Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan. Papar semua catatan

Isnin, Julai 18, 2011

Jalan-jalan di ekspo Flora Putrajaya

17/7/2011, Ahad - Penaung KJ telah berpeluang untuk melawat ekspo Flora bunga di Putrajaya. Di ekspo tersebut terdapat pelbagai tanaman bunga dan pokok yang menarik disamping jualan-jualan lain. Juga terdapat penyertaan dari negara luar untuk menunjukkan kreativiti masing-masing dalam menghias pokok dan bunga di dalam dewan tertutup.

bunga-bungaan...

angsa...

bunga 1 Malaysia...

Jalan-jalan di Cameron Highland

16/7/2011, Sabtu - Di kesempatan hujung minggu Penaung KJ bersama Su Nie dan kakak telah melawat kawasan sejuk di Cameron Highland. Penaung berpeluang melihat bagaimana tanaman sayur dan buah-buahan yang segar telah diusahakan di tanah tinggi Cameron di samping berpeluang melihat teknik tanaman yang unik diusahakan di Taman Teknologi MARDI di Tanah Rata. Penaung juga berpeluang untuk melihat bagaimana tanaman strawberry diusahakan dan makan secara 'fresh'. Dalam perjalanan pulang turun kami berpeluang untuk singgah minum 'high - tea' di ladang Cameron Tea.

di Kea Farm...

di Cactus Point...

minum tea secawan...

ladang tea...

Tea House...

Selasa, Februari 01, 2011

Jalan-jalan di PK dan RP

Isnin, 31/1/2011 - Sempena cuti persekolahan menyambut raya cina, warga KESIMA JAYA berkumpul kembali di rumah Tok Mek kecuali keluarga Uda dan Ayah Lah. Kemeriahan di rumah Tok Mek diserikan lagi dengan kehadiran dua orang 'anak angkat' Tok Mek baru daripada Tumpat dan Kuala Krai. Di kesempatan ini program pertama kami beronda-ronda ke Pangkalan Kubur dan Rantau Panjang. Kami bertolak ke PK jam 12.50 tengahari setelah Perjalanan ke Pengkalan Kubur memakan masa lebih kurang 45 minit. Jam 3.30 petang kami bertolak ke Rantau Panjang pula. Jam 6.00 petang bertolak balik untuk program makan di rumah Cik Serendah.

kat pangkalan kubur...

kat rantau panjang...