Sabtu, Mei 30, 2009

Humairah.... Ahli Kesima Jaya Terbaru

Sabtu, 30/5/2009 - Humairah.. Nama yang diberikan kepada baby baru Ayah Lah. Satu majlis kesyukuran telah diadakan di Puchong sempena menyambut kelahiran Humairah. Keluarga Uda, Su Nie turut hadir bersama-sama keluarga Cik Sham. Ahli Kariah Surau dan jiran-jiran di situ dijemput memeriahkan majlis yang diadakan selepas Zohor. Selepas itu, semua yang hadir dihidang jamuan nasi.

Humairah...


Hadirin menjamu selera....


Menu hidangan..


Antara yang hadir...

Isnin, Mei 25, 2009

Selamat Pengantin Baru

Sabtu, 23/5/2009 - Selamat Pengantin Baru kepada pasangan baru Along & Linda yang telah selamat diijabkabul di Masjid Mukim Keting pada pukul 9.15 malam. Sebelum itu, ahli KESIMA JAYA yang ada telah berkumpul di Serendah. Selepas Maghrib, rombongan pengantin lelaki telah bertolak ke Gunung dan sampai di sana waktu Isyak. Selepas Isyak, Imam masjid telah diamanahkan untuk menikahkan pengantin. Dengan sekali lafaz, Along telah sah menjadi suami Linda. Selesai acara ijabkabul, rombongan pengantin lelaki pergi ke rumah pengantin perempuan untuk jamuan makan. Selesai jamuan makan pihak keluarga kedua-dua pihak bergambar bersama pengantin. KESIMA JAYA mendoakan semoga pengantin baru akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.


Bersiap untuk ke Gunung...


Pengantin bersama adik-beradik...


Sekali lafaz...


Bergambar bersama pengantin...

Ahad, Mei 17, 2009

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil di Bangi

Sabtu, 16/5/2009 - Majlis Bacaan Yaasin & tahlil diteruskan pada bulan Mei di kediaman Ayah Ngah di Bangi. Majlis diadakan pada sebelah petang selepas Asar. Keluarga Uda, Su Nie hadir. Ayah Lah hadir bersama anak-anak kecuali Cik Sham yang baru keluar dari hospital Putrajaya dengan 'baby girl' baru- Congratulation... Along dan Abe Ngah turut bersama. Setelah tahlil, jamuan nasi disediakan dgn lauk tomyam dan kari ikan special. Kemudian acara 'special' sambutan harijadi utk tiga dibuat serentak iaitu Afiq, Nurin dan kakak Aisyah. Untuk semua guru..SELAMAT HARI GURU..


Pengerusi majlis...


Khusyuk...


Jamuan nasi....


Tiga kek besday...


Afiq tak sabar potong kek..

Hepi besday to u...

Selamat Hari Ibu

Ahad,10/5/2009 - Sambutan hari ibu telah diadakan di rumah ayh we n c.nor di Pulai Chondong..majlis bermula pd pkul 9.00 pg..keluarga cik sampai dahulu di susuli family moklong..turut hadir tok su n mok su...acara bermula dengan makan2...menu hari itu adalah nasi dagang, nasi kerabu, kuih muih n betik sebagai pembasuh mulut...selepas upacara makan2, acara bersalam-salaman dan pembahagian hdiah untuk kaum2 ibu..disaksikan oleh kaum2 bapa dan mok su..acara bermula dengan c.nor memberi hdiah kpd mek..selepas itu anak2 moklong bagi hadiah dkt moklong...dimulai oleh arifah,kakak n abg amir...amalina tidak turut serta kerana ada klas tambahan..selepas itu family cik..start dengan haikal, k'lang, k'nana, achik..akhir sekali family cik nor..bermula dgn zharif, zharfan, irham n muiz...dan yg teristimewa ayh we trut bagi hdiah kepada cik nor..selepas pembahagian hdiah, acara pembukaan hdiah dimulakan oleh mek, moklong, cik dan cik nor...smuanya dapat hdiah yg special2..lastly, suasana pilu dan sedih seketika apabila cik membaca kad ucapan yg ditulis oleh achik yg mewakili adik bradiknya..mjlis bersurai pada pkul 11.00 pg.. Terima kasih kepada ayh we yg bertungkus lumus mengadakan mjlis yg surprise untuk kaum2 ibu...terima kasih yang trut terlibat dan memberi krjasama dlm mjlis ini..smoga mjlis ni akan berterusan dan lebih baik lagi...tapi kalau semua ada rasa lagi best dan meriah...


Ayah Wae dan kaum ibu...


kaum bapa yang hadir...


kaum ibu menerima hadiah..


cik nor bersama hadiah..


mek bergaya dgn handset baru..

Ahad, Mei 03, 2009

Bercuti di Port Dickson

Jumaat, 1/5/2009 - Keputusan pergi ke P.D masih belum muktamad sehinggalah saat akhir tengahari baru dicapai kata sepakat untuk ke P.D sempena cuti hari pekerja. Keluarga Uda, Ayah Ngah dan Su Nie berjanji berkumpul di bulatan Bangi manakala Ayah Lah akan menuju ke P.D dari Melaka kerana telah ada kematian saudara Cik Sham di Melaka. Uda sampai dalam pukul 12.45 di Bangi dengan membuat satu 'kejutan' bersama 'barang baru'. Kami bertolak mengikut jalan lama ke P.D kerana telah berlaku kesesakan di PLUS bermula tol Kajang lagi. Kami selamat tiba di Tanjung Tuan P.D pukul 2.15 ptg. Ayah Lah tiba dalam pukul 5.30 ptg. Antara aktiviti di P.D bermain futsal, mandi di kolam dan mandi di pantai.


baru sampai.... menunggu sebelum check-in..


tempat menginap...


seronok bermain air di kolam....


kaum ibu sebagai 'guard'...


Ayah Ngah memerhati dari jauh..