Ahad, April 05, 2009

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil di Cheras

Pada sebelah malam, satu majlis bacaan Yaasin dan Tahlil telah diadakan di rumah Uda. Walaupun pada petang itu, hujan yang amat lebat, program tersebut telah dapat diadakan seperti yang dirancang. Majlis telah bermula dengan sembahyang Maghrib berjemaah di Surau Kuarters kemudian bacaan Yaasin dan Tahlil telah dimulai oleh Uda. Setelah Isyak, jamuan nasi telah dihidang dengan lauk sup special dan ikan pedas berempah serta ayam’KFC’. Selepas itu, aktiviti menjual kain-kain tudung dan baju diteruskan oleh kaum-kaum ibu. Hal-hal lain turut membincangkan kemungkinan balik atau tidak ke Kelantan sempena tahlil hari 40 nanti dan juga isu kerja-kerja membaiki rumah di Mata Ayer. Program pada malam itu di tangguhkan
pada pukul 12.00 tgh malam.



Bacaan Yaasin...


Tekun membaca...


Jamuan nasi dengan lauk 'special'....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan