Memaparkan catatan dengan label tahlil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tahlil. Papar semua catatan

Isnin, Julai 18, 2011

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil di SGP

Sabtu, 2/7/2011 - Satu majlis bacaan Yaasin dan Tahlil telah diadakan di kediaman Su Nie. Semua warga KJ KL telah berkumpul bersama-sama dengan Penaung KJ. Majlis bermula dengan solat Maghrib kemudian bacaan Yaasin dan Tahlil dan solat Isyak. Setelah itu jamuan makan malam.

Yaasin ....

jemput makan....

lapar wehhh...

Makan Tengahari di PC

Jumaat, 3/6/2011 - Semua warga KJ berkumpul untuk makan tengahari special selepas solat Jumaat di kediaman Cik Nor. Sebelum makan, tahlil ringkas diadakan.

Pengerusi memulakan tahlil..

khusyuk..

lauk gulai ikan bersama ikan bakar dan ulam....

Ahad, Mac 06, 2011

Bacaan Yaasin, Tahlil Dan Maulid di Cheras

Sabtu, 5/3/2011 - Majlis bacaan Yaasin, Tahlil Dan Maulid telah diadakan di kediaman Uda di Cheras. Aturcara majlis;
1. 7 ptg ketibaan ahli KJ
2. 7.30 mlm solat maghrib berjemaah
3. 8.00 mlm bacaan Yaasin dan tahli serta selawat.
4. 8.40 mlm solat isyak berjemaah
5. 9.00 mlm makan malam. Menu masakan gulai ayam dan Siakap 3 rasa.
10. Isu semasa - Cadangan aktiviti sepanjang cuti sekolah bulan 3 nanti.
Majlis bersurai jam 12.00 tengah malam.

bacaan Yaasin..

jom makan...

kembar kepenatan...

Isnin, Disember 20, 2010

Solat Hajat Rumah Along

Sabtu, 18/12/2010 - Satu majlis solat hajat dan tahlil telah diadakan di kediaman Along di Pandan Mewah bersempena naik rumah baru. Program bermula jam 12.30 tengahari dengan kedatangan tetamu. Solat hajat selepas solat Zuhur dan kemudian tahlil ringkas diadakan. Jamuan nasi ayam telah dihidangkan. Antara yang hadir, Tok Mek, keluarga Serendah, Cheras, Bangi, Puchong dan Penchala. Selepas makan, acara mandi kolam kanak-kanak.

baru tiba...

menu nasi ayam...

makan time...

di ruang tamu...

Rabu, Disember 08, 2010

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil di SGP

Isnin, 6/12/2010 - Satu majlis bacaan Yaasin & Tahlil bulanan telah diadakan di kediaman Su Nie. Majis telah dihadiri oleh Tok Mek, keluarga Mak Long, Uda, Ayah Ngah dan Ayah Lah. Majlis bermula selepas solat Isyak dengan kata-kata aluan oleh Pengerusi. Pengerusi mengucapkan 'Selamat Tahun Baru Hijrah 1432' dan memulakan bacaan Yaasin & Tahlil kemudian disudahi bacaan doa oleh Ayah Su. Jamuan nasi disediakan. KESIMA JAYA mengucapkan 'Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432'. Semoga tahun mendatang ini akan lebih baik daripada tahun sebelum ini.

antara yang hadir..

yaasin..

jemput makan...

Ahad, November 14, 2010

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil di Puchong

Sabtu, 13/11/2010 - Satu majlis bacaan Yaasin dan Tahlil telah diadakan di kediaman Ayah Lah Puchong. Majlis pada asalnya dijadualkan selepas Maghrib telah ditunda kepada selepas Isyak. Ini kerana ada berlaku kemalangan di highway KESAS menyebabkan kelewatan kedatangan Along dan Uda. Majlis telah dihadiri oleh keluarga Ayah Ngah, Uda, Su Nie, Along dan Achik yang baru tiba dari Johor. Bacaan Yaasin telah dipimpin oleh Uda dan disudahi dengan bacaan doa oleh Ayah Su. Kemudian jamuan makan dengan masakan siakap tiga rasa 'special'. Selesai menjamu selera, perbincangan ringkas telah diadakan berkenaan Hari Keluarga. Perbincangan telah memutuskan lokasi hari keluarga diubah ke Tiara Beach Resort Port Dickson dan dijangka diadakan pada 4 dan 5 Disember 2010. Namun keputusan rasmi belum diputuskan kerana persetujuan dicapai hanya antara warga KESIMA JAYA KL tetapi tidak melibatkan ahli di kampung. Kos keseluruhan melibatkan penginapan dan aktiviti untuk hari keluarga dianggarkan RM 4 ribu lebih.

Yaasin...

Achik turut bersama...

siakap tiga rasa 'special'..