Jumaat, 4/2/2011 - Sempena hari Jumaat yang mulia ini KESIMA JAYA dijemput untuk makan gulai di Kubang Kerian sempena naik rumah baru. Kami bertolak ke Kubang Kerian selepas solat Jumaat. Selesai di Kubang kerian, kami ke Kampung Seterpa pula untuk menghadiri majlis kahwin rumah Mok Su Gayah sempena perkahwinan anaknya. Selesai disana , kami bertolak ke Pantai Bachok. Keadaan di Bachok amat sesak kerana dipenuhi oleh pengunjung-pengunjung yang ingin menikmati suasana di pantai ditambah pula dengan adanya pasar malam di situ. Selesai solat Maghrib kami bertolak pulang ke rumah.
seronok jale gi pantai...
BalasPadam