Ahad, Julai 11, 2010

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil Di Puchong

Sabtu, 10/7/2010 - Satu majlis bacaan Yaasin dan tahlil telah diadakan di kediaman Ayah Lah di Puchong. Program telah bermula seawal pukul 6 petang dengan kehadiran warga Kesima Jaya. Kedatangan dimulai dengan keluarga Su Nie kemudian keluarga Ayah Ngah dan keluarga Uda. Selepas solat berjemaah Maghrib, bacaan Yaasin dan Tahlil diadakan dengan dipimpin oleh Uda dan disudahi dengan bacaan penutup oleh Ayah Lah. Selepas solat Isyak, jamuan makan nasi berlauk ayam pedas, sup tulang special disediakan. Selesai makan agenda hal-hal lain dibincangkan termasuk pendaftaran persatuan, hasil kutipan terkumpul persatuan dan aktiviti yang mungkin diadakan. Manakala kaum ibu sibuk berurusan jual beli baju. Majlis ditangguhkan pada pukul 11.30 malam.

Minum teh...

Bacaan Yaasin...

Pok Bea bersemangat...

Menu sup tulang special...

Mari.. mari... makan..

Isnin, Jun 21, 2010

Selamat Hari Bapa

Ahad, 20/6/2010 - Setiap tahun hari bapa jatuh pada hari Ahad minggu yang ketiga bulan Jun. pada tahun ini hari bapa jatuh pada hari ini 20 Jun 2010. Hari bapa merupakan hari untuk mengenang kembali jasa dan pengorbanan seorang insan yang dipanggil ayah atau abah atau papa atau abi dan sebagainya. KESIMA JAYA mengucapkan 'Selamat Hari Bapa' kepada semua bapa-bapa. Semoga pengorbanan selama ini mendapat keredhaan di dunia dan akhirat.

Dinner di P.G

Jumaat, 18/6/2010 - Sempena penghujung cuti sekolah, Mak Long telah membuat makan malam 'special' di kediaman P.G. Tok Mek, keluarga Serendah bersama pasangan kembar dan Su Nie hadir sama memeriahkan makan malam. Antara menu yang dihidangkan ialah mi tomyam, kuew tiew ladna, nasi ayam bakar dan air sirap. Semua hidangan telah disediakan oleh chef-chef profesional yang diketuai oleh chef Mak Long.

menu hidangan.. Restoran KESIMA JAYA bakal dibuka...

Khamis, Jun 10, 2010

Majlis Tahlil di Rumah Mak Long

Isnin, 7/6/2010 - Satu majlis sembahyang hajat, bacaan Yaasin dan Tahlil telah diadakan di rumah Mak Long. Ahli Kesima Jaya bersama-sama menjayakan majlis ini. Majlis juga telah dihadiri oleh sanak sauadara dekat dan ahli kariah sekitar. Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah kemudian, solat hajat dan bacaan Yaasin. Selepas solat Isyak diteruskan dengan tahlil. Kemudian, semua hadirin dijamu dengan nasi belauk dan air sirap.

Yaasin..

Pengerusi bersama-sama..

Tahlil...


Jamuan nasi..

Khamis, Mei 27, 2010

FB Kesima Jaya Dilancarkan

Khamis, 27/5/2010 - Adalah dimaklumkan untuk semua ahli KESIMA JAYA bahawa dengan ini fb Kesima Jaya telah berjaya dilancarkan. Untuk itu ahli yang aktif dalam 'facebook' bolehlah menjadi ahli tetap dalam fb ini.

Isnin, Mei 17, 2010

Selamat Hari Guru..

Ahad, 16/5/2010 - Pada hari ini, semua para pendidik menyambut Hari Guru. Warga KESIMA JAYA juga turut merasai kehangatan sambutan pada hari ini kerana ramai yang mencebur dalam bidang mendidik ini. Semoga penat lelah yang dilalui selama ini akan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. KESIMA JAYA mengucapkan 'SELAMAT HARI GURU'....

Ahad, Mei 09, 2010

Selamat Hari Ibu..

Ahad, 9/5/2010 - Hari ini hari khas untuk semua ibu. Hari untuk mengenang jasa ibu selama ini yang banyak berkorban untuk anak-anak. Keluarga Ayah Ngah dan Su Nie menyambut Hari Ibu dengan sarapan nasi lemak special. Hujan lebat pada tengahari. Pada sebelah petang, kami mengambil kesempatan Hari Ibu untuk berjalan-jalan di Alamanda. KESIMA JAYA mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu. Semoga sentiasa sihat sejahtera dan dimurahkan rezeki.

berkelah di Pantai Kelanang, Morib... best....

shopping di Alamanda...

sambut Hari Ibu di KFC...