Ahad, April 08, 2012

Jamuan Makan di Kuarters Doktor Ampang

Sabtu, 7/4/2012 - Satu majlis makan-makan telah diadakan di kuarters doktor Ampang sempena Along & Linda naik rumah baru. Majlis makan bermula selepas Zohor. Hadir sama keluarga Ayah Ngah, Ayah Lah dan Su Nie. Tok Mek turut memeriahkan majlis bersama Abe Ngah yang baru selesai bermain futsal. Hafiz Tok Ngah Kar  juga turut hadir. Menu tengahari ialah Nasi Ayam Special dan Sate.
 Tok mek rasmi makan..
 menu nasi ayam & sate...
berkumpul di ruang tamu...

Sukan Aulad di Stadium Seksyen 15


Ahad,1/4/2012 - Majlis Sukan Aulad antara Pusat Asuhan di Bangi telah diadakan di Stadium Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Antara yang terlibat ialah Sha, Afiq dan Uyin. Acara bermula jam 8.00 pagi dengan dimulakan dengan acara perbarisan. Kemudian acara untuk aulad 5 tahun diikuti acara untuk aulad 6 tahun. Dalam acara Larian Pecut 5 tahun Uyin telah muncul Johan. Manakala bagi acara pecut aulad 6 tahun dimenangi oleh Sha muncul Johan. Bagi acara tarik tali dimenangi oleh Afiq. Acara kaum bapa juga dimenangi oleh Ayah Su dan Ayah Ngah dalam acara tarik tali. Bagi acara ibu dimenangi oleh Su Nie untuk Naib Johan acara bowling kelapa. Turut dimenangi hadiah dalam acara cabutan bertuah degan mendapat kerusi aulad, sterika dan 'tupperware'. Acara berakhir jam 11 pagi.
 Sha dan Uyin bersedia untuk pecut...
 Juara pecut kategori 5 tahun dan 6 tahun..
 Afiq juara tarik tali..
 1, 2, 3 tarik... tarik... tarik...
 Tok Mek turut hadir memberi semangat...
 Piala juara pecut...