Selasa, November 30, 2010

Hari Keluarga KESIMA JAYA 2010

Ahad, 28/11/2010 - Hari Keluarga KESIMA JAYA 2010 akhirnya selamat diadakan di Bukit Gambang setelah di saat akhir berlaku pertukaran lokasi dan masa. Hari Keluarga dimulakan dengan sarapan pagi. Kemudian, aktiviti kesukanan diadakan di padang bersebelahan apartment. Beberapa acara diadakan yang dikendalikan oleh Brother Burn. Antara acara yang diadakan ialah ibu bapa, anak remaja dan kanak-kanak. Dalam acara ibu bapa lari mendapatkan bola dengan mata bertutup dimenangi oleh keluarga Uda. Manakala bagi acara menghias 'make-up' model telah dimenangi oleh kumpulan Along. Bagi acara kanak-kanak dimenangi oleh kumpulan Aniq. Selesai acara sukan, pemberian hadiah diberikan kepada pemenang dan keluarga terlibat. Selain itu, acara pemberian insentif saguhati kepada ahli dan anak yang dapat melanjutkan pelajaran dan mendapat anak. Selesai acara, semua mengambil peluang untuk mandi kolam. Kami bertolak pulang ke rumah jam 1.00 petang.

bestnye mandi kolam...

acara mickey mouse...

acara 'make-up' model...

acara kanak-kanak...

bersama hadiah...

bersiap untuk pulang...

Perjalanan ke Bukit Gambang

Sabtu, 27/11/2010 - Seawal jam 8.00 pagi warga KESIMA JAYA bersiap-siap untuk bertolak ke Bukit Gambang. Setelah semua bersiap, jam 9.15 pagi warga KESIMA JAYA bertolak dari rumah Mata Ayer manakala warga KL bertolak dari KL. Perjalanan mengambil masa 5 jam dari Kelantan manakala 3 jam dari KL. Kami selamat sampai dan berkumpul di Bukit Gambang jam 2.30 petang. Jam 3.30 petang semua bersiap dan bertolak ke Taman Tema Air menaiki tren. Kami selesai bermain air jam 6.00 petang. Pada malam, kami berkumpul dan bermesyuarat tentang perjalanan aktiviti Hari Keluarga pada esoknya.

baru tiba... lapar...lapar..

sape dah dapat tiket angkat tangan...

naik tren...

besttt.....

laju...laju...

gambar kenangan...

Makan Malam di PC

Rabu, 24/11/2010 - Satu majlis makan malam diadakan di kediaman Cik Nor di Pulai Chondong. Makan malam di hadiri oleh keluarga Serendah, Pangkal Gong dan Su Nie. Selesai jamuan makan, perbincangan ringkas perancangan perjalanan ke Bukit Gambang. Perjalananan dirancang seawal jam 9.00 pagi akan bertolak ke Bukit Gambang.

Mak Long bercerita..

ulam cicah budu...

makaroni bakar....

Rabu, November 24, 2010

Makan Malam Di PG

Selasa, 23/11/2010 - Sempena cuti sekolah, Mak Long telah mengadakan makan malam di kediamanan Pangkal Gong. Turut hadir Tok Su Amran. Menu masakan siakap 3 rasa special, daging bakar. Selepas makan, kami turut berbincang perancangan untuk Hari Keluarga pada 27-28 November nanti.

siakap...

makan...

Bekwah Rumah Mok/Tok Lah

Isnin, 22/11/2010 - Satu majlis kenduri kahwin telah diadakan di rumah Mok/Tok Lah di Tanah Merah sempena perkahwinan Lukman. Di kesempatan ini, warga Kesima Jaya turut memeriahkan majlis. Keluarga Cik, Cik Nor, Su Nie turut hadir bersama Tok Mek. Kami sampai pada pukul 4.00 petang.

Menjamu selera...

Afiqah or Aqilah...

Aqilah or Afiqah..

Pengantin....

Rabu, November 17, 2010

Salam Aidil Adha... versi KL/Selangor

Rabu, 17/11/2010 - Tahun ini sambutan Aidil Adha kurang meriah bagi KESIMA JAYA di kampung kerana tidak cukup korum dan menjadi sejarah kepada warga KESIMA JAYA KL kerana terpaksa berhari raya di perantauan demi menjalankan tugas dan amanah kepada anak bangsa dan negara. Walaupun di perantauan, warga KESIMA JAYA berjaya menghidupkan suasana hari raya dengan berkumpul di kediaman Bangi. Seawal jam 8.00 pagi keluarga Ayah Ngah dan Su Nie telah ke surau untuk menunaikan solat Aidil Adha. Jam 9.15 pagi lima (5) ekor lembu telah berjaya dikorbankan dengan dimeriahkan bersama-sama penduduk di taman perumahan. Kemudian daging diagihkan kepada semua penduduk di sekitar. Selain itu terdapat acara cabutan bertuah dan majlis cukur jambul. Pada tengahari, keluarga Ayah Lah dan Uda telah datang berkumpul bersama-sama memeriahkan Aidil Adha. Di kesempatan ini, lokasi dan tarikh Hari Keluarga masih menjadi agenda perbincangan namun masih belum mendapat kata putus kerana didapati lokasi cadangan terdahulu telah 'full- booked' sempena cuti sekolah. Kami bersurai dan pulang ke kediaman masing-masing selepas Maghrib. KESIMA JAYA mengucapkan 'Salam Aidil Adha'...semoga pengorbanan pada tahun ini menjadi ibadah dan diredhai Allah..

selesai solat hari raya...

sejarah dicipta...

muafakat...

santai...

siap untuk pulang..

Ahad, November 14, 2010

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil di Puchong

Sabtu, 13/11/2010 - Satu majlis bacaan Yaasin dan Tahlil telah diadakan di kediaman Ayah Lah Puchong. Majlis pada asalnya dijadualkan selepas Maghrib telah ditunda kepada selepas Isyak. Ini kerana ada berlaku kemalangan di highway KESAS menyebabkan kelewatan kedatangan Along dan Uda. Majlis telah dihadiri oleh keluarga Ayah Ngah, Uda, Su Nie, Along dan Achik yang baru tiba dari Johor. Bacaan Yaasin telah dipimpin oleh Uda dan disudahi dengan bacaan doa oleh Ayah Su. Kemudian jamuan makan dengan masakan siakap tiga rasa 'special'. Selesai menjamu selera, perbincangan ringkas telah diadakan berkenaan Hari Keluarga. Perbincangan telah memutuskan lokasi hari keluarga diubah ke Tiara Beach Resort Port Dickson dan dijangka diadakan pada 4 dan 5 Disember 2010. Namun keputusan rasmi belum diputuskan kerana persetujuan dicapai hanya antara warga KESIMA JAYA KL tetapi tidak melibatkan ahli di kampung. Kos keseluruhan melibatkan penginapan dan aktiviti untuk hari keluarga dianggarkan RM 4 ribu lebih.

Yaasin...

Achik turut bersama...

siakap tiga rasa 'special'..

Isnin, November 01, 2010

Gomo Kelate Gomo - Tahniah Kelate Juara Piala Malaysia

Sabtu, 30/10/2010 - Warga KESIMA JAYA tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyokong The Red Warriors menentang Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil. Ayah Ngah, Ayah Lah, Ayah Su dan Along telah berangkat ke stadium pada pukul 5.00 petang. Abe Ngoh dan Angah turut ke sana tetapi dengan kumpulan yang berlainan. Keluar jer Tol Kajang , jalan telah sesak dihimpit oleh penyokong Hoben Jang Hoben. Namun dengan penuh 'skills', kami berjaya meloloskan diri dari kesesakan untuk sampai di Bukit Jalil dengan cepat dan selamat. Pada perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-84, Kelantan terlebih dahulu ditembusi pihak lawan 1 gol menerusi gol penalti di saat awal permainan. Namun, dengan ketiadaan kapten Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Radzak yang mengalami kecederaan pada awal babak kedua sebagai punca pertahanan mereka tiba-tiba rapuh Kelantan bangkit dengan menghasilkan dua gol pada babak kedua menerusi tandukan Hairuddin Omar pada minit ke-56 dan rembatan Badhri Radzi pada minit ke-64 untuk memastikan kemenangan mutlak 2-1. Keputusan muktamad Kelantan Juara Piala Malaysia. KESIMA JAYA mengucapkan tahniah atas kemenangan The Red Warriors....

Baru tiba... menuju stadium..

Tiket....

Ribuan penonton membanjiri..

Bergambar bersama penyokong...

Tahniah... The Red Warriors...