Rabu, Februari 02, 2011

Kelantan seri 1 sama Terengganu

Selasa, 1/2/2011 - Selepas Asar, Ayah Ngah dan Ayah Su bergegas ke stadium Sultan Mohd Kota Bharu untuk menyaksikan perlawanan bolasepak antara Kelantan melawan Terengganu. Turut serta Muiz, Haikal, Zharfan dan Aniq. Along juga datang kemudian dari Gunung. KESIMA JAYA datang untuk memberi sokongan padu kepada The Red Warriors. Namun, perlawanan malam tadi menyaksikan keseimbangan serangan diantara kedua-dua pasukan. Hantaran silang Azwan Roya kepada Piya pada minit ke 34, tidak disia-siakan Piya untuk meloloskan sepakan membolosi gawang gol Sharbinee. Keputusan Kelantan 1-0 Terengganu kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Selepas 15 minit separuh masa kedua, barisan serangan Terengganu berjaya mengasak kubu pertahanan Kelantan. Marzuki Yusof berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 67. KESIMA JAYA dan ramai penyokong Kelantan lain menyatakan kekecewaan mereka kerana Kelantan gagal mempertahankan kemenangan separuh masa pertama ini dan terlepas peluang menang di stadium sendiri. Namun mereka akur dengan keputusan ini. Keputusan muktamad Kelantan 1 Terengganu 1.

tiket perlawanan..

cantik tak rambut baru...pacak..

stadium penuh...

Lunch di PC

Selasa, 1/2/2011 - Hari ini warga KESIMA JAYA berkumpul di kediaman Ayah Wae dan Cik Nor untuk makan tengahari. Semua berkumpul selepas Zohor. Selepas makan Ayah Ngah dan Ayah Su bergegas ke stadium Mohd Kota Bharu untuk memberi sokongan kepada Red Warriors.

kanak-kanak riang makan dulu..

menjamu selera...

tarian naga..

Selasa, Februari 01, 2011

Dinner di Serendah

Isnin, 31/1/2011 - Setelah balik dari RP, kami bersiap pula ke rumah Cik Serendah. Jam 8.00 malam kami berkumpul di Serendah dan seterusnya makan malam. Kemeriahan makan malam semakin gamat dengan ketibaan Along dan Abe Ngah yang baru tiba dari KL jam 8.30 malam.
makan malam besar....
santai lepas makan...

kembar tiga...

Jalan-jalan di PK dan RP

Isnin, 31/1/2011 - Sempena cuti persekolahan menyambut raya cina, warga KESIMA JAYA berkumpul kembali di rumah Tok Mek kecuali keluarga Uda dan Ayah Lah. Kemeriahan di rumah Tok Mek diserikan lagi dengan kehadiran dua orang 'anak angkat' Tok Mek baru daripada Tumpat dan Kuala Krai. Di kesempatan ini program pertama kami beronda-ronda ke Pangkalan Kubur dan Rantau Panjang. Kami bertolak ke PK jam 12.50 tengahari setelah Perjalanan ke Pengkalan Kubur memakan masa lebih kurang 45 minit. Jam 3.30 petang kami bertolak ke Rantau Panjang pula. Jam 6.00 petang bertolak balik untuk program makan di rumah Cik Serendah.

kat pangkalan kubur...

kat rantau panjang...

Isnin, Disember 20, 2010

Solat Hajat Rumah Along

Sabtu, 18/12/2010 - Satu majlis solat hajat dan tahlil telah diadakan di kediaman Along di Pandan Mewah bersempena naik rumah baru. Program bermula jam 12.30 tengahari dengan kedatangan tetamu. Solat hajat selepas solat Zuhur dan kemudian tahlil ringkas diadakan. Jamuan nasi ayam telah dihidangkan. Antara yang hadir, Tok Mek, keluarga Serendah, Cheras, Bangi, Puchong dan Penchala. Selepas makan, acara mandi kolam kanak-kanak.

baru tiba...

menu nasi ayam...

makan time...

di ruang tamu...

Rabu, Disember 08, 2010

Kunjungan ke Tasik Perdana dan Istana Budaya

Selasa, 7/12/2010 - Sempena cuti sambutan Awal Muharam, KESIMA JAYA berpeluang berkunjung ke Taman Tasik Perdana. Kami bertolak ke sana jam 3.30 petang dan berkelah. Kami berpeluang melihat landskap taman yang indah serta menaiki tren taman mengelilingi tamanTasik Perdana. Kemudian kami bertolak ke Kg. baru untuk singgah makan malam di Restoran Lala. Selesai makan kami bertolak ke Istana Budaya untuk singgah solat Maghrib. Di IB kami berpeluang bergambar dengan artis AF Dafi.
berkelah...
gambar kenangan...
makan di Restoran Lala...

Istana Budaya...

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil di SGP

Isnin, 6/12/2010 - Satu majlis bacaan Yaasin & Tahlil bulanan telah diadakan di kediaman Su Nie. Majis telah dihadiri oleh Tok Mek, keluarga Mak Long, Uda, Ayah Ngah dan Ayah Lah. Majlis bermula selepas solat Isyak dengan kata-kata aluan oleh Pengerusi. Pengerusi mengucapkan 'Selamat Tahun Baru Hijrah 1432' dan memulakan bacaan Yaasin & Tahlil kemudian disudahi bacaan doa oleh Ayah Su. Jamuan nasi disediakan. KESIMA JAYA mengucapkan 'Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432'. Semoga tahun mendatang ini akan lebih baik daripada tahun sebelum ini.

antara yang hadir..

yaasin..

jemput makan...