Isnin, November 30, 2009

Mesyuarat KESIMA JAYA

Ahad, 29/11/2009 - Satu mesyuarat bersama ahli telah diadakan di rumah Mak Long pada pukul 10.15 malam. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi KESIMA JAYA. Turut hadir Pok Su Amran. Antara agenda yang dibincangkan ialah jumlah dana persatuan yang terkumpul, bagaimana cara mengembangkan dana sediada serta aktiviti yang akan dijalankan di masa hadapan. Turut dibincangkan tentang persiapan rombongan menghantar pengantin ke Johor. Segala maklumat terkini persiapan tersebut akan dimaklumkan melalui blog.

Pengerusi dan Setiausaha....

Bendahari...

Antara yang hadir..

Hari Bahagia Adam & Na

Ahad, 29/11/2009 - Hari yang dinantikan oleh Pok Su Amran tiba dengan hari yang baik dan cerah walaupun ramalan mengatakan gelombang ketiga akan melanda Pantai Timur pada hari raya ke dua hingga Rabu. Adam selamat diijabkabul dengan Na pada pukul 2.45 petang oleh Imam di Masjid Tahfiz Pulai Chondong. Namun sebelum majlis bahagia berlangsung, pelbagai dugaan dan rintangan telah ditempoh oleh bakal pengantin. Majlis perkahwinan akhirnya berjalan lancar dan meriah hingga ke malam yang telah dijamu dengan juadah yang menyelerakan kepada semua yang hadir. Kesemua ahli KESIMA JAYA turut memeriahkan majlis tersebut. KESIMA JAYA mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Adam & Na. Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Ijabkabul..

Ayah Ngah dan mek-mek bunga bersama 'bahan bukti'...

Pengantin...

Jumaat, November 27, 2009

Salam Eidil Adha 2009

Jumaat, 27/11/2009 - Hari Raya Haji tahun ini disambut sederhana tapi meriah walaupun keadaan cuaca masih tidak menentu dengan keadaan banjir yang melanda Pantai Timur sekarang. Namun, cuaca di pagi Raya dimulakan dengan hujan renyai-renyai sekejap pada pagi kemudian terus cerah sehingga selesai acara korban lembu. Pagi raya dimulakan dengan solat sunat hari raya dan khutbah raya, disusuli jamuan makan pagi. Kemudian, keluarga terlibat bergegas ke rumah Ayah Oud untuk acara korban lembu. Ayah Wae, Su Nie dan Along terlibat untuk acara korban tahun ni. Acara bermula lewat dalam kul 10.30 pagi. Namun, lembu pilihan nampaknya naik angin menyebabkan acara sembelih 'delayed'. Acara korban selesai lewat dalam kul 1.15 petang. KESIMA JAYA mengucapkan Selamat Hari Raya Eidil Adha....

Selesai solat hari raya...

Menjamu selera....

Menunggu acara korban...


Lembu naik minyak...

Allahuakbar....
Melapah...

Sedia untuk dibahagi..

Ahad, November 22, 2009

Hujung Minggu di Puchong

Sabtu, 21/11/2009 - Keluarga Ayah Ngah dan Su Nie telah mengunjungi kediaman Ayah Lah di Puchong. Berita terbaru, 'almari' hadiah yang di 'order' telah selamat sampai di rumah Ayah Lah pada hari Rabu lepas. Selepas menjamu selera, kami berbincang perancangan untuk balik beraya nanti. Mengikut perancangan, Ayah Ngah akan balik hari Rabu, manakala Ayah Lah dan Su Nie dijangka hari Khamis. Kedatangan 'orang minyak' mengejutkan kami namun selepas berbincang, bersetuju membenarkan mereka membuat kerja-kerja 'minyak' mereka.

Bersama 'almari' baru.....

Kanak-kanak mencuba komputer yang baru di'upgrade'..

Melihat orang 'minyak' membuat kerja di depan rumah...

Isnin, November 16, 2009

Dinner di Alamanda

Sabtu, 14/11/2009 - Keluarga Ayah Ngah dan Su Nie telah pergi bersiar-siar di Alamanda. Selepas Maghrib, kami bertolak ke sana walaupun hujan renyai-renyai. Parking penuh hingga ke tingkat 7. Kami semua makan dalam kuali malam ini. Kemudian adegan 'cemas' seketika kerana kehilangan tiket parking masa nak balik. Kemudian kami singgah melihat orang bermain kereta 'control' di lapangan masjid Putrajaya.

Ayah Ngah dan kanak-kanak....

Bersiar-siar....

'Dinner' dalam kuali....

Ahad, November 08, 2009

Kelate Tewas Lagi

Sabtu, 7/11/09 - Malam penentuan bolasepak Piala Malaysia antara Kelate dengan N.Sembilan ditentukan di Stadium Bukit Jalil. Ayah Lah dan Ayah Su turut bersama penyokong kelate lain untuk menjadi penyokong di stadium bukit Jalil. Pemerhatian mendapati penyokong Kelate menguasai di Bukit Jalil tetapi sayang permainan hambar ditunjukkan oleh pasukan Kelate menyebabkan ramai penyokong tak berpuas hati. Stadium telah mula dipenuhi sejak pukul 3.00 petang lagi walaupun hujan turun. Namun Mobin Jang Mobin dapat menenggelamkan Gomo Kelate Gomo. Diharapkan pasukan Kelate dapat membuat yang terbaik tahun-tahun hadapan. Kelate tewas 3 - 1 kepada Negeri Sembilan.

Kenderaan sesak...

Penonton membanjiri di luar stadium

perlawanan bermula..

Ayah Lah bersama 'The Red Warriors'...