Sabtu, 2/10/2010 - Hujung minggu ini, warga KESIMAJAYA KL telah mendapat jemputan beraya di rumah baru Cik Mata Ayer di Semenyih. Keluarga Uda, Ayah Ngah, Ayah Lah dan Su Nie bertolak ke rumah Cik selepas Zohor. Perjalanan agak sesak juga di persimpangan ke Semenyih kerana kemungkinan orang ramai yang buat kunjungan beraya dan juga terdapat kerja-kerja mengorek jalan. Kami tiba pada pukul 4.00 petang. Na Tok Su Amran turut hadir bersama bersama Adam. Pada pukul 6.00 petang kami bertolak ke Bandar Baru Salak Tinggi untuk berkunjung ke rumah Abe Zu Boy. Kami tiba di sana Maghrib. Pada pukul 8.30 malam kami bertolak balik manakala Su Nie masih meneruskan kunjungan raya ke Seremban.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan