Isnin, 5/9/2011 - Semua berkumpul di kediaman Ayah Ngah selepas asar. Ayah Lah akan terus ke LCCT manakala Uda tak dapat hadir bersama. Selepas menjamu selera, kami bertolak ke LCCT jam 6.30 petang. Sebelum itu singgah sekejap di sekolah untuk mengambil Aniq. Kami tiba di LCCT jam 7.30 malam. Setelah selesai urusan 'check-in' Mok Long, Abe Ngah dan Kakak masuk ke pintu perlepasan jam 8.45 malam ke Kota Kinabalu bagi pendaftaran pelajar baru UMS. KESIMA JAYA mendoakan semuanya selamat tiba di Kota Kinabalu dan selamat pulang kembali.
Selasa, September 06, 2011
Isnin, September 05, 2011
Beraya di Pengkalan Chepa
Jumaat, 2/9/2011 - Pada pukul 10.30 pagi, kami bertolak ke Pengkalan Chepa untuk menghadiri majlis makan-makan dan Hari Raya di rumah Umi Mak Uda di Pengkalan Chepa. Keluarga Ayah Ngah dan Ayah Lah tidak dapat bersama kerana telah balik ke KL. Majlis bermula dengan tahlil dan doa ringkas yang dipandu oleh Papa Cik. Kemudian jamuan makan. Antara menu dihidangkan laksa penang, laksam, nasi dagang, roti dan jacuzzi serta tapai. Selepas itu kami singgah di Masjid Pengkalan Chepa untuk solat Jumaat. Selepas Jumaat, kami singgah di Kok Lanas untuk menghadiri kenduri kahwin.
Papa Cik meembacakan doa selamat..
banyaknye makanan...
tambah jangan tak tambah..
Jumaat, September 02, 2011
Majlis Hari Raya & Mesyuarat KESIMA JAYA
Rabu, 1/9/2011 - Di awal pagi warga Kesima Jaya telah menziarahi sanak saudara dan bersalam-salaman. Selepas Isyak, satu mesyuarat telah diadakan pada pukul 9.30 malam namun terpaksa ditangguhkan buat seketika kerana menerima tetamu untuk beraya. Mesyuarat disambung semula pada pukul 10.30 malam. Antara agenda yang dibincangkan pada mesyuarat malam ini ialah pendaftaran syarikat KESIMA JAYA Enterprise, dana kewangan terkumpul, aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun ini, sumbangan kepada Masjid, sumbangan kepada kakak Azhani yang akan berangkat ke UMS serta hal-hal lain. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah malam.
Salam Aidilfitri dari KESIMA JAYA
Selasa, 30/8/2011 - Pada hari ini umat Islam menyambut Hari Lebaran. KESIMA JAYA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir & Batin..
Langgan:
Catatan (Atom)