Ahad, Mei 03, 2009

Bercuti di Port Dickson

Jumaat, 1/5/2009 - Keputusan pergi ke P.D masih belum muktamad sehinggalah saat akhir tengahari baru dicapai kata sepakat untuk ke P.D sempena cuti hari pekerja. Keluarga Uda, Ayah Ngah dan Su Nie berjanji berkumpul di bulatan Bangi manakala Ayah Lah akan menuju ke P.D dari Melaka kerana telah ada kematian saudara Cik Sham di Melaka. Uda sampai dalam pukul 12.45 di Bangi dengan membuat satu 'kejutan' bersama 'barang baru'. Kami bertolak mengikut jalan lama ke P.D kerana telah berlaku kesesakan di PLUS bermula tol Kajang lagi. Kami selamat tiba di Tanjung Tuan P.D pukul 2.15 ptg. Ayah Lah tiba dalam pukul 5.30 ptg. Antara aktiviti di P.D bermain futsal, mandi di kolam dan mandi di pantai.


baru sampai.... menunggu sebelum check-in..


tempat menginap...


seronok bermain air di kolam....


kaum ibu sebagai 'guard'...


Ayah Ngah memerhati dari jauh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan