Selasa, Mac 17, 2009

Tahlil & Mesyuarat Tergempar KESIMA JAYA

Ahad, 15/3/2009 – Majlis tahlil untuk Allahyarham Ayah Long diteruskan untuk hari kedua di Pangkal Gong. Hujan turun bermula dari pagi hingga ke malam. Tahlil telah dimulakan selepas Isyak oleh Ayah Mat. Jamuan nasi lemak telah dihidang untuk hadirin yang datang. Selepas selesai tahlil satu mesyuarat tergempar KESIMA JAYA telah diadakan dipengerusikan oleh Uda. Antara isu yang dibincangkan dan termasuklah isu tabung khairat, akaun tabung serta persediaan hari perkahwinan Along. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah malam.


Mesyuarat tergempar...

Pak Ngah turut hadir..

Mendengar penuh khusyuk...

Isnin, Mac 16, 2009

Majlis Tahlil di Pangkal Gong

Sabtu, 14/3/2009 - Majlis tahlil untuk allahyarham Ayah Long telah diadakan di Pangkal Gong selepas Isyak. Majlis telah disertai oleh semua Ahli KESIMA JAYA dan juga saudara mara serta qariah kampung. Hadirin yang hadir memenuhi ruang rumah. Selepas tahlil, jamuan nasi belauk dihidang kepada semua hadirin.


Ahli KESIMA JAYA membaca Al-Quran selepas Mahgrib


Mak Long turut sama membaca..


Penuh khusyuk..


Bertahlil...


Jemaah yang hadir sesak untuk tahlil...

Kembali ke Rahmatullah

Sabtu, 14/3/2009 - Jam 2.30 pagi, Ayah Long telah kembali ke rahmatullah di hospital USM. Semua ahli KESIMA JAYA telah berkumpul di Pangkal Gong untuk memberi penghormatan terakhir. Solat jenazah telah diadakan pada pukul 11.00 pagi kemudian di bawa ke perkuburan Tok Bok. Perjalanan upacara pengkebumian berjalan lancar seperti dirancang. Setelah selesai membaca talkin, hujan rahmat turun membasahi bumi. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang dibawah lindungan Rahmat-Nya. Al-Fatihah.. Amin...


Perjalanan majlis lancar...


Semoga dibawah lindungan RahmatNya... Al-Fatihah

Isnin, Mac 09, 2009

Majlis Tahlil & Bacaan Yaasin di Puchong

Ahad, 8/3/2009 - Satu majlis tahlil dan bacaan Yaasin telah diadakan di rumah Ayah Lah Puchong. Program secara bulanan ini telah disertai bersama oleh oleh keluarga Uda, Ayah Ngah dan Su Nie. Hadir sama adik Cik Sham. Majlis telah dimulai dengan sembahyang mahgrib secara berjemaah diimam oleh Uda disusuli bacaan Yaasin dan solat Isyak secara berjemaah. Kemudian jamuan makan nasi briani gam special. Selepas jamuan makan, acara hal-hal lain meliputi menyaksikan acara badminton secara 'live' Chong Wei menentang Lin Dan berkesudahan Chong Wei tewas di tangan Lin Dan.

khusyuk.. Afiq tersengeh...

Adik Cik Sham turut hadir..

Jamuan nasi briani gam special....


Menyaksikan secara 'live' Chong Wei melawan Lin Dan

Khamis, Februari 12, 2009

Bacaan Yaasin dan Tahlil Rumah Mak Su Minah

Selasa, 10/2/2009 - Satu majlis bacaan Yaasin dan Tahlil telah diadakan di rumah Mak Su Minah untuk arwah mok. Telah hadir balik ke Kg.Mata Ayer hanyalah adik beradik dari KL dalam satu kereta sahaja. Sebelum itu, dalam perjalanan balik ke Kelantan, perjalanan memakan masa lebih 2 jam untuk dapat keluar dari KL gara-gara perarakan Thaipusam. Jalan 'jem' melalui Batu Caves. Kami selamat sampai di Kg.Mata Ayer pada pukul 4.00 pagi.

Melihat kawasan tanah

Selasa, 10/2/2009 - Pada petang dalam kul 6.45 petang, Mek telah membawa Ayah Ngah, Ayah Lah, Uda dan Ayah Su melihat kawasan tanah yang telah di tebang di belakang rumah Kg. Mata Ayer. Perjalananan lebih kurang 5 minit.

Ahad, Februari 08, 2009

Majlis Tahlil & Bacaan Yasin di SgP

Sabtu, 7/2/2009 - Satu Majlis Tahlil & Bacaan Yasin yang telah diadakan di teratak Sg.Penchala. Program tersebut telah dihadiri oleh keluarga Uda, Ayah Ngah, Ayah Lah, Su Nie serta dihadiri bersama Along dan Abe Ngah. Program disempurnakan oleh Pengerusi KESIMA JAYA. Aturcara program seperti berikut;
7.00 pm - ketibaan dif-dif jemputan
7.30 pm - solat maghrib berjemaah
7.40 pm - bacaan yaasin & tahlil
8.45 pm - solat isyak berjemaah
9.00 pm - kudapan
10.00 pm- sembang-sembang
Di akhir program, diadakan satu sesi tayangan gambar dan video semasa hari pertunangan Along baru-baru ini.


Tekun bertahlil...


Kanak-kanak riang.... berposing...