Isnin, Julai 30, 2012

Buka Puasa di Tmn Sri Intan

Ahad, 29/7/2012 - Satu majlis berbuka puasa telah diadakan di kediaman Ayah Ngah di Taman Sri Intan. Majlis bermula dengan kedatangan warga KJ KL sekitar jam 6.30 petang. Buka puasa jam 7.30 petang. kemudian solat Maghrib di surau. Selesai solat maghrib jamuan makan nasi.

Buka puasa dengan air tebu...

Majlis Tahlil & Buka Puasa di Puchong

Sabtu, 28/7/2012 - Satu majlis tahlil bulanan dan Buka Puasa telah diadakan di kediaman Ayah Lah di Puchong. Majlis bermula dengan kedatangan warga KJ KL pada jam 6.30 petang. Jam 7.00 petang tahlil dimulakan dipimpin oleh Pengerusi KJ dan disudahi doa oleh Ayah Su. Jam 7.31 petang buka puasa. Kemudian solat Maghrib dan menjamu nasi. Selepas itu solat Isyak dan Solat Tarawikh di Surau Desa Ayer Hitam. Antara Solat Tarawikh diselangi dengan tazkirah yang diasampaikan oleh Ustaz Tuan Asmawi daripada JAWI. Jam 12.00 tengah malam majlis bersurai.
 Tahlil...
 Pengerusi KJ..
 Buka puasa...
Makan nasi..