Isnin, November 30, 2009

Hari Bahagia Adam & Na

Ahad, 29/11/2009 - Hari yang dinantikan oleh Pok Su Amran tiba dengan hari yang baik dan cerah walaupun ramalan mengatakan gelombang ketiga akan melanda Pantai Timur pada hari raya ke dua hingga Rabu. Adam selamat diijabkabul dengan Na pada pukul 2.45 petang oleh Imam di Masjid Tahfiz Pulai Chondong. Namun sebelum majlis bahagia berlangsung, pelbagai dugaan dan rintangan telah ditempoh oleh bakal pengantin. Majlis perkahwinan akhirnya berjalan lancar dan meriah hingga ke malam yang telah dijamu dengan juadah yang menyelerakan kepada semua yang hadir. Kesemua ahli KESIMA JAYA turut memeriahkan majlis tersebut. KESIMA JAYA mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Adam & Na. Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Ijabkabul..

Ayah Ngah dan mek-mek bunga bersama 'bahan bukti'...

Pengantin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan