Isnin, Ogos 29, 2011

Majlis Buka Puasa di PG

Ahad, 28/8/2011 - Satu majlis berbuka puasa telah diadakan di kediaman Mak Long. Alhamdulillah semua warga KJ KL telah selamat tiba di kampung. Majlis buka puasa dimulakan dengan majlis tahlil yang dipimpin oleh Pengerusi KJ. Kemudian buka puasa dengan hidangan special daging 'singgae' dan budu dan petai.. Tak lupa juga puding pelangi bersama onde-onde 'hand-made'. Selepas solat Maghrib disusuli dengan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan bagi semua ahli KJ khususnya dan umat Islam amnya serta kemudahan bagi anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tak lama lagi. Selepas Isyak, solat terawih lapan rakaat telah disempurnakan bersama-sama. Kemudiaan hidangan 'moreh' bersama air tea panas dijamu sebagai penutup majlis.

mulakan majlis...

tahlil...

menu berbuka...

menunggu berbuka...

berkumpul di dapur...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan