Ahad, Mei 02, 2010

Bacaan Yaasin & Tahlil di Bangi

Sabtu, 1/5/2010 - Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil diteruskan lagi pada bulan ini di kediaman Bangi. Kehadiran dimulai oleh keluarga Su Nie di kediaman Bangi sebelum asar. Kemudian disusuli oleh keluarga Ayah Lah dan Uda selepas asar. Majlis bermula dengan solat Maghrib di surau. Kemudian diteruskan dengan Bacaan Yaasin & Tahlil yang dipimpin oleh Pengerusi KESIMA JAYA dan disudahi oleh bacaan doa oleh Ayah Lah. Selesai solat Isyak, jamuan makan nasi dihidangkan. Selesai makan beberapa perkara turut dibincangkan dalam hal-hal lain. Antaranya isu cadangan gotong royong menaiktaraf masjid di mata ayer dan aktiviti mungkin boleh diadakan sempena cuti Hari Wesak nanti. Majlis bersurai pada pukul 11.30 malam.

Bacaan Yaasin...

Pimpinan Pengerusi...

Menu macam-macam ada...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan