Khamis, Januari 29, 2009

Majlis Tahlil & Bacaan Yaasin

Majlis Tahlil & Bacaan Yaasin diadakan di rumah Cik Nor, Pulai Chondong pada malam Jumaat 29.1.09....Majlis ini diserikan dengan kehadiran Mek, Family Mok Long, Cik, Su Nie...Atucara majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dengan diimamkan oleh Ayah Su. Sementara menunggu isya' bacaan Yaasin di baca beramai-ramai..diikuti dengan tahlil..Selepas selesai solat Isya',masa yang ditunggu telah tiba....makan nasi ayam special...chefnya bukannya asing lagi Ayah Wae la...Best....boleh buka restoran ni...Semuanya kekenyangan sehingga menjilat jari....Selepas tu, berborak la macam-macam cerita menarik yang dibualkan.....tepat kul 11.00 malam masing-masing pulang ke rumah.....


Menjamu selera nasi ayam...


Menyandar selepas makan...


Hal-hal lain..... Rorine dan tudung....

Shopping di KB

Khamis, 29/1/09 - Lum puas gi shopping kat Rantau p ke Pasar Siti Khadijah la pulok...Pi sana pun dah lewat kul 2.00 ptg..tunggu Mok Long habis ngajar. Cik, K.Ina, Ipah pun turut sekali ke sana..Sampai di sana terus terjah ke kedai tudung Ibu....borong sakan la tudung...nak buka bisnes la katakan...nak cari makan....Lepas beli tudung g ke gerai K.Shah pula nak beli keropok....After that, kul 5.30 kami pun pulang la ke rumah...


Menilik tudung-tudung...Kedai Ibu...


Ipah bersama tudung 'ekin' yang baru dibeli


Borong keropok dan sambal daging di Kedai Kak Shah..

Selasa, Januari 27, 2009

Bersiar di Rantau Panjang

Selepas berkumpul di rumah Pak Ngah, Mak Long bersama Su Nie telah membuat kunjungan ke Rantau Panjang, driver ni bukan calang-calang orang,MA kite, Angoh...Kami bertolak selepas Zuhur. Sebelum itu, kami singgah membeli beras di Jeram Perdah. Setelah selesai membeli beras, pergi ke Bandar Rantau Panjang la pulok...sebelum sampai ke bandar jem giler sampai kenyang perut masing-masing sapu dengan roti..ramai sungguh orang nak pergi ke sana,bukan orang cina yang beraya tapi orang melayu yang memenuhi jalan..OTW balik singgah la alas perut kat Restoran Ema....erghhh,alhamdulillah dah kekenyangan semuanya...


Kereta banyak di bandar Rantau Panjang...


Mak Long dengan kain-kain...


Ayah Long berselera makan mee sup...


Bertolak balik setelah kenyang...

Berkumpul Di Rumah Pak Ngah

Pada hari Isnin 26/1/2009, di rumah Pak Ngah telah diadakan majlis makan sempena akikah anak Kamal. Turut hadir bersama Mek, keluarga Mak Long, Cik Serendah, Su Nie dan sanak saudara lain. Keluarga Ayah Wae telah datang awal pagi lagi. Mak Ngah dilihat ceria bercerita dengan cerita-cerita yang mencuit hati. Abe Daud turut hadir bersama.


Baru pulang dari rumah Pak Ngah


Mak Long sedang bercerita...

Majlis Pertunangan Along

Pada hari Ahad 25/1/2009, satu majlis pertunangan Along telah diadakan. Rombongan pertunangan telah disertai oleh Mek, Pak Su Amran dan Mak Su Aziah, keluarga Mak Long, Cik Serendah, Ayah Wae dan Su Nie. Kami telah bertolak dari Serendah selepas Zohor dan selamat sampai di Kg. Gunung dalam pukul 3.00 petang. Majlis Pertunangan selamat diadakan dengan persetujuan di kedua-dua belah pihak tentang harga hantaran dan masa perkahwinan dijangka pada cuti sekolah pada awal bulan Jun 2009 nanti. Majlis tersebut diteruskan dengan acara menyarung cincin kepada kedua-dua bakal pengantin oleh kedua-dua belah pihak. Setelah selesai kami bertolak pulang ke rumah pada pukul 4.15 petang.


Bergambar sebelum bertolak ke Kg. Gunung

Sarung cincin 'Kak Long'...

Sarung cincin Along..

Bergambar bersama....


Bertolak balik...

Selasa, Januari 20, 2009

Bersiar di KLCC

Lanjutan perbincangan pada malam selepas berkunjung ke Putrajaya, pada hari Ahad 18/1/2009, keluarga Ayah Ngah, Ayah Lah dan Su Nie telah pergi bersiar-siar ke KLCC di samping melihat budak-budak bermain air di kolam. Kami sampai di KLCC lebih kurang pukul 5 dan terus 'parking' di bawah KLCC. Tengah berbual dan melihat gelagat orang di sekitar, kami berjumpa dengan Pok Su Amran dan Zaim yang kebetulan datang juga ke KLCC kerana ada urusan bisnes keesokan hari. Selepas sembahyang maghrib di masjid KLCC, kami bertolak balik ke rumah masing-masing.


Budak-budak lepas mandi kolam


Bersantai...


Berjumpa dengan Pok Su Amran....


Bertolak balik

Ahad, Januari 18, 2009

Bersiar di Putrajaya

Pada malam, hari Sabtu 16/1/09, keluarga Ayah Ngah, Ayah Lah dan Su Nie telah membuat lawatan tak rasmi ke Putrajaya. Sebelum itu kami telah singgah di PKNS Bangi dan makan malam di Restoran Cempaka. Selepas makan, pukul 10 malam kami telah bersiar-siar di Putrajaya. Dalam perjalanan ke dataran masjid didapati jalan telah ditutup. Kami terpaksa melalui jalan lain ke sana dan akhirnya sampai di dataran masjid dengan selamat. Turut bersama Abe Ngah yang telah dapat bekerja di PLUS. Di dataran masjid kami telah terpesona dengan gelagat orang ramai di situ. Ada yang bermain kereta 'control' ada yang bermain basikal dan sebagainya. Apa yang menarik perhatian kami sekumpulan budak yang menari 'ulat bulu' dan bermain kasut roda.


berehat seketika



melihat kereta 'control'



bersiap nak balik



terpesona dengan aksi ini..

Khamis, Januari 15, 2009

Carta Organisasi KESIMA JAYA 2008/09


CARTA ORGANISASI KESIMA JAYA 2008 / 09

Penasihat
Hjh. Siti Meriam binti Hassan

Pengerusi
Mohd Padri bin Mamat

Setiausaha
Muhammad Azwan bin Abdul Rashid

Bendahari
Che Hassan bin Ismail

Juruaudit
Samsiah binti Abu Salim

AJK
Arimatun Saadiah binti Arifin
Hamidah binti Mamat
Ahmad bin Yaacob
Fauziah binti Mamat
Nazeri bin Mamat
Normawati binti Abd. Ghani
Normi binti Mamat
Abdullah bin Mamat
Rosmini binti Mamat
Muhammad Fahmi bin Shaari

Selasa, Januari 13, 2009

Majlis Tahlil di Taman Sri Intan Bangi

Pada 3 Januari 2009, satu majlis tahlil sempena awal tahun baru telah diadakan di rumah Ayah Ngah Bangi. Turut hadir sama keluarga Uda, Ayah Lah dan Su Nie. Aturcara majlis seperti
berikut;
1.30 ptg - 7.00 mlm - tetamu hadir
7.15 mlm - solat maghrib berjemaah di surau (depan rumah)
7.45 - 8.30 mlm - bacaan Yaasin dan tahlil
8.30 mlm - solat isyak berjemaah di surau (depan rumah)
9.00 mlm - Makan Nasi Belauk
9.30 - 11.30 mlm - Berborak
11.30 mlm - Pulang ke rumah masing-masing





Isnin, Januari 12, 2009

Blog Kesima Jaya dilancarkan

Assalamualaikum... Kepada semua ahli keluarga Siti Meriam Kg. Mata Ayer satu blog khas dilancarkan bertujuan memberi info terkini aktiviti yang akan dijalankan oleh KESIMA JAYA. Secara tidak rasmi blog ini dilancarkan pada hari ini (Isnin) 12 Januari 2009. Salam hormat dari editor... mfs..