Ahad, September 27, 2009

Beraya di Pulai Chondong

Sabtu, 26/9/2009 - Majlis makan pagi dan beraya diadakan di rumah Cik Nor dan Ayah Wae. Turut hadir sama keluarga Tok Su Pangkal Gong. Menu pagi itu ialah nasi belauk, mihun sup dan soto. Pada pagi tersebut juga, selepas selesai makan pagi Uda mula bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi. Semoga selamat sampai di KL.

Ingin mencuba masakan...


Menu sedap...


Uda bersiap nak bertolak..

Sabtu, September 26, 2009

Bek Wah di Rumah MoK Su Minah

Jumaat, 25/9/2009 - Majlis kesyukuran telah diadakan di rumah Tok Su Minah sempena menyambut menantu pasangan pengantin. Sebelum itu, semalam acara 'belarok' ke Kuala Krai menyaksikan jalan menempoh 'jem' selama 2 jam. Majlis menyambut menantu telah bermula seawal sebelum sembahyang Jumaat lagi. Rombongan pengantin perempuan telah tiba awal dan sembahyang Jumaat di Masjid Mata Ayer. Selepas selesai sembahyang Jumaat, pengantin perempuan tiba di rumah pengantin lelaki. Jamuan nasi belauk dihidang kepada tetamu yang hadir.

bergambar bersama pengantin...

penyambut tetamu...

Khamis, September 24, 2009

Beraya di Serendah Sekebun Bunga

Rabu, 23/9/2009 - Satu majlis makan-makan diadakan di rumah Cik di Serendah sempena beraya. Majlis bermula seawal selepas asar sehingga larut malam. Semua hadir kecuali keluarga Ayah Lah dan Uda. Menu makanan termasuklah nasi goreng special raya, mihun goreng aidil fitri, mee goreng glamour dan soto popular. Chef masakan achik and the gang.

sedia membuat persembahan...

makan-makan...

berkumpul...

menu special raya..

Rabu, September 23, 2009

Beraya Di Rumah Mak Long

Selasa, 22/9/2009 - Satu majlis makan tengahari sempena raya telah dibuat di rumah Mak Long. Sebelum itu, tahlil ringkas sebelum Zohor telah dibuat dengan dipandu oleh Uda. Kemudian semua yang hadir dijamu dengan jamuan nasi. Turut hadir bakal pengantin lepas raya Haji nanti. Setelah makan Ayah Lah dan Abe Ngah memulakan sesi berangkat ke KL pada pukul 3 petang. Semoga selamat tiba di Desa Ayer Hitam.

Tahlil ringkas...

Berkumpul di dapur...

Bersiap nak berangkat...

Bakal pengantin....

Ziarah Kubur

Isnin, 21/9/2009 - Sempena Hari Raya Aidil Fitri, KESIMA JAYA turut berkongsi sambutan dengan menziarahi kubur ahli keluarga yang telah menemui Ilahi. Bermula sejak awal pagi kami telah mengunjungi kubur bermula di Lepan Kandis kemudian di Tok Bok, Atas Pakal dan di Kerawang. Tahlil dan doa yang dipandu oleh Ayah Lah dihadiahkan kepada mereka moga-moga ditempatkan bersama dengan orang-orang yang dilindungi di bawah perlindungan-Nya.


Kubur Lepan Kandis...

Kubur Atas Pakal...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Ahad, 20/9/2009 - Semua umat Islam telah menyambut Hari Lebaran terutama di Malaysia pada hari ini. Ahli KESIMA JAYA turut menyambut hari bermakna ini secara sederhana namun meriah. Namun kemeriahan hari raya telah sedikit terganggu dengan berita kemalangan yang berlaku di depan rumah melibatkan sebuah kereta dan motor. Walau bagaimanapun, penunggang motor tersebut hanya cedera ringan dan telah dihantar ke hospital oleh Amir. Kepada semua ahli KESIMA JAYA diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. Maaf Zahir & Batin..

Bersantai di tangga...

Ahad, September 06, 2009

Majlis Berbuka Puasa di Bangi

Sabtu, 6/9/2009 - Majlis berbuka puasa telah diadakan di kediaman Ayah Ngah di Bangi. Majlis telah dimulakan dengan bacaan Yasin yang dipandu oleh Ayah Lah. Turut hadir keluarga Su Nie dan Uda. Abe Ngah juga hadir bersama dengan Ayah Lah. Aturcara pada majlis tersebut seperti berikut;
- tengahari hingga kul 6pm kedatangan ahli,
- kul 6.30pm mular tahlil, baca Yasin
- gorik buko poso (make kurmo nge air & kuihmuih utk dewaso lelaki
- pah maye gorik baru make
- pah 2 maye iso dan trawih
- pah 2 bual2 sambil make2

Hasil bual2 didapati, Ayah Lah akan mendahului balik raya pada hari Rabu. Diikuti Ayah Ngah hari Khamis. Pah tu Su Nie dan Uda hari Jumaat. Akhir sekali Abe Ngah dan Angah pada hari Sabtu.

Bacaan Yaasin dipandu Ayah Lah..


Humairah turut bertahlil..


Buko poso dah...


Best menunya..Set buffet baru..