Jumaat, September 02, 2011

Majlis Hari Raya & Mesyuarat KESIMA JAYA

Rabu, 1/9/2011 - Di awal pagi warga Kesima Jaya telah menziarahi sanak saudara dan bersalam-salaman. Selepas Isyak, satu mesyuarat telah diadakan pada pukul 9.30 malam namun terpaksa ditangguhkan buat seketika kerana menerima tetamu untuk beraya. Mesyuarat disambung semula pada pukul 10.30 malam. Antara agenda yang dibincangkan pada mesyuarat malam ini ialah pendaftaran syarikat KESIMA JAYA Enterprise, dana kewangan terkumpul, aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun ini, sumbangan kepada Masjid, sumbangan kepada kakak Azhani yang akan berangkat ke UMS serta hal-hal lain. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah malam.

Pengerusi membincangkan agenda mesyuarat..

serius mendengar...

apa yang lucu tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan