Selasa, Februari 23, 2010

Bercuti Di PD

Sabtu, 13/2/2010 - Sempena cuti Tahun Baru Cina, ahli KESIMA JAYA di KL telah bercuti di Tiara Beach Resort Port Dickson. Semua hadir kecuali keluarga Uda kerana telah balik kampung. Kami bertolak pada pukul 10.00 pagi dan tiba pada pukul 12.00 tengahari. Ketibaan kami telah disambut oleh badut resort berkenaan. Antara aktiviti yang disediakan oleh pihak resort termasuklah gimrobik di kawasan kolam pada sebelah petang dan persembahan preview gimnastik, silapmata oleh badut, main bola beracun bersama kanak-kanak riang dan bermain air di kolam. Pada sebelah petang terdapat aktiviti persembahan akrobatik dan opera di Pavillion Stage dan wayang gambar. Keesokan pagi sesi bermain air diteruskan sehingga pukul 11.00 pagi. Selepas 'check- out' resort, kami bertolak pulang ke KL pukul 12.30 tengahari. Kong xi fa cai ....

pandangan dari atas apartmen..

aksi akrobatik...

santai di tepi kolam..

tepi pantai buatan..

besttt....

nak berangkat pulang..

Isnin, Januari 25, 2010

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil di SgP

Ahad, 24/1/2010 - Satu majlis bacaan Yaasin dan tahlil telah diadakan di kediaman Sungai Penchala. Program bermula selepas solat Zuhur dan dipimpin oleh Pengerusi KESIMA JAYA. Selepas tahlil, jamuan nasi disediakan oleh chef Su Nie. Selesai makan, melihat perlawanan akhir badminton terbuka Malaysia di mana Lee Chong Wei telah muncul juara perseorangan mengalahkan Boonsak dari Thailand. Selepas solat asar, dijamu pula 'cekodok' pisang untuk santapan petang. Antara dibincangkan aktiviti hari Keluarga yang dirancang untuk diadakan pada cuti hari raya cina nanti. Namun, tempat dan masa masih belum dimuktamadkan lagi.

Khusyuk..

Bacaan....

Makan ulam...

kanak-kanak riang makan...

Ahad, Januari 03, 2010

Bangi Juara Bowling Antara KESIMA JAYA

Sabtu, 2/1/2010 - KESIMA JAYA membuka tirai tahun baru 2010 dengan perlawanan bowling antara keluarga. Walaupun tidak semua keluarga yang ada namun permainan bowling ini dapat menjadi salah satu aktiviti bagi merapatkan lagi tali kekeluargaan. Permainan berlangsung di Pusat Bowling Warta Bangi pada jam 9.00 malam. Semua yang hadir dengan 'jersey' masing-masing. Program dimulakan dengan ucapan aluan penganjur iaitu Ayah Ngah kemudian bacaan doa oleh Ayah Su. Kemudian upacara perasmian simbolik balingan bowling oleh Tok Mek sebagai Penaung KESIMA JAYA. Permainan sebanyak dua set berlangsung secara sengit dengan masing-masing menggunakan teknik dan taktik tersendiri untuk menang. Keputusan akhir diperolehi dengan kedudukan keluarga Ayah Ngah telah muncul sebagai Johan, Uda sebagai Naib Johan, Ayah Lah Ketiga dan Keempat Su Nie. Upacara penutup telah dirasmikan oleh Uda selaku Pengerusi KESIMA JAYA dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Tok Mek kepada pemenang-pemenang. Acara tamat pada pukul 11.00 malam yang kemudiannya singgah di Restoran Telaga Buruk untuk minum teh tarik dan roti canai. KESIMA JAYA mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010....

Balingan Penaung...
Masing-masing mengira markah...
Gaya juara....

Bergambar bersama hadiah...

Isnin, Disember 28, 2009

Balik ke P.G

Ahad, 27/12/2009 - Semua keluarga di KL berkumpul di kediaman Ayah Ngah untuk menjamu laksa dan laksam yang dibuat secara gotong-royong diketuai oleh chef Mak Long. Pada sebelah malam, semua yang hadir menghantar Mak Long yang akan pulang ke Pangkal Gong di perhentian bas Kajang untuk perjalanan bas pukul 9.00 malam ke KB. Bas bertolak pada pukul 9.30 malam. Semoga Mak Long selamat tiba di P.G. Selepas bas bertolak, kami singgah makan ikan 3 rasa di Restoran View Village Bangi.
berkumpul di kediaman Ayah Ngah...

perhentian bas....

makan ikan 3 rasa....

Shopping di Jalan TAR

Sabtu, 26/12/2009 - Sempena berkunjung ke KL, Mak Long bersama ahli KESIMA JAYA yang lain berkunjung ke Jalan TAR untuk kali kedua setelah berkunjung ke situ baru-baru ini. Gerai-gerai pasar malam membuatkan kami leka dengan pelbagai barangan yang menarik perhatian. 'Shopping' kali ini membawa hasil yang memuaskan. Kami sempat ke 'Jakel' yang menawarkan potongan harga sempena 'YES' - Year End Sale dan juga SOGO. Selepas penat shopping, kami singgah makan di Restoran MZ yang menghidangkan juadah makanan yang menyelerakan.

borong beg...

lelong-lelong!! 3 helai seratus...

makan budu di MZ....

Sabtu, Disember 26, 2009

Berkelah di Sungai Congkak

Jumaat, 25/12/2009 - Sempena cuti Krismas, KESIMA JAYA telah pergi berkelah di Sungai Congkak. Perjalanan ke sana bermula seawal jam 9.00 pagi masing-masing bertolak dari rumah dan sampai dalam pukul 10.30 pagi. Ayah Lah menyusul kemudian kerana pergi ke klinik terlebih dahulu. Antara aktiviti yang dibuat ialah sarapan pagi, mandi sungai, 'barbecue ayam', menonton 'wayang' cerita popular PAPADOM dan tidur sambil menikmati suasana alam nyaman. Selepas solat Jumaat, hidangan tengahari dihidangkan bersama ayam 'barbecue'. Selepas asar, kami bertolak pulang pada jam 5.30 petang.

baru sampai....

barbecue... menonton wayang..

lunch...

bergambar sebelum pulang..

Isnin, Disember 21, 2009

Indahnya Hidup Bersyariat - Suatu Sinopsis

Sinopsis - Buku Indahnya Hidup Bersyariat merupakan satu buku ilmiah yang perlu dimiliki oleh sesiapa sahaja dengan satu buku satu keluarga. Buku karangan Al-Ustaz Dato' Hj. Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Abd Hamid terbitan Telaga Biru ini seharusnya dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu. Isi buku ini merangkumi panduan untuk diri sendiri (fardu Ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu Kifayah). Ia menceritakan syariat ketika kelahiran, fardu Ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir doa dan adab. Semua ilmu berdasarkan al-Quran dan hadis sahih. Apa yang menarik ialah buku ini juga mempunyai teknik penyampaian yang ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan yang menarik disertakan dengan media fotografi warna yang menunjukkan perkara yang realistik. Buku yang menjadi rebutan dan laris di pasaran ini perlu dimiliki oleh sesiapa yang cintakan ilmu. Sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan KESIMA JAYA.

Satu buku satu keluarga..