Rabu, November 24, 2010

Makan Malam Di PG

Selasa, 23/11/2010 - Sempena cuti sekolah, Mak Long telah mengadakan makan malam di kediamanan Pangkal Gong. Turut hadir Tok Su Amran. Menu masakan siakap 3 rasa special, daging bakar. Selepas makan, kami turut berbincang perancangan untuk Hari Keluarga pada 27-28 November nanti.

siakap...

makan...

Bekwah Rumah Mok/Tok Lah

Isnin, 22/11/2010 - Satu majlis kenduri kahwin telah diadakan di rumah Mok/Tok Lah di Tanah Merah sempena perkahwinan Lukman. Di kesempatan ini, warga Kesima Jaya turut memeriahkan majlis. Keluarga Cik, Cik Nor, Su Nie turut hadir bersama Tok Mek. Kami sampai pada pukul 4.00 petang.

Menjamu selera...

Afiqah or Aqilah...

Aqilah or Afiqah..

Pengantin....

Rabu, November 17, 2010

Salam Aidil Adha... versi KL/Selangor

Rabu, 17/11/2010 - Tahun ini sambutan Aidil Adha kurang meriah bagi KESIMA JAYA di kampung kerana tidak cukup korum dan menjadi sejarah kepada warga KESIMA JAYA KL kerana terpaksa berhari raya di perantauan demi menjalankan tugas dan amanah kepada anak bangsa dan negara. Walaupun di perantauan, warga KESIMA JAYA berjaya menghidupkan suasana hari raya dengan berkumpul di kediaman Bangi. Seawal jam 8.00 pagi keluarga Ayah Ngah dan Su Nie telah ke surau untuk menunaikan solat Aidil Adha. Jam 9.15 pagi lima (5) ekor lembu telah berjaya dikorbankan dengan dimeriahkan bersama-sama penduduk di taman perumahan. Kemudian daging diagihkan kepada semua penduduk di sekitar. Selain itu terdapat acara cabutan bertuah dan majlis cukur jambul. Pada tengahari, keluarga Ayah Lah dan Uda telah datang berkumpul bersama-sama memeriahkan Aidil Adha. Di kesempatan ini, lokasi dan tarikh Hari Keluarga masih menjadi agenda perbincangan namun masih belum mendapat kata putus kerana didapati lokasi cadangan terdahulu telah 'full- booked' sempena cuti sekolah. Kami bersurai dan pulang ke kediaman masing-masing selepas Maghrib. KESIMA JAYA mengucapkan 'Salam Aidil Adha'...semoga pengorbanan pada tahun ini menjadi ibadah dan diredhai Allah..

selesai solat hari raya...

sejarah dicipta...

muafakat...

santai...

siap untuk pulang..

Ahad, November 14, 2010

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil di Puchong

Sabtu, 13/11/2010 - Satu majlis bacaan Yaasin dan Tahlil telah diadakan di kediaman Ayah Lah Puchong. Majlis pada asalnya dijadualkan selepas Maghrib telah ditunda kepada selepas Isyak. Ini kerana ada berlaku kemalangan di highway KESAS menyebabkan kelewatan kedatangan Along dan Uda. Majlis telah dihadiri oleh keluarga Ayah Ngah, Uda, Su Nie, Along dan Achik yang baru tiba dari Johor. Bacaan Yaasin telah dipimpin oleh Uda dan disudahi dengan bacaan doa oleh Ayah Su. Kemudian jamuan makan dengan masakan siakap tiga rasa 'special'. Selesai menjamu selera, perbincangan ringkas telah diadakan berkenaan Hari Keluarga. Perbincangan telah memutuskan lokasi hari keluarga diubah ke Tiara Beach Resort Port Dickson dan dijangka diadakan pada 4 dan 5 Disember 2010. Namun keputusan rasmi belum diputuskan kerana persetujuan dicapai hanya antara warga KESIMA JAYA KL tetapi tidak melibatkan ahli di kampung. Kos keseluruhan melibatkan penginapan dan aktiviti untuk hari keluarga dianggarkan RM 4 ribu lebih.

Yaasin...

Achik turut bersama...

siakap tiga rasa 'special'..

Isnin, November 01, 2010

Gomo Kelate Gomo - Tahniah Kelate Juara Piala Malaysia

Sabtu, 30/10/2010 - Warga KESIMA JAYA tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyokong The Red Warriors menentang Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil. Ayah Ngah, Ayah Lah, Ayah Su dan Along telah berangkat ke stadium pada pukul 5.00 petang. Abe Ngoh dan Angah turut ke sana tetapi dengan kumpulan yang berlainan. Keluar jer Tol Kajang , jalan telah sesak dihimpit oleh penyokong Hoben Jang Hoben. Namun dengan penuh 'skills', kami berjaya meloloskan diri dari kesesakan untuk sampai di Bukit Jalil dengan cepat dan selamat. Pada perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-84, Kelantan terlebih dahulu ditembusi pihak lawan 1 gol menerusi gol penalti di saat awal permainan. Namun, dengan ketiadaan kapten Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Radzak yang mengalami kecederaan pada awal babak kedua sebagai punca pertahanan mereka tiba-tiba rapuh Kelantan bangkit dengan menghasilkan dua gol pada babak kedua menerusi tandukan Hairuddin Omar pada minit ke-56 dan rembatan Badhri Radzi pada minit ke-64 untuk memastikan kemenangan mutlak 2-1. Keputusan muktamad Kelantan Juara Piala Malaysia. KESIMA JAYA mengucapkan tahniah atas kemenangan The Red Warriors....

Baru tiba... menuju stadium..

Tiket....

Ribuan penonton membanjiri..

Bergambar bersama penyokong...

Tahniah... The Red Warriors...

Isnin, Oktober 18, 2010

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil di Bangi

Sabtu, 16/10/2010 - Satu majlis Bacaan Yaasin & Tahlil bulanan telah diadakan di kediaman Ayah Ngah. Majlis bermula dengan kedatangan warga KESIMA KL pada pukul 3.30 petang. Turut hadir bersama Abe Ngah dan Umi Mak Uda. Majlis bermula pukul 4.00 petang dengan pimpinan Pengerusi dan disudahi bacaan doa oleh Ayah Lah. Majlis berhenti untuk solat Asar. Kemudian hidangan jamuan nasi disediakan. Kemudian majlis diteruskan dengan perbincangan hal-hal lain. Antara yang dibincangkan ialah cadangan Hari Keluarga. Setelah perbincangan diadakan terdapat usul untuk meminda lokasi hari keluarga yang sebelum ini diputuskan ke Langkawi. Pemindaan lokasi ini disebabkan oleh kos yang tinggi serta perjalanan yang jauh. Namun, pindaan lokasi baru tersebut masih belum diputuskan lagi kerana perlu mendapat
pendapat dan sokongan dari ahli lain di kampung.

Bacaan Yaasin..

Pimpinan Pengerusi...
Lauk hidangan...

Bersiar sambil melihat permainan kereta 'control' di Dataran Masjid Putrajaya..

Isnin, Oktober 04, 2010

Beraya di Bangi & Jalan Handalan

Ahad, 3/10/2010 - Satu majlis beraya telah diadakan oleh penduduk di Taman Sri Intan, Bangi. Keluarga Ayah Ngah, Ayah lah dan Su Nie turut memeriahkan majlis hari raya tersebut. Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa orang YB dari Adun Bangi dan Parlimen Serdang. Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir hingga jam 1.00 ptg. pada pukul 3.00 petang, kami berangkat ke kuarters kem MINDEF pula untuk beraya di rumah Hafiz Tok Ngoh Kar. Kami tiba pada jam 5.00 petang. Pada jam 6.45 petang kami bertolak pulang ke rumah.


pengacara majlis...


afiq & uyin makan mihun sup...

gambar dari keratan akhbar Sinar Harian... Kelihatan Ayah Ngah, Su Nie dan Ayah Su

Keratan akhbar Sinar Harian...


di ruang tamu rumah Hafiz..