Isnin, April 19, 2010

Berkelah di Dataran Masjid Putrajaya

Sabtu, 16/4/2010 - Selepas Isyak, keluarga Ayah Ngah dan Su Nie telah mengunjungi pasar malam di Bangi untuk membeli nasi kerabu dan nasi ayam untuk di makan di Dataran Masjid Putrajaya. Walaupun hujan lebat pada sebelah petang tidak menghalang pengunjung untuk mengunjungi Dataran Masjid Putrajaya sambil menikmati udara malam. Kami tiba pada pukul 10 malam dan berkelah makan sambil melihat gelagat orang ramai.

berkelah di malam hari..

jom lihat kereta control...

Sabtu, April 10, 2010

Berkunjung ke Cheras

Sabtu, 10/4/2010 - Ahli KESIMA JAYA telah berkumpul di kediaman Cheras untuk melawat Mak Uda yang telah keluar dari HUKM setelah dimasukkan pada hari Ahad lepas kerana dijangkiti demam denggi. Alhamdulillah Mak Uda telah pulih sepenuhnya. Turut hadir bersama Tok Mek dan Tok Umi. Setelah makan malam, semua mengikuti perlawanan akhir secara langsung bolasepak piala FA 2010 antara Kedah dan Negeri Sembilan dengan keputusan Negeri Sembilan Juara Piala FA 2010 menerusi tendangan penalti setelah terikat 1-1 hingga tamat perlawanan.

Mak Uda telah pulih...

Isnin, April 05, 2010

Denggi - Mak Uda di HUKM

Ahad, 4/4/2010 - Pada tengahari, berita makluman diterima daripada Uda memaklumkan Mak Uda telah dimasukkan ke hospital HUKM kerana telah disyaki demam denggi. Keluarga Su Nie dan Ayah Lah yang telah berkumpul untuk melawat Ayah Ngah yang baru selesai menjalani 'kuarantin' sakit mata di kediaman Bangi telah bertolak ke hospital HUKM pada jam 6.00 petang. Kami tiba di HUKM pada pukul 6.40 petang dan sempat melawat Mak Uda si bilik rawatan pemerhatian. Setakat ini Mak Uda masih memerlukan rawatan di HUKM.

bersiap nak ke HUKM...

tiba di HUKM...

di wad permerhatian...

Isnin, Mac 01, 2010

Majlis Cukur Baby Kembar

Sabtu, 27/2/2010 - Majlis bercukur dan selawat baby kembar Along telah diadakan di Serendah. Program telah bermula jam 8.00 pagi dan telah dihadiri oleh ahli kariah sekitar dan ahli keluarga terdekat. Semua hadirin yang hadir telah dijamu dengan nasi belauk.

'Datuk' telah mencemar duli...

Along turut serta..

Selawat...

Proses mencukur oleh dua pro...

Botak dah si kembar...

Jumaat, Februari 26, 2010

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil Di Cheras

Jumaat, 26/2/2010 - Sempena hari Maulidur Rasul, satu majlis tahlil dan bacaan Yaasin telah diadakan di Cheras. Program bermula dengan kehadiran ahli sebelum solat Jumaat. Selepas solat Jumaat makan tengahari dengan hidangan nasi beriani dan ayam rempah disediakan. Selepas itu, majlis bacaan Yaasin dan tahlil serta selawat ke atas Junjungan Nabi S.A.W. Selepas solat Asar, upacara membelah kek harijadi kak cik. Program selesai pukul 6.30 petang.

santai selepas makan...

Yaa Sinnn....

Selawat....

Hepi besday kak cik...

Selasa, Februari 23, 2010

Ahli KESIMA JAYA bertambah

Ahad, 21/2/2010 - Pada pukul 10.00 pagi, Kak Long Lin telah selamat melahirkan anak kembar perempuan di hospital USM Kubang Kerian. Maka, dengan rasminya semua ahli KESIMA JAYA telah mendapat pingat kurnian darjah kebesaran kepada Datuk. KESIMA JAYA mengucapkan sekalung tahniah kepada Along dan Kak Long Lin ...

comelnye..

mana kakak mana adik ni..

Makan Malam di Serendah

Jumaat, 19/2/2010 - Semua keluarga berkumpul di Serendah untuk makan malam. Selepas makan malam kami dikejutkan dengan berita kebakaran yang berlaku di kedai Pulai Chondong. Dikatakan semua kedai telah terbakar termasuk kedai emas dan menghampiri stesen minyak Shell yang berhampiran. Kami bersurai pada pukul 10.30 malam.

banyaknye lauk...

senyum kakak senyum..

santai selepas makan...

kedai terbakar di Pulai Chondong..