Isnin, Disember 28, 2009

Balik ke P.G

Ahad, 27/12/2009 - Semua keluarga di KL berkumpul di kediaman Ayah Ngah untuk menjamu laksa dan laksam yang dibuat secara gotong-royong diketuai oleh chef Mak Long. Pada sebelah malam, semua yang hadir menghantar Mak Long yang akan pulang ke Pangkal Gong di perhentian bas Kajang untuk perjalanan bas pukul 9.00 malam ke KB. Bas bertolak pada pukul 9.30 malam. Semoga Mak Long selamat tiba di P.G. Selepas bas bertolak, kami singgah makan ikan 3 rasa di Restoran View Village Bangi.
berkumpul di kediaman Ayah Ngah...

perhentian bas....

makan ikan 3 rasa....

Shopping di Jalan TAR

Sabtu, 26/12/2009 - Sempena berkunjung ke KL, Mak Long bersama ahli KESIMA JAYA yang lain berkunjung ke Jalan TAR untuk kali kedua setelah berkunjung ke situ baru-baru ini. Gerai-gerai pasar malam membuatkan kami leka dengan pelbagai barangan yang menarik perhatian. 'Shopping' kali ini membawa hasil yang memuaskan. Kami sempat ke 'Jakel' yang menawarkan potongan harga sempena 'YES' - Year End Sale dan juga SOGO. Selepas penat shopping, kami singgah makan di Restoran MZ yang menghidangkan juadah makanan yang menyelerakan.

borong beg...

lelong-lelong!! 3 helai seratus...

makan budu di MZ....

Sabtu, Disember 26, 2009

Berkelah di Sungai Congkak

Jumaat, 25/12/2009 - Sempena cuti Krismas, KESIMA JAYA telah pergi berkelah di Sungai Congkak. Perjalanan ke sana bermula seawal jam 9.00 pagi masing-masing bertolak dari rumah dan sampai dalam pukul 10.30 pagi. Ayah Lah menyusul kemudian kerana pergi ke klinik terlebih dahulu. Antara aktiviti yang dibuat ialah sarapan pagi, mandi sungai, 'barbecue ayam', menonton 'wayang' cerita popular PAPADOM dan tidur sambil menikmati suasana alam nyaman. Selepas solat Jumaat, hidangan tengahari dihidangkan bersama ayam 'barbecue'. Selepas asar, kami bertolak pulang pada jam 5.30 petang.

baru sampai....

barbecue... menonton wayang..

lunch...

bergambar sebelum pulang..

Isnin, Disember 21, 2009

Indahnya Hidup Bersyariat - Suatu Sinopsis

Sinopsis - Buku Indahnya Hidup Bersyariat merupakan satu buku ilmiah yang perlu dimiliki oleh sesiapa sahaja dengan satu buku satu keluarga. Buku karangan Al-Ustaz Dato' Hj. Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Abd Hamid terbitan Telaga Biru ini seharusnya dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu. Isi buku ini merangkumi panduan untuk diri sendiri (fardu Ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu Kifayah). Ia menceritakan syariat ketika kelahiran, fardu Ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir doa dan adab. Semua ilmu berdasarkan al-Quran dan hadis sahih. Apa yang menarik ialah buku ini juga mempunyai teknik penyampaian yang ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan yang menarik disertakan dengan media fotografi warna yang menunjukkan perkara yang realistik. Buku yang menjadi rebutan dan laris di pasaran ini perlu dimiliki oleh sesiapa yang cintakan ilmu. Sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan KESIMA JAYA.

Satu buku satu keluarga..

Rombongan ke Kluang

Ahad, 20/12/2009 - Persiapan ke Kluang bermula seawal jam 7.00 pagi lagi. Perancangan awal berkumpul di R&R Machap kemudian telah ditukar di R&R Ayer Keroh. Semua ahli KESIMA JAYA telah bertolak ke sana pada pukul 8.30 pagi dengan emapat buah kereta. Kami tiba jam 10.00 pagi di R&R Ayer Keroh dan menanti rombongan keluarga yang lain. Keluarga Pak Ngah tiba sejurus kami. Kemudian keluarga Pok Su Amran tiba. Rombongan kami meneruskan perjalanan ke Kluang pada jam 11.00 pagi. Kami tiba di masjid Bandar Kluang pada jam 12.30 tgh. Setelah solat Zuhur, pihak rombongan bertolak ke Dewan Tunku Ibrahim Ismail untuk majlis perarakan pengantin dan majlis makan bersama pengantin. Majlis perarakan bermula jam 2.15 petang kemudian dihidangkan dengan jamuan nasi serta nyanyian penyanyi cilik muda 7 tahun yang menghiburkan. Perjalanan pulang jam 3.30 petang. Kami singgah di Ayer Hitam untuk melihat pasu-pasu cantik. Pukul 4.30 petang kami memulakan perjalanan balik ke Bangi. Perjalanan balik lancar sehingga hampir di Senawang jalan mulai sesak dengan kenderaan. Kami mengambil keputusan untuk masuk ke Tol Senawang dan melalui laluan LEKAS. Kami singgah solat di Masjid Kajang pada jam 8.00 malam dan sampai di Bangi jam 9.00 malam.

Berkumpul di R&R Ayer Keroh..

Mengurut di pusat urut Masjid Bandar Kluang...

Sedia untuk berarak...

Bergambar bersama pengantin...

Sedia untuk bertolak pulang...

Singgah di Ayer Hitam...

Banyak barangan...

Majlis Tahlil Di Puchong

Sabtu, 19/12/2009 - Satu majlis tahlil telah diadakan di kediaman Ayah Lah di Puchong. Sebelum itu, Mak Long sekeluarga dan Mek serta Acik telah tiba di stesen keretapi KL Sentral dari Kelate pada pukul 8.30 pagi. Mereka telah dijemput oleh Ayah Lah. Majlis tahlil yang sebenarnya dijadualkan pada pukul 6.30 petang telah diawalkan sebelum asar. Sebelum majlis bermula, kami telah menjamu selera hasil masakan secara gotong-rotong. Pada sebelah malam pula, Tok Su Amran sekeluarga turut hadir memeriahkan di kediaman Puchong. Pada pukul 9.00 malam wakil KESIMA JAYA telah mengunjungi rumah Abe Puad di Kepong sempena hari perkahwinan anak pada keesokan harinya.

Gotong-royong memasak..

Makan...

Pok Eing ada bersama...

Tahlil...

Sabtu, Disember 05, 2009

Warga Kesima Jaya bertambah lagi

Sabtu, 5/12/09 - Selepas sembahyang Jumaat semalam, dikejutkan dengan berita Cik Nor telah dihantar ke Klinik Pulai Chondong. Tanda-tanda telah ada. Kemudian dihantar ke Hospital Machang. Mek, Mak Long dan Su Nie segera ke hospital Machang pada pukul 6.00 petang untuk melawat. Setelah waktu lawatan tamat, kami pulang ke Pangkal Gong. Berita terkini, Cik Nor telah selamat bersalin baby 'boy' pada pukul 3.00 pagi tadi. Tahniah diucapkan kepada Cik Nor Ayah Wae. Semoga bertambah rezeki.

Tiba di hospital....
Waktu lawatan sehingga 7.00 petang sahaja..
Di katil dalam wad..

Rabu, Disember 02, 2009

Dinner di Pulai Chondong

Selasa, 1/12/09 - Cik Nor dan Ayah Wae telah menjemput makan malam di rumah mereka. Makan malam telah dimulakan selepas Isyak. Antara yang hadir keluarga Mak Long, Cik, Ayah Lah dan Su Nie. Hujan turun dengan lebat sepanjang malam membuatkan kami risau tentang keadaan semasa di jalan-jalan utama ke KL dan Perak dan paling hampir ialah jalan Kalae kunyit. Ayah Lah dijangka bertolak ke KL esok pagi manakala Cik ke Perak. Semoga selamat semuanya sampai ke destinasi.

Menjamu selera...

Menu hidangan...

Menyandar...

Santai...

Shopping di KB

Selasa, 1/12/09 - Keluarga Ayah Lah dan Su Nie telah pergi bersiar-siar di KB. Parking tempat biasa penuh membawa kami parking di Padang Bas KB. Kami singgah sembahyang zohor di Masjid Al-Muhammadi. Kemudian pergi ke Pasar Siti Khadijah untuk mencari 'kepok' dan ikae kering. Kami sempat menjamu selera laksae di Kedai Selesai shopping di situ, kami pergi ke Pantai Cahaya Bulan untuk melihat pantai dan air laut. Kami tiba dalam pukul 5.00 petang di sana dan sempat melihat ombak besar. Perjalanan balik membawa kepada 'jem' kerana bertembung orang baru balik kerja. On way balik jalan bawah sempat singgah ambik kakak yang baru habis kerja praktikal di KB.Kami tiba di MA pukul 6.10 petang.

Padang Bas KB..

Makan laksae...

Atas pasar Siti Khadijah..

Tengok ombak besar di PCB...

Selasa, Disember 01, 2009

Makae' Singge' Tulae'

Isnin, 30/11/09 - Tok Su Amran telah menjemput KESIMA JAYA untuk makae singge' tulae' yang menyelerakan untuk penghabisan makae' bersama pengantin baru. Makan malam bermula pada jam 9.00 malam di perkarangan rumah Tok Su. Di kesempatan itu juga, Tok Su Aziah telah menyampaikan 'hadiah istimewa' buat yang hadir tanda terima kasih atas segala bantuan yang telah diberikan sepanjang majlis perkahwinan pengantin baru.

Beratur ikut giliran..

makan..

Tok Su berbual dengan Mak Long..

Shopping di Rantau Panjang

Isnin, 30/11/09 - Selepas makan tengahari di rumah Mak Long, keluarga Ayah Ngah, Ayah Lah, Su Nie dan Mek telah bertolak ke Rantau Panjang untuk melihat barang lelong jika ada. Kami sampai dalam pukul 3.00 petang dalam suasana hujan renyai-renyai yang bermula sejak pagi lagi. Tiba di sana, kami tidak dapat meluangkan masa panjang untuk memilih barang kerana kekangan hujan dan 'black-out' secara tiba-tiba di seluruh kawasan. Satu adegan cemas telah berlaku di mana kereta Ayah Ngah tidak dapat 'start' disebabkan lampu kereta tidak dimatikan. Usaha mencari 'jumper' gagal sehingga pukul 5.45 petang masalah ini akhirnya selesai. Dalam perjalanan pulang kami singgah di Masjid Beijing yang amat unik rekabentuknya. Kami sampai di rumah Mak Long pada pukul 8.00 malam.

Di kedai kain tokei tudung...

kedai periuk...

berehat sekejap..