Selasa, Disember 27, 2011

Bacaan Yaasin & Tahlil di Garden Homes

Sabtu, 17/12/2011 - Satu majlis bacaan Yaasin dan Tahlil bulanan telah diadakan di kediaman Su Nie di Garden Homes. Majlis telah dihadiri oleh ahli KJ KL dan juga keluarga Papa Cik Serendah. Turut hadir Tok Mek dan Kak Ipah yang baru mendapat result 5A dalam UPSR baru-baru ini.. Tahniah diucapkan. Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah kemudian bacaan Yaasin dan Tahlil dipimpin oleh Ayah Su. Selepas solat Isyak jamuan makan nasi. Selesai jamuan nasi dihidang pula dengan jamuan buah durian dan kuih muih. Sesi perbincangan ringkas diadakan. Agenda perbincangan mengenai cadangan jalan-jalan makan angin di Gold Coast Bagan Lalang Sepang pada hujung minggu depan. Namun, maklumat mendapati semua penginapan telah 'fully-booking' membawa kepada penangguhan cadangan.

Jamuan nasi....



Makan...

Sibuk di dapur..

Makan durian... sedap tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan