5) ekor lembu telah berjaya dikorbankan dengan dimeriahkan bersama-sama penduduk di taman perumahan. Kemudian daging diagihkan kepada semua penduduk di sekitar. Selain itu terdapat acara cabutan bertuah dan majlis cukur jambul. Pada tengahari, keluarga Ayah Lah dan Uda telah datang berkumpul bersama-sama memeriahkan Aidil Adha. Di kesempatan ini, lokasi dan tarikh Hari Keluarga masih menjadi agenda perbincangan namun masih belum mendapat kata putus kerana didapati lokasi cadangan terdahulu telah 'full- booked' sempena cuti sekolah. Kami bersurai dan pulang ke kediaman masing-masing selepas Maghrib. KESIMA JAYA mengucapkan 'Salam Aidil Adha'...semoga pengorbanan pada tahun ini menjadi ibadah dan diredhai Allah..

selesai solat hari raya...

sejarah dicipta...

muafakat...

santai...

siap untuk pulang..

Ahad, November 14, 2010

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil di Puchong

Sabtu, 13/11/2010 - Satu majlis bacaan Yaasin dan Tahlil telah diadakan di kediaman Ayah Lah Puchong. Majlis pada asalnya dijadualkan selepas Maghrib telah ditunda kepada selepas Isyak. Ini kerana ada berlaku kemalangan di highway KESAS menyebabkan kelewatan kedatangan Along dan Uda. Majlis telah dihadiri oleh keluarga Ayah Ngah, Uda, Su Nie, Along dan Achik yang baru tiba dari Johor. Bacaan Yaasin telah dipimpin oleh Uda dan disudahi dengan bacaan doa oleh Ayah Su. Kemudian jamuan makan dengan masakan siakap tiga rasa 'special'. Selesai menjamu selera, perbincangan ringkas telah diadakan berkenaan Hari Keluarga. Perbincangan telah memutuskan lokasi hari keluarga diubah ke Tiara Beach Resort Port Dickson dan dijangka diadakan pada 4 dan 5 Disember 2010. Namun keputusan rasmi belum diputuskan kerana persetujuan dicapai hanya antara warga KESIMA JAYA KL tetapi tidak melibatkan ahli di kampung. Kos keseluruhan melibatkan penginapan dan aktiviti untuk hari keluarga dianggarkan RM 4 ribu lebih.

Yaasin...

Achik turut bersama...

siakap tiga rasa 'special'..