Sabtu, September 25, 2010

Majlis Tahlil dan Beraya di Cheras

Sabtu, 25/9/2010 - Satu majlis tahlil dan beraya telah diadakn di kediaman Pengerusi KESIMA JAYA di Cheras. Majlis bermula dengan solat Zuhur di surau KIP. Kemudian tahlil diadakan. Hadir bersama keluarga Ayah Ngah, keluarga Ayah Lah, keluarga Su Nie dan juga ahli kariah surau KIP. Selepas tahlil, jamuan makan disediakan. Menu hidangan nasi dagang dan mihun goreng. Selepas itu tayangan video 'Suatu Hari di Hari Raya 2010' kepada semua yang hadir. Selesai majlis, kami bertolak ke Setiawangsa untuk beraya.

tahlil...

pengerusi...

makan...

menu nasi dagang..

Jumaat, September 17, 2010

Jalan-jalan di Rantau Panjang

Rabu, 15/9/2010 - Bagi meramaikan lagi orang di atas jalan semasa musim perayaan ni, Keluarga Ayah Lah, Mak Long dan Su Nie telah pergi ke Rantau Panjang. Kami singgah solat Zuhur di Masjid 'Beijing'. Tiba di RP telah berlaku kesesakan kerana dipenuhi oleh kereta-kereta. Dengan kepakaran yang ada, kami berjaya memintas masuk melalui jalan 'short-cut' dengan senang. Setelah 'shopping', kami bertolak balik ke MA pada jam 6 petang dengan diringi hujan lebat.

masjid 'beijing'...

beli sate ikan...

rehat sekejap... penat shopping..

Majlis Tahlil dan Bacaan Doa Selamat di PG

Isnin, 13/9/2010 - Satu majlis tahlil dan bacaan doa selamat telah diadakan di kediaman Mak Long. Majlis diahadiri oleh semua warga KESIMA JAYA kecuali along yang telah berangkat ke KL. Majlis bermula dengan solat Isyak berjemaah kemuadian solat hajat untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan. Kemudian bertahlil yang dipimpin oleh pengerusi. Selesai tahlil jamuan makan. Pada pukul 10 malam mesytuarat warga KESIMA JAYA diadakan dengan pembentangan minit mesyuarat lepasa oleh SU serta penyata kewangan oleh Bendahari. Antara agenda yang dibincangkan ialah aktiviti hari keluarga dan sumbangan yang boleh diwujudkan untuk ahli keluarga. Majlis kemuncak ialah doa selamat untuk besday Penaung iaitu Tok Mek, Mak Long dan Kak Nana juga Tok Su Amran. Tepat pukul 12.00 tengah malam diiringi dengan hujan di luar rumah, kek besday dipotong. KESIMA JAYA mengucapkan HEPI BESDAY Tok Mek, Mak Long, Kak Nana, Tok Su... Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

tahlil...

sambal mangga sedap tuh....

mari makannn...

doa selamat...

hepi besday to u....

Beraya di Rumah PC

Isnin, 13/9/2010 - Sempena hari raya, Ayah Wae dan Cik Nor telah menjemput makan pagi di kediaman P.Chondong. Pelbagai menu disediakan termasuklah nasi belauk, nasi kerabu dan laksam. Semua hadir kecuali keluarga Uda kerana berada di KB.

santai...

citer ape tu..

buai laju-laju...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2010

Jumaat, 10/9/2010 - Hari Raya Aidil Fitri tahun 2010 disambut meriah oleh warga KESIMA JAYA. Aktiviti di pagi raya dimulakan dengan solat hari raya di masjid. Kemudian majlis bersalaman dengan ahli keluarga. Kemudian penyampaian duit raya kepada anak-anak dan sesi bergambar bersama keluarga. Selepas itu mengunjungi rumah Mak Muda. Selepas solat Jumaat, kami menziarahi kubur kemudian singgah di rumah Tok Ngah Kar. KESIMA JAYA mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Fitri'.. Maaf Zahir & Batin..

balik dari solat hari raya...

gambar raya 2010...

bersiap ke kubur..

beraya di rumah tok ngoh kar...

Buka Puasa Di Rumah Tok Mek

Rabu. 8/9/2010 - Satu majlis berbuka puasa telah diadakan di rumah Tok Mek. Semua warga KESIMA JAYA telah mula balik daripada KL untuk menyambut Hari Raya kecuali keluarga Ayah Lah yang akan pulang berhari raya pada malam raya. Majlis dimulakan dengan tahlil ringkas dipandu oleh Ayah Su. Suasana di malam itu meriah dengan persiapan sambutan hari raya yang akan tiba nanti.

kuih-muih....

terliur wehhh....

menunggu waktu berbuka...

tambah nasi ....