KESIMA JAYA mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan... Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..
Isnin, Ogos 01, 2011
Ahad, Julai 24, 2011
Mandi Kolam
Sabtu, 23/7/2011 -Hujung minggu, Penaung KJ telah berpeluang untuk pergi ke Wet World Shah Alam bersama keluarga Su Nie dan Along. Kami sampai pada pukul 10.00 pagi. Di sana berpeluang untuk mandi kolam dan mencuba 'water coaster' terpanjang di Asia. Jam 1.40 petang kami beredar pulang dan singgah di Masjid Shah Alam untuk solat Zohor.
bersedia mandi kolam...
tok mek n farhan...
si kembar seronok main air....
ada berani kaaa naik water coaster....
seronok main air...
Isnin, Julai 18, 2011
KESIMAJAYA Enterprise telah didaftar
17/7/2011, Ahad - Pertemuan ahli KJ KL bersama Penaung telah diadakan pada petang di kediaman Bangi. Antara isu yang dibincangkan ialah pendaftaran KESIMAJAYA Enterprise yang telah didaftarkan secara rasmi pada 8/7/2011. Oleh yang demikian KESIMAJAYA telah berpeluang untuk membuat sebarang perniagaan secara sah. Antara jenis perniagaan yang boleh dijalankan ialah membekal alat tulis, pejabat, pakaian, makanan dan minuman, alatan sukan, barangan elektronik, perabot, perkhidmatan mencuci kawasan, bangunan, angkut sampah menggunakan lori. lanskap.
Jalan-jalan di ekspo Flora Putrajaya
17/7/2011, Ahad - Penaung KJ telah berpeluang untuk melawat ekspo Flora bunga di Putrajaya. Di ekspo tersebut terdapat pelbagai tanaman bunga dan pokok yang menarik disamping jualan-jualan lain. Juga terdapat penyertaan dari negara luar untuk menunjukkan kreativiti masing-masing dalam menghias pokok dan bunga di dalam dewan tertutup.
bunga-bungaan...
angsa...
bunga 1 Malaysia...
Jalan-jalan di Cameron Highland
16/7/2011, Sabtu - Di kesempatan hujung minggu Penaung KJ bersama Su Nie dan kakak telah melawat kawasan sejuk di Cameron Highland. Penaung berpeluang melihat bagaimana tanaman sayur dan buah-buahan yang segar telah diusahakan di tanah tinggi Cameron di samping berpeluang melihat teknik tanaman yang unik diusahakan di Taman Teknologi MARDI di Tanah Rata. Penaung juga berpeluang untuk melihat bagaimana tanaman strawberry diusahakan dan makan secara 'fresh'. Dalam perjalanan pulang turun kami berpeluang untuk singgah minum 'high - tea' di ladang Cameron Tea.
di Kea Farm...
di Cactus Point...
minum tea secawan...
ladang tea...
Tea House...
Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil di SGP
Sabtu, 2/7/2011 - Satu majlis bacaan Yaasin dan Tahlil telah diadakan di kediaman Su Nie. Semua warga KJ KL telah berkumpul bersama-sama dengan Penaung KJ. Majlis bermula dengan solat Maghrib kemudian bacaan Yaasin dan Tahlil dan solat Isyak. Setelah itu jamuan makan malam.
Yaasin ....
jemput makan....
lapar wehhh...
Makan Tengahari di PC
Jumaat, 3/6/2011 - Semua warga KJ berkumpul untuk makan tengahari special selepas solat Jumaat di kediaman Cik Nor. Sebelum makan, tahlil ringkas diadakan.
Pengerusi memulakan tahlil..
khusyuk..
lauk gulai ikan bersama ikan bakar dan ulam....
Langgan:
Catatan (Atom)







