Sabtu, Jun 13, 2009

Makan Malam Bersama Pengantin Baru

Jumaat, 12/6/2009 – Satu majlis makan malam bersama pengantin baru telah diadakan di rumah Cik Nor. Majlis bermula dengan sembahyang Isyak berjemaah. Kemudian, jamuan nasi minyak dihidangkan. Antara yang hadir, Along dan Linda, keluarga Mak Long, Cik di Serendah, Su Nie dan Pok Su Amran.


Along & Linda menjamu selera...


Jamuan nasi minyak....

Makan Pagi Bersama Pengantin Baru

Jumaat, 12/6/2009 – Satu majlis makan pagi bersama pengantin baru Along dan Linda telah dibuat di rumah Mak Long. Menu makan pagi ialah nasi dagang. Ada nasi dagang Kelate dan nasi dagang Terengganu. Keluarga Cik, Cik Nor dan Su Nie hadir bersama. Turut hadir Pak Su Amran dan Mak Su. Selesai makan, semua yang hadir melihat gambar-gambar perkahwinan yang telah diambil di Gunung. Semua terhibur dengan gaya batik yang telah diperagakan oleh semua keluarga seperti rancangan Mencari Menantu.

Along & Linda menjamu sarapan...


Menu nasi dagang Kelate & nasi dagang Terengganu...


Menambah nasi..

Ahad, Jun 07, 2009

Adegan Cemas

Sabtu, 6/6/2009 – Dalam kesibukan majlis Along pada sebelah petang, satu adegan cemas telah berlaku. Cik Ngah dan mak Cik Ngah telah terkunci dalam bilik Achik. Kejadian ini telah disedari oleh Ain dan Angah yang ketika itu terdengar ketukan daripada pintu bilik Achik pada pukul 5.00 petang. Kunci pintu bilik telah rosak dan tidak dapat dibuka. Bantuan Mc Gyver diperlukan untuk membuka pintu tersebut. Segala peralatan telah digunakan namun tak berjaya. Amir telah mencuba membuat tendangan ala taekwando namun, masih juga gagal membuka pintu. Setelah lebih sejam setengah mencuba, Mc Gyver telah menebuk pintu tersebut dan akhir kemudian telah berjaya dibuka setelah sekali lagi tendangan taekwando telah dibuat oleh ‘hero’. Siapakah hero tersebut…. Hanya orang yang berada pada saat itu sahaja yang tau siapa hero. Cik Ngah dan mak Cik Ngah akhirnya berjaya diselamatkan dalam pukul 6.30 petang.

bilik terkunci....

Majlis Menyambut Menantu

Sabtu, 6/6/2009 – Kesemua ahli KESIMA JAYA telah membuat persiapan rapi sejak semalam lagi secara bergotong-royong. Semua khemah telah siap didirikan dan peralatan sistem PA telah diuji untuk kegunaan pada majlis nanti. Semuanya berjalan lancar. Pihak pengantin perempuan yang ditunggu akhirnya sampai pada pukul 4.00 petang. Rombongan pengantin perempuan telah disambut diiringi oleh pihak pengantin lelaki yang diketuai oleh Mak Long. Selesai perarakan pengantin telah dibawa ke bilik pengantin untuk sesi bergambar. Selepas itu, jamuan makan dihidang kepada pengantin dan ibu bapa kedua-dua belah pihak. Selesai makan pengantin turun untuk beramah mesra dengan tetamu di samping bergambar dengan tetamu yang hadir. Selesai majlis, kedua-dua pengantin menghantar rombongan pengantin perempuan yang ingin pulang ke rumah. KESIMA JAYA mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Along dan Linda. Moga berkekalan sampai akhir hayat.


gotong-royong menaikkan khemah...




bahagian penyediaan hidangan..


Menjamu selera...


Deejay Shah menyerikan suasana...


Antara tetamu yang hadir...


perarakan pengantin...


Bergambar bersama pengantin...

Majlis Solat Hajat & Doa Selamat

Khamis, 4/6/2009 – Setelah pulang dari menghantar Along ke Gunung, satu majlis doa selamat dan solat hajat telah diadakan selepas solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mat. Majlis telah turut disertai oleh jemaah masjid. Selesai majlis, hadirin dihidangkan jamuan nasi. Pada pukul 11.00 malam, satu mesyuarat KESIMA JAYA telah diadakan untuk membincangkan beberapa isu. Antara isu yang dibangkitkan ialah persiapan majlis Menyambut Menantu pada hari Sabtu nanti. Antara lain, dibentangkan penyata kewangan setakat ini. Isu lain yang dibangkitkan ialah cadangan untuk membaikpulih rumah di Mata Ayer. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tgh malam.


Jemaah menjamu selera selepas majlis solat hajat & doa selamat..


Ayah & Mak, Cik Ngah turut hadir dalam mesyuarat KESIMA JAYA...


Memberi perhatian..

Pengerusi KESIMA JAYA mempengerusi mesyuarat..

Majlis Menghantar Pengantin

Khamis, 4/6/2009 – Semua Ahli KESIMA JAYA telah bersetuju berkumpul di Serendah sebelum bertolak ke Gunung Bachok untuk majlis menghantar pengantin lelaki. Selepas Zohor, kami telah bertolak ke rumah pengantin perempuan. Tiba di sana, kami disambut oleh keluarga pengantin perempuan. Majlis berjalan lancar. Rombongan pengantin lelaki telah dihidangkan jamuan makan. Pengantin juga telah makan bersama ibu bapa kedua-dua belah pihak. Selepas makan, diadakan sesi bergambar pengantin bersama keluarga kedua-dua belah pihak. Setelah siap bergambar dan bersalam-salaman, kami pulang ke Serendah lebih kurang pukul 4.00 petang.


Pengantin lelaki...


Bersiap untuk ke Gunung...


Berkumpul sebelum pengantin berarak...

Hantaran...


Jamuan makan...


Bersantai selepas makan...


Bergambar bersama keluarga... 'Mencari Menantu'