Ahad, April 08, 2012

Jamuan Makan di Kuarters Doktor Ampang

Sabtu, 7/4/2012 - Satu majlis makan-makan telah diadakan di kuarters doktor Ampang sempena Along & Linda naik rumah baru. Majlis makan bermula selepas Zohor. Hadir sama keluarga Ayah Ngah, Ayah Lah dan Su Nie. Tok Mek turut memeriahkan majlis bersama Abe Ngah yang baru selesai bermain futsal. Hafiz Tok Ngah Kar  juga turut hadir. Menu tengahari ialah Nasi Ayam Special dan Sate.
 Tok mek rasmi makan..
 menu nasi ayam & sate...
berkumpul di ruang tamu...

Sukan Aulad di Stadium Seksyen 15


Ahad,1/4/2012 - Majlis Sukan Aulad antara Pusat Asuhan di Bangi telah diadakan di Stadium Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Antara yang terlibat ialah Sha, Afiq dan Uyin. Acara bermula jam 8.00 pagi dengan dimulakan dengan acara perbarisan. Kemudian acara untuk aulad 5 tahun diikuti acara untuk aulad 6 tahun. Dalam acara Larian Pecut 5 tahun Uyin telah muncul Johan. Manakala bagi acara pecut aulad 6 tahun dimenangi oleh Sha muncul Johan. Bagi acara tarik tali dimenangi oleh Afiq. Acara kaum bapa juga dimenangi oleh Ayah Su dan Ayah Ngah dalam acara tarik tali. Bagi acara ibu dimenangi oleh Su Nie untuk Naib Johan acara bowling kelapa. Turut dimenangi hadiah dalam acara cabutan bertuah degan mendapat kerusi aulad, sterika dan 'tupperware'. Acara berakhir jam 11 pagi.
 Sha dan Uyin bersedia untuk pecut...
 Juara pecut kategori 5 tahun dan 6 tahun..
 Afiq juara tarik tali..
 1, 2, 3 tarik... tarik... tarik...
 Tok Mek turut hadir memberi semangat...
 Piala juara pecut...

Rabu, Mac 21, 2012

Solat Hajat di Tok Bok

Jumaat, 16/3/2012 - Satu majlis solat hajat telah diadakan di Tok Bok sempena perasmian Bengkel baru 'tokei stainless steel'. Solat Hajat telah diimamkan oleh Tok Ngah Kar selepas solat Isyak. Selesai solat hajat , jamuan makan ayam goreng rempah oleh Chef Wan disediakan. KESIMA JAYA mengucapkan Selamat maju Jaya kepada Amir bersama bengkel yang baru dibuka nanti.

perasmian kedai tokei stainless steel..

Chef Wan dan tokei sibuk melayan tetamu..

Jamuan nasi selesai solat Hajat...

Selasa, Disember 27, 2011

Main Air Desa Waterpark

Ahad, 25/12/2011 - Sempena cuti Krismas, Penaung KESIMA JAYA berkunjung ke Desa Water Park bersama Su Nie, Kak Ina, Kak Ipah, Ain, Ikmal, Along n adik-beradik. Kami tiba seawal jam 10.00 pagi menunggu di kaunter tiket. Orang ramai berkunjung ke situ sempena cuti Krismas. Jam 2 petang kami bertolak pulang setelah penat bermain air.Add Image

Makan Nasi Dagang Tok Mek di Puchong

Sabtu, 24/12/2011 - Pagi ini satu majlis makan pagi di kediaman Ayah Lah di Puchong. Menu utama ialah nasi dagang Tok Mek. Semua ahli KJ KL hadir. Turut hadir Along n adik-beradik. Abe Ngoh hadir lewat petang.

Anugerah Bintang diterima oleh Ayah Lah...
Congratulation daripada KESIMA JAYA..

Bacaan Yaasin & Tahlil di Garden Homes

Sabtu, 17/12/2011 - Satu majlis bacaan Yaasin dan Tahlil bulanan telah diadakan di kediaman Su Nie di Garden Homes. Majlis telah dihadiri oleh ahli KJ KL dan juga keluarga Papa Cik Serendah. Turut hadir Tok Mek dan Kak Ipah yang baru mendapat result 5A dalam UPSR baru-baru ini.. Tahniah diucapkan. Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah kemudian bacaan Yaasin dan Tahlil dipimpin oleh Ayah Su. Selepas solat Isyak jamuan makan nasi. Selesai jamuan nasi dihidang pula dengan jamuan buah durian dan kuih muih. Sesi perbincangan ringkas diadakan. Agenda perbincangan mengenai cadangan jalan-jalan makan angin di Gold Coast Bagan Lalang Sepang pada hujung minggu depan. Namun, maklumat mendapati semua penginapan telah 'fully-booking' membawa kepada penangguhan cadangan.

Jamuan nasi....



Makan...

Sibuk di dapur..

Makan durian... sedap tu...

Permainan Bowling Keluarga Anjuran KESIMA JAYA

Ahad, 4/12/2011 - Satu permainan bowling antara ahli keluarga Mata Ayer anjuran KESIMA JAYA telah diadakan di Pusat Bowling Warta Bangi. Permainan bowling telah dihadiri oleh anak beranak keluarga Mata Ayer dengan meriah. Permainan bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.00 petang. Aktiviti ini pertama kali diadakan bertujuan untuk merapatkan tali kekeluargaan yang sedia terjalin. KESIMA JAYA berharap aktiviti seumpama ini akan dapat diteruskan lagi dari semasa ke semasa.
Tok Ngah Kar bersama Ketua Urusetia..
Tok Mek bersedia membaling bola..
Antara yang hadir...

Merancang strategi..

Gambar kenangan keluarga...