Jumaat, September 17, 2010

Majlis Tahlil dan Bacaan Doa Selamat di PG

Isnin, 13/9/2010 - Satu majlis tahlil dan bacaan doa selamat telah diadakan di kediaman Mak Long. Majlis diahadiri oleh semua warga KESIMA JAYA kecuali along yang telah berangkat ke KL. Majlis bermula dengan solat Isyak berjemaah kemuadian solat hajat untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan. Kemudian bertahlil yang dipimpin oleh pengerusi. Selesai tahlil jamuan makan. Pada pukul 10 malam mesytuarat warga KESIMA JAYA diadakan dengan pembentangan minit mesyuarat lepasa oleh SU serta penyata kewangan oleh Bendahari. Antara agenda yang dibincangkan ialah aktiviti hari keluarga dan sumbangan yang boleh diwujudkan untuk ahli keluarga. Majlis kemuncak ialah doa selamat untuk besday Penaung iaitu Tok Mek, Mak Long dan Kak Nana juga Tok Su Amran. Tepat pukul 12.00 tengah malam diiringi dengan hujan di luar rumah, kek besday dipotong. KESIMA JAYA mengucapkan HEPI BESDAY Tok Mek, Mak Long, Kak Nana, Tok Su... Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

tahlil...

sambal mangga sedap tuh....

mari makannn...

doa selamat...

hepi besday to u....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan