Selasa, Disember 27, 2011

Main Air Desa Waterpark

Ahad, 25/12/2011 - Sempena cuti Krismas, Penaung KESIMA JAYA berkunjung ke Desa Water Park bersama Su Nie, Kak Ina, Kak Ipah, Ain, Ikmal, Along n adik-beradik. Kami tiba seawal jam 10.00 pagi menunggu di kaunter tiket. Orang ramai berkunjung ke situ sempena cuti Krismas. Jam 2 petang kami bertolak pulang setelah penat bermain air.Add Image

Makan Nasi Dagang Tok Mek di Puchong

Sabtu, 24/12/2011 - Pagi ini satu majlis makan pagi di kediaman Ayah Lah di Puchong. Menu utama ialah nasi dagang Tok Mek. Semua ahli KJ KL hadir. Turut hadir Along n adik-beradik. Abe Ngoh hadir lewat petang.

Anugerah Bintang diterima oleh Ayah Lah...
Congratulation daripada KESIMA JAYA..

Bacaan Yaasin & Tahlil di Garden Homes

Sabtu, 17/12/2011 - Satu majlis bacaan Yaasin dan Tahlil bulanan telah diadakan di kediaman Su Nie di Garden Homes. Majlis telah dihadiri oleh ahli KJ KL dan juga keluarga Papa Cik Serendah. Turut hadir Tok Mek dan Kak Ipah yang baru mendapat result 5A dalam UPSR baru-baru ini.. Tahniah diucapkan. Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah kemudian bacaan Yaasin dan Tahlil dipimpin oleh Ayah Su. Selepas solat Isyak jamuan makan nasi. Selesai jamuan nasi dihidang pula dengan jamuan buah durian dan kuih muih. Sesi perbincangan ringkas diadakan. Agenda perbincangan mengenai cadangan jalan-jalan makan angin di Gold Coast Bagan Lalang Sepang pada hujung minggu depan. Namun, maklumat mendapati semua penginapan telah 'fully-booking' membawa kepada penangguhan cadangan.

Jamuan nasi....



Makan...

Sibuk di dapur..

Makan durian... sedap tu...

Permainan Bowling Keluarga Anjuran KESIMA JAYA

Ahad, 4/12/2011 - Satu permainan bowling antara ahli keluarga Mata Ayer anjuran KESIMA JAYA telah diadakan di Pusat Bowling Warta Bangi. Permainan bowling telah dihadiri oleh anak beranak keluarga Mata Ayer dengan meriah. Permainan bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.00 petang. Aktiviti ini pertama kali diadakan bertujuan untuk merapatkan tali kekeluargaan yang sedia terjalin. KESIMA JAYA berharap aktiviti seumpama ini akan dapat diteruskan lagi dari semasa ke semasa.
Tok Ngah Kar bersama Ketua Urusetia..
Tok Mek bersedia membaling bola..
Antara yang hadir...

Merancang strategi..

Gambar kenangan keluarga...

Khamis, November 10, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2011

Ahad, 6/11/2011 - Umat Islam pada hari ini menyambut hari kebesaran hari raya Haji. KESIMA JAYA turut berkumpul menyambut hari raya Aidil Adha secara sederhana dan meriah dalam suasana pagi yang cerah. Selesai solat sunat hari raya, kami berkumpul di rumah Ayah Oud untuk acara korban. Tiga ekor lembu dikorbankan pada hari ini. Penyembelih diimport dari Labok kerana lembu-lembu dikhuatiri lembu liar. Acara korban selesai jam 2 petang. KESIMA JAYA mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA... Semoga pengorbanan tahun ini lebih baik dari sebelumnya.

selesai solat raya... segak..

berkumpul....

menunggu penyembelih import...

akad korban bersama tokei lembu..

lembu pilihan...

proses melapah..

siap untuk ditimbang...

Khamis, Oktober 27, 2011

Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil Di Cheras

Sabtu, 22/10/2011 - Satu majlis bacaan Yassin danTahlil telah diadakan di kediaman Uda. Majlis bermula dengan solat Maghrib diikuti dengan Bacaan Yaasin dan Tahlil. Majlis dipimpin oleh Pengerusi KJ. Selepas solat Isyak, semua dijemput menjamu selera sambil menonton perlawanan bolasepak semi final. Kemudian, satu kejutan dengan kehadiran kek 'special' sempena menyambut besday jeng.. jeng.. jeng.. Siapa yang sambut.. cuba teka... Kemudian, perbincangan ringkas aktiviti cadangan perlawanan bowling KJ dijadualkan pada Selasa malam Happy Deepavali. Semua ahli diminta memakai jersi masing-masing.
Bacaan Yaasin..
Zul Puteh turut bersama..
Jemput makan...

Kek special..

Hepi besday to u....

Selasa, September 06, 2011

Menghantar Kakak ke LCCT

Isnin, 5/9/2011 - Semua berkumpul di kediaman Ayah Ngah selepas asar. Ayah Lah akan terus ke LCCT manakala Uda tak dapat hadir bersama. Selepas menjamu selera, kami bertolak ke LCCT jam 6.30 petang. Sebelum itu singgah sekejap di sekolah untuk mengambil Aniq. Kami tiba di LCCT jam 7.30 malam. Setelah selesai urusan 'check-in' Mok Long, Abe Ngah dan Kakak masuk ke pintu perlepasan jam 8.45 malam ke Kota Kinabalu bagi pendaftaran pelajar baru UMS. KESIMA JAYA mendoakan semuanya selamat tiba di Kota Kinabalu dan selamat pulang kembali.

tengok ape tu semua...

ooo... Tok Su Minah baru sampai rupanya...

Kakak bersemangat.. Ngaji molek-molek...

berlepas ke pintu perlepasan...

Isnin, September 05, 2011

Beraya di Pengkalan Chepa

Jumaat, 2/9/2011 - Pada pukul 10.30 pagi, kami bertolak ke Pengkalan Chepa untuk menghadiri majlis makan-makan dan Hari Raya di rumah Umi Mak Uda di Pengkalan Chepa. Keluarga Ayah Ngah dan Ayah Lah tidak dapat bersama kerana telah balik ke KL. Majlis bermula dengan tahlil dan doa ringkas yang dipandu oleh Papa Cik. Kemudian jamuan makan. Antara menu dihidangkan laksa penang, laksam, nasi dagang, roti dan jacuzzi serta tapai. Selepas itu kami singgah di Masjid Pengkalan Chepa untuk solat Jumaat. Selepas Jumaat, kami singgah di Kok Lanas untuk menghadiri kenduri kahwin.

Papa Cik meembacakan doa selamat..

banyaknye makanan...

tambah jangan tak tambah..

Jumaat, September 02, 2011

Majlis Hari Raya & Mesyuarat KESIMA JAYA

Rabu, 1/9/2011 - Di awal pagi warga Kesima Jaya telah menziarahi sanak saudara dan bersalam-salaman. Selepas Isyak, satu mesyuarat telah diadakan pada pukul 9.30 malam namun terpaksa ditangguhkan buat seketika kerana menerima tetamu untuk beraya. Mesyuarat disambung semula pada pukul 10.30 malam. Antara agenda yang dibincangkan pada mesyuarat malam ini ialah pendaftaran syarikat KESIMA JAYA Enterprise, dana kewangan terkumpul, aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun ini, sumbangan kepada Masjid, sumbangan kepada kakak Azhani yang akan berangkat ke UMS serta hal-hal lain. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah malam.

Pengerusi membincangkan agenda mesyuarat..

serius mendengar...

apa yang lucu tu...

Salam Aidilfitri dari KESIMA JAYA

Selasa, 30/8/2011 - Pada hari ini umat Islam menyambut Hari Lebaran. KESIMA JAYA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir & Batin..

Isnin, Ogos 29, 2011

Majlis Buka Puasa di PG

Ahad, 28/8/2011 - Satu majlis berbuka puasa telah diadakan di kediaman Mak Long. Alhamdulillah semua warga KJ KL telah selamat tiba di kampung. Majlis buka puasa dimulakan dengan majlis tahlil yang dipimpin oleh Pengerusi KJ. Kemudian buka puasa dengan hidangan special daging 'singgae' dan budu dan petai.. Tak lupa juga puding pelangi bersama onde-onde 'hand-made'. Selepas solat Maghrib disusuli dengan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan bagi semua ahli KJ khususnya dan umat Islam amnya serta kemudahan bagi anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tak lama lagi. Selepas Isyak, solat terawih lapan rakaat telah disempurnakan bersama-sama. Kemudiaan hidangan 'moreh' bersama air tea panas dijamu sebagai penutup majlis.

mulakan majlis...

tahlil...

menu berbuka...

menunggu berbuka...

berkumpul di dapur...

Ahad, Ogos 07, 2011

Berbuka Puasa bersama Penaung KJ

Sabtu, 6/8/2011 - Satu majlis berbuka puasa bersama Penaung KJ telah diadakan bersama warga KJ KL di kediaman Bangi. Majlis bermula dengan kedatangan ahli bermula Zohor lagi. Sebelum berbuka diadakan tahlil ringkas yang dipandu oleh Pengerusi KJ. Setelah berbuka solat Maghrib di surau dikuti dengan solat Isyak dan solat Tarawikh.

menunggu berbuka...

juadah berbuka...

Isnin, Ogos 01, 2011

Selamat Berpuasa..

KESIMA JAYA mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan... Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..

Ahad, Julai 24, 2011

Mandi Kolam

Sabtu, 23/7/2011 -Hujung minggu, Penaung KJ telah berpeluang untuk pergi ke Wet World Shah Alam bersama keluarga Su Nie dan Along. Kami sampai pada pukul 10.00 pagi. Di sana berpeluang untuk mandi kolam dan mencuba 'water coaster' terpanjang di Asia. Jam 1.40 petang kami beredar pulang dan singgah di Masjid Shah Alam untuk solat Zohor.

bersedia mandi kolam...

tok mek n farhan...


si kembar seronok main air....

ada berani kaaa naik water coaster....

seronok main air...

Isnin, Julai 18, 2011

KESIMAJAYA Enterprise telah didaftar

17/7/2011, Ahad - Pertemuan ahli KJ KL bersama Penaung telah diadakan pada petang di kediaman Bangi. Antara isu yang dibincangkan ialah pendaftaran KESIMAJAYA Enterprise yang telah didaftarkan secara rasmi pada 8/7/2011. Oleh yang demikian KESIMAJAYA telah berpeluang untuk membuat sebarang perniagaan secara sah. Antara jenis perniagaan yang boleh dijalankan ialah membekal alat tulis, pejabat, pakaian, makanan dan minuman, alatan sukan, barangan elektronik, perabot, perkhidmatan mencuci kawasan, bangunan, angkut sampah menggunakan lori. lanskap.


KESIMAJAYA ENTERPRISE....

Jalan-jalan di ekspo Flora Putrajaya

17/7/2011, Ahad - Penaung KJ telah berpeluang untuk melawat ekspo Flora bunga di Putrajaya. Di ekspo tersebut terdapat pelbagai tanaman bunga dan pokok yang menarik disamping jualan-jualan lain. Juga terdapat penyertaan dari negara luar untuk menunjukkan kreativiti masing-masing dalam menghias pokok dan bunga di dalam dewan tertutup.

bunga-bungaan...

angsa...

bunga 1 Malaysia...

Jalan-jalan di Cameron Highland

16/7/2011, Sabtu - Di kesempatan hujung minggu Penaung KJ bersama Su Nie dan kakak telah melawat kawasan sejuk di Cameron Highland. Penaung berpeluang melihat bagaimana tanaman sayur dan buah-buahan yang segar telah diusahakan di tanah tinggi Cameron di samping berpeluang melihat teknik tanaman yang unik diusahakan di Taman Teknologi MARDI di Tanah Rata. Penaung juga berpeluang untuk melihat bagaimana tanaman strawberry diusahakan dan makan secara 'fresh'. Dalam perjalanan pulang turun kami berpeluang untuk singgah minum 'high - tea' di ladang Cameron Tea.

di Kea Farm...

di Cactus Point...

minum tea secawan...

ladang tea...

Tea House...