Sabtu, Februari 26, 2011

Hepi Besday Kembar & Kak Cik

Sabtu, 26/2/2011 - Hari ini diadakan majlis makan-makan sempena besday si kembar Afiqah dan Aqilah beserta Kak Cik di Ampang. Ahli KJ KL berkumpul kecuali keluarga Ayah Lah. Selepas asar majlis selawat ringkas diadakan kemudian bacaan doa selamat dan upacara membelah kek harijadi. Kemudian jamuan mee goreng beserta sate disediakan. KESIMA JAYA mengucapkan SELAMAT HARI JADI kepada kembar dan Kak Cik. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.
Hepi besday to u.....

dapat hadiah kereta inspira ker tu....

jemput makan...

Selasa, Februari 08, 2011

Jalan-jalan di Pantai Bachok

Jumaat, 4/2/2011 - Sempena hari Jumaat yang mulia ini KESIMA JAYA dijemput untuk makan gulai di Kubang Kerian sempena naik rumah baru. Kami bertolak ke Kubang Kerian selepas solat Jumaat. Selesai di Kubang kerian, kami ke Kampung Seterpa pula untuk menghadiri majlis kahwin rumah Mok Su Gayah sempena perkahwinan anaknya. Selesai disana , kami bertolak ke Pantai Bachok. Keadaan di Bachok amat sesak kerana dipenuhi oleh pengunjung-pengunjung yang ingin menikmati suasana di pantai ditambah pula dengan adanya pasar malam di situ. Selesai solat Maghrib kami bertolak pulang ke rumah.

rumah baru... atas boleh disewa...

bersiap untuk makan gulai seterusnya..

selesai makan gulai..

bercerita sejarah lama..

bersiar di pantai....

angin kuat dan ombak besar...

Sabtu, Februari 05, 2011

Makan Pagi di PG

Rabu, 2/2/2011 - Mak Long telah menjemput semua makan pagi di PG. Menu makan pagi ialah nasi kerabu, nasi lemak, roti canai bersma keropok ' pengadil'. Semua yang hadir makan sehingga tak terlarat. Selesai makan, kami bergegas ke Kota Bharu untuk menziarahi keluarga 'Tok Su / Mok Su Joh' yang meninggal dunia semalam. KESIMA JAYA mengucapkan takziah. Semoga beliau sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman... Al- Fatihah.

menu makan pagi...

makan penuh berselera..

Rabu, Februari 02, 2011

Kelantan seri 1 sama Terengganu

Selasa, 1/2/2011 - Selepas Asar, Ayah Ngah dan Ayah Su bergegas ke stadium Sultan Mohd Kota Bharu untuk menyaksikan perlawanan bolasepak antara Kelantan melawan Terengganu. Turut serta Muiz, Haikal, Zharfan dan Aniq. Along juga datang kemudian dari Gunung. KESIMA JAYA datang untuk memberi sokongan padu kepada The Red Warriors. Namun, perlawanan malam tadi menyaksikan keseimbangan serangan diantara kedua-dua pasukan. Hantaran silang Azwan Roya kepada Piya pada minit ke 34, tidak disia-siakan Piya untuk meloloskan sepakan membolosi gawang gol Sharbinee. Keputusan Kelantan 1-0 Terengganu kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Selepas 15 minit separuh masa kedua, barisan serangan Terengganu berjaya mengasak kubu pertahanan Kelantan. Marzuki Yusof berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 67. KESIMA JAYA dan ramai penyokong Kelantan lain menyatakan kekecewaan mereka kerana Kelantan gagal mempertahankan kemenangan separuh masa pertama ini dan terlepas peluang menang di stadium sendiri. Namun mereka akur dengan keputusan ini. Keputusan muktamad Kelantan 1 Terengganu 1.

tiket perlawanan..

cantik tak rambut baru...pacak..

stadium penuh...

Lunch di PC

Selasa, 1/2/2011 - Hari ini warga KESIMA JAYA berkumpul di kediaman Ayah Wae dan Cik Nor untuk makan tengahari. Semua berkumpul selepas Zohor. Selepas makan Ayah Ngah dan Ayah Su bergegas ke stadium Mohd Kota Bharu untuk memberi sokongan kepada Red Warriors.

kanak-kanak riang makan dulu..

menjamu selera...

tarian naga..

Selasa, Februari 01, 2011

Dinner di Serendah

Isnin, 31/1/2011 - Setelah balik dari RP, kami bersiap pula ke rumah Cik Serendah. Jam 8.00 malam kami berkumpul di Serendah dan seterusnya makan malam. Kemeriahan makan malam semakin gamat dengan ketibaan Along dan Abe Ngah yang baru tiba dari KL jam 8.30 malam.
makan malam besar....
santai lepas makan...

kembar tiga...

Jalan-jalan di PK dan RP

Isnin, 31/1/2011 - Sempena cuti persekolahan menyambut raya cina, warga KESIMA JAYA berkumpul kembali di rumah Tok Mek kecuali keluarga Uda dan Ayah Lah. Kemeriahan di rumah Tok Mek diserikan lagi dengan kehadiran dua orang 'anak angkat' Tok Mek baru daripada Tumpat dan Kuala Krai. Di kesempatan ini program pertama kami beronda-ronda ke Pangkalan Kubur dan Rantau Panjang. Kami bertolak ke PK jam 12.50 tengahari setelah Perjalanan ke Pengkalan Kubur memakan masa lebih kurang 45 minit. Jam 3.30 petang kami bertolak ke Rantau Panjang pula. Jam 6.00 petang bertolak balik untuk program makan di rumah Cik Serendah.

kat pangkalan kubur...

kat rantau panjang...