Jumaat, September 17, 2010

Beraya di Rumah PC

Isnin, 13/9/2010 - Sempena hari raya, Ayah Wae dan Cik Nor telah menjemput makan pagi di kediaman P.Chondong. Pelbagai menu disediakan termasuklah nasi belauk, nasi kerabu dan laksam. Semua hadir kecuali keluarga Uda kerana berada di KB.

santai...

citer ape tu..

buai laju-laju...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2010

Jumaat, 10/9/2010 - Hari Raya Aidil Fitri tahun 2010 disambut meriah oleh warga KESIMA JAYA. Aktiviti di pagi raya dimulakan dengan solat hari raya di masjid. Kemudian majlis bersalaman dengan ahli keluarga. Kemudian penyampaian duit raya kepada anak-anak dan sesi bergambar bersama keluarga. Selepas itu mengunjungi rumah Mak Muda. Selepas solat Jumaat, kami menziarahi kubur kemudian singgah di rumah Tok Ngah Kar. KESIMA JAYA mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Fitri'.. Maaf Zahir & Batin..

balik dari solat hari raya...

gambar raya 2010...

bersiap ke kubur..

beraya di rumah tok ngoh kar...

Buka Puasa Di Rumah Tok Mek

Rabu. 8/9/2010 - Satu majlis berbuka puasa telah diadakan di rumah Tok Mek. Semua warga KESIMA JAYA telah mula balik daripada KL untuk menyambut Hari Raya kecuali keluarga Ayah Lah yang akan pulang berhari raya pada malam raya. Majlis dimulakan dengan tahlil ringkas dipandu oleh Ayah Su. Suasana di malam itu meriah dengan persiapan sambutan hari raya yang akan tiba nanti.

kuih-muih....

terliur wehhh....

menunggu waktu berbuka...

tambah nasi ....

Selasa, Ogos 31, 2010

Majlis Buka Puasa di Puchong

Selasa, 31/8/2010 - Satu majlis berbuka puasa telah diadakan di kediaman Ayah Lah di Puchong. Majlis di hadiri oleh keluarga Uda dan Su Nie. Ayah Ngah sekeluarga tidak dapat hadir kerana terdapat majis khatam al-Quran di surau Taman Sri Intan.

menunggu berbuka...

banyaknya kuih...

sambal petai ikan bilis...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53

Selasa, 31/8/2010 - Hari Kebangsaan 2010 disambut sederhana oleh masyarakat Malaysia sempena menghormati bulan Ramadhan. Keluarga Ayah Ngah dan Su Nie sempat meninjau persiapan malam ambang kemerdekaan di Putrajaya. Namun, tiada acara menarik yang diadakan. Masing-masing hanya bersiar-siar melihat keindahan malam dan berhenti seketika pada pukul 12.00 tengah malam di Jambatan Putrajaya. KESIMA JAYA mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke -53...'1Malaysia Menjana Transformasi' ... MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

singgah di 'uptown' kajang selepas ronda Merdeka di Putrajaya...

Majlis Berbuka Puasa Di Bangi

Isnin, 30/8/2010 - Satu majlis berbuka puasa telah diadakan di kediaman Ayah Ngah di Bangi. Majlis bermula dengan kehadiran warga KESIMA JAYA pada pukul 6.30 petang didahului oleh keluarga Su Nie. Kemudian keluarga Ayah Lah dan Uda. Majlis turut dihadiri oleh Along dan Abe Ngah. Setelah berbuka dengan kuih-muih, solat Maghrib kemudian menyambung makan nasi. Setelah itu solat ISyak dan bertarawikh di surau. Selesai tarawikh, moreh dengan air teh dan kuih-muih. Antara dibincangkan persiapan untuk balik raya yang berkemungkinan akan bertolak balik seawal hari Selasa nanti bagi mengelakkan 'jem' di atas jalan.

Kuih-muih berbuka..

make nasi deh....

Tambah nasi wehhh.....

Rabu, Ogos 11, 2010

Salam Ramadhan al Mubarak

Selasa, 11/8/2010 - Hari ini telah diisytiharkan bermula puasa di Malaysia. Berpuasa di bulan Ramadhan salah satu daripada rukun Islam. Ibadat yang mempunyai 1001 macam rahsia dan hikmah dan membawa kepada banyak pahala dan keuntungan bagi mereka yang berpuasa serta melakukan ketaatan pada bulan Ramadan. Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW: Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka: Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam. KESIMA JAYA mengucapkan Selamat berpuasa dan beribadah. Moga-moga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya.