Isnin, Mei 25, 2009

Selamat Pengantin Baru

Sabtu, 23/5/2009 - Selamat Pengantin Baru kepada pasangan baru Along & Linda yang telah selamat diijabkabul di Masjid Mukim Keting pada pukul 9.15 malam. Sebelum itu, ahli KESIMA JAYA yang ada telah berkumpul di Serendah. Selepas Maghrib, rombongan pengantin lelaki telah bertolak ke Gunung dan sampai di sana waktu Isyak. Selepas Isyak, Imam masjid telah diamanahkan untuk menikahkan pengantin. Dengan sekali lafaz, Along telah sah menjadi suami Linda. Selesai acara ijabkabul, rombongan pengantin lelaki pergi ke rumah pengantin perempuan untuk jamuan makan. Selesai jamuan makan pihak keluarga kedua-dua pihak bergambar bersama pengantin. KESIMA JAYA mendoakan semoga pengantin baru akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.


Bersiap untuk ke Gunung...


Pengantin bersama adik-beradik...


Sekali lafaz...


Bergambar bersama pengantin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan