Isnin, Julai 18, 2011

Makan Tengahari di PC

Jumaat, 3/6/2011 - Semua warga KJ berkumpul untuk makan tengahari special selepas solat Jumaat di kediaman Cik Nor. Sebelum makan, tahlil ringkas diadakan.

Pengerusi memulakan tahlil..

khusyuk..

lauk gulai ikan bersama ikan bakar dan ulam....

Selamat Hari Bapa

Isnin, 30/5/2011 - Satu majlis makan malam telah diadakan di kediaman Serendah. Setelah Solat Isyak berjemaah satu tahlil ringkas telah diadakan disusuli makan malam. Kemudian kejutan telah berlaku dengan kehadiran kek harijadi Sha & Ipah, kek ulangtahun perkahwinan Along & Linda dan kek Hari Bapa. Kemudian disusuli pemberian hadiah kepada kaum bapa. Pengerusi KJ mewakili kaum bapa mengucapkan terima kasih kepada yang menjayakan majlis pada malam itu.

Selamat Hari Jadiiiii.......

Si kembar turut sama rai....

Selamat Haaaaariiiii Bapaaaaaaa.....

kaum bapa gembira mendapat hadiah..

Ahad, Mei 29, 2011

Majlis Cukur Farhan

Ahad, 29 Mei 2011 - Satu majlis cukur telah diadakan sempena kelahiran warga baru KESIMA JAYA iaitu Farhan. Majlis bermula jam 8.00 pagi yang telah disempurnakan oleh Tok Ngah Kar. Majls telah dihadiri oleh semua warga KESIMA JAYA yang telah pulang sempena cuti sekolah kecuali Abe Ngah yang kini berada di luar kawasan Langkawi. Selesai selawat, hadirin dijamu dengan nasi dagang. Kemudian Ayah Oud telah menyempurnakan cukur kepala Farhan. KESIMA JAYA mengucapkan selamat menyertai warga KESIMA JAYA....

tetamu yang datang...

jamuan nasi dagang....

Ayah Oud cukur Farhan...

Rabu, Mei 18, 2011

Hepi besday Cik Nor

Sabtu, 14/5/2011- Satu majlis ringkas sempena menyambut besday Cik Nor telah diadakan di ruang tamu kediaman Tok Mek. Majlis diserikan bersama dengan kehadiran ahli baru Kesima Jaya. Keluarga Mak Long, Cik, Cik Nor dan Su Nie hadir. Majlis diakhiri dengan potong kek. KESIMA JAYA mengucapkan 'Hepi Besday Cik Nor.... Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.'

heeepii besssdayy to uuuu...

rasa kek dulu...

meh nak suap..

Isnin, Mei 02, 2011

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil di Puchong

Ahad, 1/5/2011 - Sempena cuti hari Pekerja 1 Mei KESIMAJAYA KL berkumpul dan mengadakan majlis bacaan Yaasin di kediaman Ayah Lah. Aturcara majlis bermula dengan kehadiran ahli KJ selepasa asar. Selepas solat Maghrib, bacaan Yaasin dimulakan dan dibawa oleh tuan rumah iaitu Ayah Lah. Pengerusi memaklumkan mulai hari ini , majlis yang diadakan akan dipimpin oleh tuan tumah sendiri. Selapas solat Isyak, jamuan makan disediakan. Antara hal-hal lain yang dibincangkan termasuk jualan air pewangi untuk semburan baju pengganti 'febreeze' serta isu-isu semasa lain yang penuh misteri. Majlis ditangguhkan jam 11.30 malam.
bacaan Yaasin dipimpin Ayah Lah..

si kembar turut sama..

ada yang nak tumbang ker...

menu malam ini...

Khamis, April 14, 2011

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil di Taman Sri Intan

Sabtu, 9/4/2011- Satu majlis bacaan Yaasin dan Tahlil telah diadakan di kediaman Ayah Ngah. Turut hadir keluarga Uda, Ayah Lah dan Su Nie. Hadir bersama kakak Azhani. Majlis bermula dengan solat Maghrib kemudia bacaan Yaasin dan Tahlil. Selepas itu solat Isyak dan disudahi dengan makan malam.

bacaan Yaasin...

antara yang hadir..
makan time...

menu malam ini..

Isnin, April 04, 2011

Hepi Besday Kakak..

Sabtu, 3/4/2011 - Pada sebelah petang, Ayah Ngah, Su Nie telah berkunjung ke rumah Uda bersama Kakak Azhani. Selepas solat Maghrib, jamuan makan malam. Selepas Isyak satu majlis belah kek harijadi Kakak. Budak-budak hepi jer tengok kek. KESIMA JAYA mengucapkan 'Hepi Besday untuk Kakak'... moga-moga sentiasa dipanjangkan umur dan murah rezeki.

mari make...

bestnye kek...

jom makan kek...

dapat hadiah ape tu...