Isnin, Januari 25, 2010

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil di SgP

Ahad, 24/1/2010 - Satu majlis bacaan Yaasin dan tahlil telah diadakan di kediaman Sungai Penchala. Program bermula selepas solat Zuhur dan dipimpin oleh Pengerusi KESIMA JAYA. Selepas tahlil, jamuan nasi disediakan oleh chef Su Nie. Selesai makan, melihat perlawanan akhir badminton terbuka Malaysia di mana Lee Chong Wei telah muncul juara perseorangan mengalahkan Boonsak dari Thailand. Selepas solat asar, dijamu pula 'cekodok' pisang untuk santapan petang. Antara dibincangkan aktiviti hari Keluarga yang dirancang untuk diadakan pada cuti hari raya cina nanti. Namun, tempat dan masa masih belum dimuktamadkan lagi.

Khusyuk..

Bacaan....

Makan ulam...

kanak-kanak riang makan...

Ahad, Januari 03, 2010

Bangi Juara Bowling Antara KESIMA JAYA

Sabtu, 2/1/2010 - KESIMA JAYA membuka tirai tahun baru 2010 dengan perlawanan bowling antara keluarga. Walaupun tidak semua keluarga yang ada namun permainan bowling ini dapat menjadi salah satu aktiviti bagi merapatkan lagi tali kekeluargaan. Permainan berlangsung di Pusat Bowling Warta Bangi pada jam 9.00 malam. Semua yang hadir dengan 'jersey' masing-masing. Program dimulakan dengan ucapan aluan penganjur iaitu Ayah Ngah kemudian bacaan doa oleh Ayah Su. Kemudian upacara perasmian simbolik balingan bowling oleh Tok Mek sebagai Penaung KESIMA JAYA. Permainan sebanyak dua set berlangsung secara sengit dengan masing-masing menggunakan teknik dan taktik tersendiri untuk menang. Keputusan akhir diperolehi dengan kedudukan keluarga Ayah Ngah telah muncul sebagai Johan, Uda sebagai Naib Johan, Ayah Lah Ketiga dan Keempat Su Nie. Upacara penutup telah dirasmikan oleh Uda selaku Pengerusi KESIMA JAYA dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Tok Mek kepada pemenang-pemenang. Acara tamat pada pukul 11.00 malam yang kemudiannya singgah di Restoran Telaga Buruk untuk minum teh tarik dan roti canai. KESIMA JAYA mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010....

Balingan Penaung...
Masing-masing mengira markah...
Gaya juara....

Bergambar bersama hadiah...