Ahad, November 22, 2009

Hujung Minggu di Puchong

Sabtu, 21/11/2009 - Keluarga Ayah Ngah dan Su Nie telah mengunjungi kediaman Ayah Lah di Puchong. Berita terbaru, 'almari' hadiah yang di 'order' telah selamat sampai di rumah Ayah Lah pada hari Rabu lepas. Selepas menjamu selera, kami berbincang perancangan untuk balik beraya nanti. Mengikut perancangan, Ayah Ngah akan balik hari Rabu, manakala Ayah Lah dan Su Nie dijangka hari Khamis. Kedatangan 'orang minyak' mengejutkan kami namun selepas berbincang, bersetuju membenarkan mereka membuat kerja-kerja 'minyak' mereka.

Bersama 'almari' baru.....

Kanak-kanak mencuba komputer yang baru di'upgrade'..

Melihat orang 'minyak' membuat kerja di depan rumah...

Isnin, November 16, 2009

Dinner di Alamanda

Sabtu, 14/11/2009 - Keluarga Ayah Ngah dan Su Nie telah pergi bersiar-siar di Alamanda. Selepas Maghrib, kami bertolak ke sana walaupun hujan renyai-renyai. Parking penuh hingga ke tingkat 7. Kami semua makan dalam kuali malam ini. Kemudian adegan 'cemas' seketika kerana kehilangan tiket parking masa nak balik. Kemudian kami singgah melihat orang bermain kereta 'control' di lapangan masjid Putrajaya.

Ayah Ngah dan kanak-kanak....

Bersiar-siar....

'Dinner' dalam kuali....

Ahad, November 08, 2009

Kelate Tewas Lagi

Sabtu, 7/11/09 - Malam penentuan bolasepak Piala Malaysia antara Kelate dengan N.Sembilan ditentukan di Stadium Bukit Jalil. Ayah Lah dan Ayah Su turut bersama penyokong kelate lain untuk menjadi penyokong di stadium bukit Jalil. Pemerhatian mendapati penyokong Kelate menguasai di Bukit Jalil tetapi sayang permainan hambar ditunjukkan oleh pasukan Kelate menyebabkan ramai penyokong tak berpuas hati. Stadium telah mula dipenuhi sejak pukul 3.00 petang lagi walaupun hujan turun. Namun Mobin Jang Mobin dapat menenggelamkan Gomo Kelate Gomo. Diharapkan pasukan Kelate dapat membuat yang terbaik tahun-tahun hadapan. Kelate tewas 3 - 1 kepada Negeri Sembilan.

Kenderaan sesak...

Penonton membanjiri di luar stadium

perlawanan bermula..

Ayah Lah bersama 'The Red Warriors'...

Ahad, September 27, 2009

Beraya di Pulai Chondong

Sabtu, 26/9/2009 - Majlis makan pagi dan beraya diadakan di rumah Cik Nor dan Ayah Wae. Turut hadir sama keluarga Tok Su Pangkal Gong. Menu pagi itu ialah nasi belauk, mihun sup dan soto. Pada pagi tersebut juga, selepas selesai makan pagi Uda mula bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi. Semoga selamat sampai di KL.

Ingin mencuba masakan...


Menu sedap...


Uda bersiap nak bertolak..

Sabtu, September 26, 2009

Bek Wah di Rumah MoK Su Minah

Jumaat, 25/9/2009 - Majlis kesyukuran telah diadakan di rumah Tok Su Minah sempena menyambut menantu pasangan pengantin. Sebelum itu, semalam acara 'belarok' ke Kuala Krai menyaksikan jalan menempoh 'jem' selama 2 jam. Majlis menyambut menantu telah bermula seawal sebelum sembahyang Jumaat lagi. Rombongan pengantin perempuan telah tiba awal dan sembahyang Jumaat di Masjid Mata Ayer. Selepas selesai sembahyang Jumaat, pengantin perempuan tiba di rumah pengantin lelaki. Jamuan nasi belauk dihidang kepada tetamu yang hadir.

bergambar bersama pengantin...

penyambut tetamu...

Khamis, September 24, 2009

Beraya di Serendah Sekebun Bunga

Rabu, 23/9/2009 - Satu majlis makan-makan diadakan di rumah Cik di Serendah sempena beraya. Majlis bermula seawal selepas asar sehingga larut malam. Semua hadir kecuali keluarga Ayah Lah dan Uda. Menu makanan termasuklah nasi goreng special raya, mihun goreng aidil fitri, mee goreng glamour dan soto popular. Chef masakan achik and the gang.

sedia membuat persembahan...

makan-makan...

berkumpul...

menu special raya..

Rabu, September 23, 2009

Beraya Di Rumah Mak Long

Selasa, 22/9/2009 - Satu majlis makan tengahari sempena raya telah dibuat di rumah Mak Long. Sebelum itu, tahlil ringkas sebelum Zohor telah dibuat dengan dipandu oleh Uda. Kemudian semua yang hadir dijamu dengan jamuan nasi. Turut hadir bakal pengantin lepas raya Haji nanti. Setelah makan Ayah Lah dan Abe Ngah memulakan sesi berangkat ke KL pada pukul 3 petang. Semoga selamat tiba di Desa Ayer Hitam.

Tahlil ringkas...

Berkumpul di dapur...

Bersiap nak berangkat...

Bakal pengantin....