Selasa, Februari 23, 2010

Makan Malam di Serendah

Jumaat, 19/2/2010 - Semua keluarga berkumpul di Serendah untuk makan malam. Selepas makan malam kami dikejutkan dengan berita kebakaran yang berlaku di kedai Pulai Chondong. Dikatakan semua kedai telah terbakar termasuk kedai emas dan menghampiri stesen minyak Shell yang berhampiran. Kami bersurai pada pukul 10.30 malam.

banyaknye lauk...

senyum kakak senyum..

santai selepas makan...

kedai terbakar di Pulai Chondong..

Melawat Wakaf Che Yeh

Selasa, 16/2/2010 - Setiba dari Rantau Panjang, kami singgah di rumah Cik Serendah untuk solat Maghrib. Selepas, Isyak kami bertolak ke Wakaf Che Yeh untuk melihat suasana malam kat sana. Setelah tawaf beberapa kali, akhirnya kain dibeli di tempat gerai mula-mula kami singgah. Terhibur dengan gelagat dua penjual kain batik yang boleh masuk raja lawak. Setelah membeli buah, kami pulang ke rumah dalam pukul 11.00 malam.

baju batik..

pilih jangan tak pilih..

Melawat Rantau Panjang

Selasa, 16/2/2010 - Selepas Zuhur, Mak Long, dan Su Nie telah pergi ke Rantau Panjang untuk melihat perkembangan terkini di sana. Tiba di sana, kami singgah ke klinik untuk membuat 'pagar' baru untuk Mak Long dan stokis HPA Cawangan Rantau Panjang. Kemudian kami singgah sebentar di kedai perabot kayu jati. Kemudian kami terus ke kedai tokei kain dan tudung untuk mengambil baju-baju yang telah siap dijahit. Sebelum bertolak pulang kami singgah untuk menikmati ABC dan mi sup di gerai. Kami bertolak pulang pada pukul 6.45 petang.

di kedai kayu jati..

memilih baju..

Bek Wah di rumah Tok Ngah Yah

Isnin, 15/2/2010 - Satu kenduri telah diadakan pada malam di rumah Tok Ngah Yah sempena menyambut Maulud dan dapat cucu baru, anak Hafiz dan anak Ser. Keluarga Mak Long,Cik, Uda, Su Nie dan Mek turut hadir memeriahkan majlis. Program selawat diadakan selepas Isyak yang turut dihadiri oleh kariah masjid terdekat.

Antara yang hadir..

beratur untuk makan..

baby yang diraikan...

Bercuti Di PD

Sabtu, 13/2/2010 - Sempena cuti Tahun Baru Cina, ahli KESIMA JAYA di KL telah bercuti di Tiara Beach Resort Port Dickson. Semua hadir kecuali keluarga Uda kerana telah balik kampung. Kami bertolak pada pukul 10.00 pagi dan tiba pada pukul 12.00 tengahari. Ketibaan kami telah disambut oleh badut resort berkenaan. Antara aktiviti yang disediakan oleh pihak resort termasuklah gimrobik di kawasan kolam pada sebelah petang dan persembahan preview gimnastik, silapmata oleh badut, main bola beracun bersama kanak-kanak riang dan bermain air di kolam. Pada sebelah petang terdapat aktiviti persembahan akrobatik dan opera di Pavillion Stage dan wayang gambar. Keesokan pagi sesi bermain air diteruskan sehingga pukul 11.00 pagi. Selepas 'check- out' resort, kami bertolak pulang ke KL pukul 12.30 tengahari. Kong xi fa cai ....

pandangan dari atas apartmen..

aksi akrobatik...

santai di tepi kolam..

tepi pantai buatan..

besttt....

nak berangkat pulang..

Isnin, Januari 25, 2010

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil di SgP

Ahad, 24/1/2010 - Satu majlis bacaan Yaasin dan tahlil telah diadakan di kediaman Sungai Penchala. Program bermula selepas solat Zuhur dan dipimpin oleh Pengerusi KESIMA JAYA. Selepas tahlil, jamuan nasi disediakan oleh chef Su Nie. Selesai makan, melihat perlawanan akhir badminton terbuka Malaysia di mana Lee Chong Wei telah muncul juara perseorangan mengalahkan Boonsak dari Thailand. Selepas solat asar, dijamu pula 'cekodok' pisang untuk santapan petang. Antara dibincangkan aktiviti hari Keluarga yang dirancang untuk diadakan pada cuti hari raya cina nanti. Namun, tempat dan masa masih belum dimuktamadkan lagi.

Khusyuk..

Bacaan....

Makan ulam...

kanak-kanak riang makan...

Ahad, Januari 03, 2010

Bangi Juara Bowling Antara KESIMA JAYA

Sabtu, 2/1/2010 - KESIMA JAYA membuka tirai tahun baru 2010 dengan perlawanan bowling antara keluarga. Walaupun tidak semua keluarga yang ada namun permainan bowling ini dapat menjadi salah satu aktiviti bagi merapatkan lagi tali kekeluargaan. Permainan berlangsung di Pusat Bowling Warta Bangi pada jam 9.00 malam. Semua yang hadir dengan 'jersey' masing-masing. Program dimulakan dengan ucapan aluan penganjur iaitu Ayah Ngah kemudian bacaan doa oleh Ayah Su. Kemudian upacara perasmian simbolik balingan bowling oleh Tok Mek sebagai Penaung KESIMA JAYA. Permainan sebanyak dua set berlangsung secara sengit dengan masing-masing menggunakan teknik dan taktik tersendiri untuk menang. Keputusan akhir diperolehi dengan kedudukan keluarga Ayah Ngah telah muncul sebagai Johan, Uda sebagai Naib Johan, Ayah Lah Ketiga dan Keempat Su Nie. Upacara penutup telah dirasmikan oleh Uda selaku Pengerusi KESIMA JAYA dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Tok Mek kepada pemenang-pemenang. Acara tamat pada pukul 11.00 malam yang kemudiannya singgah di Restoran Telaga Buruk untuk minum teh tarik dan roti canai. KESIMA JAYA mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010....

Balingan Penaung...
Masing-masing mengira markah...
Gaya juara....

Bergambar bersama hadiah...