Ahad, November 11, 2012

Bacaan Yaasin & Tahlil Sri Intan Nov 2012

Sabtu, 10/11/2012 - Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil bagi bulan November 2012 telah diadakan di kediaman Ayah Ngah di Taman Sri Intan. Majlis bermula selepas solat Asar. Ketibaan ahli KJ KL bermula jam 4.00 petang. Selesai majlis, makan nasi lauk singgang tulang dan daging masak merah. Selesai Isyak, mesyuarat tergempar dibuat bagi membincangkan isu hangat. Beberapa isu selesai dicadangkan antaranya Hari Keluarga yang dicadangkan di adakan di Gold Coast  pada hari Sabtu, 24 November 2012. Penginapan telah berjaya ditempah dan dianggarkan perbelanjaan sebanyak RM 500 satu keluarga.

 khusyuk..
 jiran sebelah turut sama...
 jom makan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan