Selasa, April 28, 2009

Shopping di Metro Kajang

Ahad, 26/4/2009 - Di sebelah pagi, keluarga Ayah Ngah, Ayah lah dan Su Nie telah ke padang bola di taman PKNS bersebelahan Billion sempena acara sukan PASTI peringkat Parlimen Serdang. Aniq telah mewakili PASTI Sri Melor dalam acara bolasepak. Selesai di padang, kami ke Metro Kajang untuk shopping.

Kelantan Akur Kekuatan Selangor

Sabtu, 25/4/2009 - Ayah Ngah, Ayah Lah dan Ayah Su telah pergi ke Stadium Bukit Jalil bagi melihat secara 'live' dan memberi sokongan kepada skuad Red Warriors yang menentang Red Giants dalam perlawanan bolasepak final Piala FA. Kami sampai awal di stadium dalam pukul 6.00 petang tetapi susah mendapat 'parking'. Suasana di perkarangan dalam dan luar stadium telah dipenuhi dengan lautan manusia yang berwarna merah sehingga kami terpaksa berjalan jauh kerana kereta terpaksa 'parking' dekat rumah org berdekatan Carefour. Keputusan perlawanan Selangor menang dengan tendangan penalti.


kenderaan telah memenuhi perkarangan stadium sejak kul 3.00 ptg lagi..


bergambar bersama penyokong fanatik...


suasana di stadium...


penyokong Red Warriors...


menunggu saat penentuan..

Shopping di Jln TAR & SOGO

Sabtu, 25/4/2009 - Keluarga Ayah Ngah dan Su Nie telah ke KL untuk mencari baju batik sempena Majlis Along nanti. Kami sampai di Jln TAR dalam pukul 12.00 tgh. Baju batik telah dijumpai di kedai D'Batik Collection. Setelah itu kami telah pergi ke SOGO untuk melihat 'big sales'. Kami bergegas pulang ke Bangi dalam kul 3.00 petang kerana pada malam nanti perlawanan bolasepak Piala FA akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil antara Kelantan menentang Selangor.


melihat tudung ekin..


kedai pilihan...


pelbagai batik pilihan...


kanak-kanak di tempat mainan SOGO...


Along singgah di SOGO ambil tiket bola..

Ahad, April 05, 2009

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil di Cheras

Pada sebelah malam, satu majlis bacaan Yaasin dan Tahlil telah diadakan di rumah Uda. Walaupun pada petang itu, hujan yang amat lebat, program tersebut telah dapat diadakan seperti yang dirancang. Majlis telah bermula dengan sembahyang Maghrib berjemaah di Surau Kuarters kemudian bacaan Yaasin dan Tahlil telah dimulai oleh Uda. Setelah Isyak, jamuan nasi telah dihidang dengan lauk sup special dan ikan pedas berempah serta ayam’KFC’. Selepas itu, aktiviti menjual kain-kain tudung dan baju diteruskan oleh kaum-kaum ibu. Hal-hal lain turut membincangkan kemungkinan balik atau tidak ke Kelantan sempena tahlil hari 40 nanti dan juga isu kerja-kerja membaiki rumah di Mata Ayer. Program pada malam itu di tangguhkan
pada pukul 12.00 tgh malam.



Bacaan Yaasin...


Tekun membaca...


Jamuan nasi dengan lauk 'special'....

'Hi-Tea' di kediaman Bangi

Setelah sampai dari Nilai 3, kami (kecuali keluarga Uda) menikmati jamuan 'Hi Tea' di perkarangan kediaman Ayah Ngah di Bangi. Hidangan masakan istimewa Cik Ngah yang sedap amat menyelerakan semua termasuk kanak-kanak riang.


Berselera...


Kanak-kanak riang turut makan bersama...

'Shopping' di Nilai 3

Sabtu, 4/4/2009 - Cadangan telah dibuat oleh Ayah Ngah untuk 'shopping' di Nilai 3 bagi persiapan kenduri di rumah Abe Hasan(kahwin Along) nanti. Lanjutan itu, keluarga Uda, Ayah Ngah, Ayah Lah dan Su Nie telah bersetuju untuk pergi ke Nilai 3.Turut bersama Along. Kami berkumpul di Bangi. Cadangan asal bertolak pukul 8.00 pagi tetapi telah ditunda pukul 10 pagi. Kami telah selamat tiba di Nilai 3 pukul 11.15 pagi. Ayah Lah menyusul kemudian. Tema pemilihan kain adalah warna ungu, ada yang nak ungu terang ada yang nak ungu cerah jadi susah jugak nak cari kain yang sesuai dengan tema tersebut. Setelah selesai tawar menawar, kain berjaya dibeli hanya bagi kaum ibu. Kami bertolak pulang ke Bangi pukul 2.30 petang dan selamat tiba pukul 3.00 petang.


Baru tiba di Nilai 3....


Bergaya di kedai kain...


Rehat seketika...


Ayah Lah baru sampai...


Sibuk membuat pilihan....


Tokei kedai terpilih tersenyum menerima bayaran...