Ahad, Ogos 30, 2009

Majlis Tahlil dan Buka Puasa di Cheras

Sabtu, 29/08/2009 - Satu majlis tahlil dan buka puasa telah diadakan di rumah Uda di Cheras. Ahli Kesima Jaya di sekitar KL telah dijemput hadir. Keluarga Ayah Ngah, Ayah Lah dan Su Nie telah hadir bersama. Majlis telah dimulakan dengan bacaan Yaasin dan Tahlil pada pukul 7.00 malam. Kemudian diikuti majlis berbuka puasa. Selepas itu, sembahyang Magrib dan Isyak berjemaah di Surau KIP. Kemudian diteruskan dengan sembahyang Tarawih. Selepas itu berkumpul untuk hal-hal lain. Antara yang dibincangkan persiapan hari raya dan hari balik ke kampung. Ayah Lah dijangka akan pulang awal berbanding lain kemungkinan pulang pada hari Rabu lagi.

Majlis bacaan Yaasin..

Baby Humairah antara ahli baru hadir...


Juadah berbuka puasa...


Majlis berbuka puasa...

Ahad, Julai 26, 2009

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil di SGP

Sabtu, 25/07/09 - Satu majlis Bacaan Yaasin & Tahlil telah diadakan di Kg. Sg. Penchala. Majlis ini telah dihadiri oleh keluarga Uda, Ayah Ngah dan Ayah Lah. Turut bersama Along. Majlis dimulakan selepas solat Asar. Selesai tahlil, jamuan makan telah dihidangkan. Menu pada hari itu ialah nasi kerabu dan nasi dagang. Chef masakan ialah Mek.


Pengerusi KESIMAJAYA memulakan majlis..


Antara yang hadir...


Jamuan nasi kerabu dan nasi dagang...

Ahad, Julai 05, 2009

Kediaman Baru

Sabtu, 4/7/2009 - Tahniah kepada Ayah Lah kerana telah berpindah ke kediaman baru di Desa Ayer Hitam, Puchong. Satu majlis kesyukuran dan solat hajat telah diadakan di kediaman baru Ayah Lah selepas solat Zohor. Majlis telah disertai oleh keluarga Uda, Ayah Ngah, Ayah dan Mak Cik Syam dan jiran sekitar. Along, Linda dan Achik turut hadir sama yang kebetulan datang ke KL. Jamuan nasi dan pulut kuning telah dihidang kepada tetamu yang hadir.Ketua chef ialah Mek.


Majlis tahlil selepas solat hajat..


Menu hidangan...


Menjamu selera..


Berkumpul di ruang tamu..


Linda dan Achik bertolak balik..


Di hadapan rumah..

Sabtu, Jun 13, 2009

Makan Malam Bersama Pengantin Baru

Jumaat, 12/6/2009 – Satu majlis makan malam bersama pengantin baru telah diadakan di rumah Cik Nor. Majlis bermula dengan sembahyang Isyak berjemaah. Kemudian, jamuan nasi minyak dihidangkan. Antara yang hadir, Along dan Linda, keluarga Mak Long, Cik di Serendah, Su Nie dan Pok Su Amran.


Along & Linda menjamu selera...


Jamuan nasi minyak....

Makan Pagi Bersama Pengantin Baru

Jumaat, 12/6/2009 – Satu majlis makan pagi bersama pengantin baru Along dan Linda telah dibuat di rumah Mak Long. Menu makan pagi ialah nasi dagang. Ada nasi dagang Kelate dan nasi dagang Terengganu. Keluarga Cik, Cik Nor dan Su Nie hadir bersama. Turut hadir Pak Su Amran dan Mak Su. Selesai makan, semua yang hadir melihat gambar-gambar perkahwinan yang telah diambil di Gunung. Semua terhibur dengan gaya batik yang telah diperagakan oleh semua keluarga seperti rancangan Mencari Menantu.

Along & Linda menjamu sarapan...


Menu nasi dagang Kelate & nasi dagang Terengganu...


Menambah nasi..

Ahad, Jun 07, 2009

Adegan Cemas

Sabtu, 6/6/2009 – Dalam kesibukan majlis Along pada sebelah petang, satu adegan cemas telah berlaku. Cik Ngah dan mak Cik Ngah telah terkunci dalam bilik Achik. Kejadian ini telah disedari oleh Ain dan Angah yang ketika itu terdengar ketukan daripada pintu bilik Achik pada pukul 5.00 petang. Kunci pintu bilik telah rosak dan tidak dapat dibuka. Bantuan Mc Gyver diperlukan untuk membuka pintu tersebut. Segala peralatan telah digunakan namun tak berjaya. Amir telah mencuba membuat tendangan ala taekwando namun, masih juga gagal membuka pintu. Setelah lebih sejam setengah mencuba, Mc Gyver telah menebuk pintu tersebut dan akhir kemudian telah berjaya dibuka setelah sekali lagi tendangan taekwando telah dibuat oleh ‘hero’. Siapakah hero tersebut…. Hanya orang yang berada pada saat itu sahaja yang tau siapa hero. Cik Ngah dan mak Cik Ngah akhirnya berjaya diselamatkan dalam pukul 6.30 petang.

bilik terkunci....

Majlis Menyambut Menantu

Sabtu, 6/6/2009 – Kesemua ahli KESIMA JAYA telah membuat persiapan rapi sejak semalam lagi secara bergotong-royong. Semua khemah telah siap didirikan dan peralatan sistem PA telah diuji untuk kegunaan pada majlis nanti. Semuanya berjalan lancar. Pihak pengantin perempuan yang ditunggu akhirnya sampai pada pukul 4.00 petang. Rombongan pengantin perempuan telah disambut diiringi oleh pihak pengantin lelaki yang diketuai oleh Mak Long. Selesai perarakan pengantin telah dibawa ke bilik pengantin untuk sesi bergambar. Selepas itu, jamuan makan dihidang kepada pengantin dan ibu bapa kedua-dua belah pihak. Selesai makan pengantin turun untuk beramah mesra dengan tetamu di samping bergambar dengan tetamu yang hadir. Selesai majlis, kedua-dua pengantin menghantar rombongan pengantin perempuan yang ingin pulang ke rumah. KESIMA JAYA mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Along dan Linda. Moga berkekalan sampai akhir hayat.


gotong-royong menaikkan khemah...




bahagian penyediaan hidangan..


Menjamu selera...


Deejay Shah menyerikan suasana...


Antara tetamu yang hadir...


perarakan pengantin...


Bergambar bersama pengantin...