Selasa, Ogos 31, 2010

Majlis Buka Puasa di Puchong

Selasa, 31/8/2010 - Satu majlis berbuka puasa telah diadakan di kediaman Ayah Lah di Puchong. Majlis di hadiri oleh keluarga Uda dan Su Nie. Ayah Ngah sekeluarga tidak dapat hadir kerana terdapat majis khatam al-Quran di surau Taman Sri Intan.

menunggu berbuka...

banyaknya kuih...

sambal petai ikan bilis...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53

Selasa, 31/8/2010 - Hari Kebangsaan 2010 disambut sederhana oleh masyarakat Malaysia sempena menghormati bulan Ramadhan. Keluarga Ayah Ngah dan Su Nie sempat meninjau persiapan malam ambang kemerdekaan di Putrajaya. Namun, tiada acara menarik yang diadakan. Masing-masing hanya bersiar-siar melihat keindahan malam dan berhenti seketika pada pukul 12.00 tengah malam di Jambatan Putrajaya. KESIMA JAYA mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke -53...'1Malaysia Menjana Transformasi' ... MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

singgah di 'uptown' kajang selepas ronda Merdeka di Putrajaya...

Majlis Berbuka Puasa Di Bangi

Isnin, 30/8/2010 - Satu majlis berbuka puasa telah diadakan di kediaman Ayah Ngah di Bangi. Majlis bermula dengan kehadiran warga KESIMA JAYA pada pukul 6.30 petang didahului oleh keluarga Su Nie. Kemudian keluarga Ayah Lah dan Uda. Majlis turut dihadiri oleh Along dan Abe Ngah. Setelah berbuka dengan kuih-muih, solat Maghrib kemudian menyambung makan nasi. Setelah itu solat ISyak dan bertarawikh di surau. Selesai tarawikh, moreh dengan air teh dan kuih-muih. Antara dibincangkan persiapan untuk balik raya yang berkemungkinan akan bertolak balik seawal hari Selasa nanti bagi mengelakkan 'jem' di atas jalan.

Kuih-muih berbuka..

make nasi deh....

Tambah nasi wehhh.....

Rabu, Ogos 11, 2010

Salam Ramadhan al Mubarak

Selasa, 11/8/2010 - Hari ini telah diisytiharkan bermula puasa di Malaysia. Berpuasa di bulan Ramadhan salah satu daripada rukun Islam. Ibadat yang mempunyai 1001 macam rahsia dan hikmah dan membawa kepada banyak pahala dan keuntungan bagi mereka yang berpuasa serta melakukan ketaatan pada bulan Ramadan. Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW: Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka: Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam. KESIMA JAYA mengucapkan Selamat berpuasa dan beribadah. Moga-moga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya.

Ahad, Ogos 08, 2010

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil di SGP

Sabtu, 7/8/2010 - Sempena menyambut kedatangan Ramadhan dan tahlil bulanan, satu majlis bacaan Yaasin dan tahlil telah diadakan di kediaman Penchala River. Majlis yang dijadualkan bermula selepas Maghrib ditunda lewat sedikit memandangkan beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun majlis dapat diteruskan dengan jayanya yang dihadiri oleh keluarga Ayah Ngah, Uda dan Ayah Lah. Setelah solat Isyak, jamuan nasi dihidangkan. Agenda seterusnya, jualan baju-baju dan barangan sambal daging dan kurma oleh kaum ibu. Perbincangan seterusnya membincangkan cadangan pulang berhari raya di kampung.

khusyuk...

Humairah turut sama....

Jom makan-makan...

Jual-jual.....

Selasa, Ogos 03, 2010

Makan Sup Gearbox

Ahad, 1/8/2010 - Jalan-jalan cari makan minggu ini membawa keluarga Ayah Ngah dan Su Nie ke restoran Sup Gearbox di bangi. Setelah penat shopping di PKNS, kami berehat untuk makan sup gearbox. Restoran yang agak unik memperlihatkan perkembangan semasa di sudut 'picture wall' restoran. Setelah selesai makan dan solat maghrib, kami ronda-ronda melihat 'ceramah politik' oleh YB Asas Tani.

try sup wehhh...

bestnye sup gearbox.....

Sambil makan kerang...

Tokei kedai...