Jumaat, 2/9/2011 - Pada pukul 10.30 pagi, kami bertolak ke Pengkalan Chepa untuk menghadiri majlis makan-makan dan Hari Raya di rumah Umi Mak Uda di Pengkalan Chepa. Keluarga Ayah Ngah dan Ayah Lah tidak dapat bersama kerana telah balik ke KL. Majlis bermula dengan tahlil dan doa ringkas yang dipandu oleh Papa Cik. Kemudian jamuan makan. Antara menu dihidangkan laksa penang, laksam, nasi dagang, roti dan jacuzzi serta tapai. Selepas itu kami singgah di Masjid Pengkalan Chepa untuk solat Jumaat. Selepas Jumaat, kami singgah di Kok Lanas untuk menghadiri kenduri kahwin.
Papa Cik meembacakan doa selamat..
banyaknye makanan...
tambah jangan tak tambah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan