Selasa, Mac 17, 2009

Balik KL

Selasa, 17/3/2009 – Keluarga Uda, Ayah Ngah, Ayah Lah dan Su Nie bertolak balik ke kl selepas menjamu sarapan nasi goreng di rumah Mak Long. Turut bersama Along dan Abe Ngah. Perjalanan bermula pukul 10.30 pagi dengan emapat buah kereta didahului Ayah Ngah. Dalam perjalanan tersebut, satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh Uda kerana hampir berlaku kejadian yang tidak diingini selepas menuruni bukit sebuah lori yang memotong kereta hampir melanggar kereta Uda. Alhamdulillah semuanya selamat. Kami singgah di persimpangan Sg.Koyan untuk menjamu selera dan solat pada pukul 2.15 petang. Perjalanan diteruskan pukul 3.30 petang tetapi Ayah Ngah menghala ke Mayam. Kami yang lain selamat sampai di Gombak pukul 6.30 petang dan menjamu selera di Restoran Sri Ayu Sri Gombak. Di sana kami bertemu finalist Raja Lawak 2009 .. AMIR.. I’m sorry.. tapi tak sempat mengambil gambar..

Tahlil & Mesyuarat Tergempar KESIMA JAYA

Ahad, 15/3/2009 – Majlis tahlil untuk Allahyarham Ayah Long diteruskan untuk hari kedua di Pangkal Gong. Hujan turun bermula dari pagi hingga ke malam. Tahlil telah dimulakan selepas Isyak oleh Ayah Mat. Jamuan nasi lemak telah dihidang untuk hadirin yang datang. Selepas selesai tahlil satu mesyuarat tergempar KESIMA JAYA telah diadakan dipengerusikan oleh Uda. Antara isu yang dibincangkan dan termasuklah isu tabung khairat, akaun tabung serta persediaan hari perkahwinan Along. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah malam.


Mesyuarat tergempar...

Pak Ngah turut hadir..

Mendengar penuh khusyuk...

Isnin, Mac 16, 2009

Majlis Tahlil di Pangkal Gong

Sabtu, 14/3/2009 - Majlis tahlil untuk allahyarham Ayah Long telah diadakan di Pangkal Gong selepas Isyak. Majlis telah disertai oleh semua Ahli KESIMA JAYA dan juga saudara mara serta qariah kampung. Hadirin yang hadir memenuhi ruang rumah. Selepas tahlil, jamuan nasi belauk dihidang kepada semua hadirin.


Ahli KESIMA JAYA membaca Al-Quran selepas Mahgrib


Mak Long turut sama membaca..


Penuh khusyuk..


Bertahlil...


Jemaah yang hadir sesak untuk tahlil...

Kembali ke Rahmatullah

Sabtu, 14/3/2009 - Jam 2.30 pagi, Ayah Long telah kembali ke rahmatullah di hospital USM. Semua ahli KESIMA JAYA telah berkumpul di Pangkal Gong untuk memberi penghormatan terakhir. Solat jenazah telah diadakan pada pukul 11.00 pagi kemudian di bawa ke perkuburan Tok Bok. Perjalanan upacara pengkebumian berjalan lancar seperti dirancang. Setelah selesai membaca talkin, hujan rahmat turun membasahi bumi. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang dibawah lindungan Rahmat-Nya. Al-Fatihah.. Amin...


Perjalanan majlis lancar...


Semoga dibawah lindungan RahmatNya... Al-Fatihah

Isnin, Mac 09, 2009

Majlis Tahlil & Bacaan Yaasin di Puchong

Ahad, 8/3/2009 - Satu majlis tahlil dan bacaan Yaasin telah diadakan di rumah Ayah Lah Puchong. Program secara bulanan ini telah disertai bersama oleh oleh keluarga Uda, Ayah Ngah dan Su Nie. Hadir sama adik Cik Sham. Majlis telah dimulai dengan sembahyang mahgrib secara berjemaah diimam oleh Uda disusuli bacaan Yaasin dan solat Isyak secara berjemaah. Kemudian jamuan makan nasi briani gam special. Selepas jamuan makan, acara hal-hal lain meliputi menyaksikan acara badminton secara 'live' Chong Wei menentang Lin Dan berkesudahan Chong Wei tewas di tangan Lin Dan.

khusyuk.. Afiq tersengeh...

Adik Cik Sham turut hadir..

Jamuan nasi briani gam special....


Menyaksikan secara 'live' Chong Wei melawan Lin Dan