Isnin, Disember 01, 2014

KESIMAJAYA FAMILY DAY AT TAMBUN 2014

Sabtu, 30 November 2014 - Satu program Hari Keluarga bagi KESIMAJAYA telah diadakan di Lost World Water Park Tambun. Program bermula dengan konvoi berkereta dari KL ke Ipoh jam 7.00 pagi. Berkumpul di RNR Tanjung Malim untuk sarapan pagi. Konvoi kereta bersambung ke Tambun jam 11.00 pagi. Tiba di Lost World Water Park Tambun jam 12.30 tgh. Jam 1.00 tgh hingga 5.30 petang aktiviti bermain air. Jam 6.00 petang bergerak ke Homestay di Villa Perpaduan Tambun untuk bermalam.
 peace.....
 1, 2, 3, air terjun...
 ronda-ronda tengok rimau atas keretapi...
atas kapal lanun...
Nanti leh datang lagi..

Selasa, Ogos 05, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2014


Salam Aidil Fitri 2014... Maaf Zahir & batin dari KESIMA JAYA

Khamis, Disember 19, 2013

Family Day KesimaJaya 2013 Di Bukit Gambang Resort

 Sabtu, 7 Disember 2013- Merupakan hari bersejarah pada tahun 2013 kerana menjadi hari keluarga KESIMAJAYA 2013 bertempat di Bukit Gambang Resort. Perjalanan bermula pada hari Jumaat lagi, sebahagian keluarga telah bertolak ke Bukit Gambang manakala sebahagian keluarga memilih untuk bertolak pada pagi Sabtu. Hujan masih turun dengan lebatnya setiba di Bukit Gambang. Namun program yang dirancangkan berjalan lancar pada sebelah siang hari. Aktiviti bermula dengan bermain air di Water Park, kemudian Jamuan Makan Tahunan di malam hari serta aktiviti Sukaneka di keesokan harinya. Semoga sambutan hari keluarga ini akan dapat diteruskan untuk tahun-tahun hadapan.


Sebelum bermain air




 Selepas aktiviti bermain air..

Jamuan Makan Tahunan

 Acara Sukaneka

Selasa, Ogos 20, 2013

Salam Aidilfitri 2013..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013... Maaf Zahir & Batin.. dari KESIMAJAYA..

Isnin, Januari 14, 2013

Bacaan Yaasin & Tahlil Garden Homes




Gomo Kelate Gomo





Bacaan Yaasin & Tahlil di Puchong

Sabtu, 30/12/2012 - Satu majlis bacaan Yaasin & Tahlil telah diadakan di Puchong.

 khusyuk...
 yaasin..
 adik ker kakak ni..
mennu hidangan..

Ahad, November 11, 2012

Bacaan Yaasin & Tahlil Sri Intan Nov 2012

Sabtu, 10/11/2012 - Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil bagi bulan November 2012 telah diadakan di kediaman Ayah Ngah di Taman Sri Intan. Majlis bermula selepas solat Asar. Ketibaan ahli KJ KL bermula jam 4.00 petang. Selesai majlis, makan nasi lauk singgang tulang dan daging masak merah. Selesai Isyak, mesyuarat tergempar dibuat bagi membincangkan isu hangat. Beberapa isu selesai dicadangkan antaranya Hari Keluarga yang dicadangkan di adakan di Gold Coast  pada hari Sabtu, 24 November 2012. Penginapan telah berjaya ditempah dan dianggarkan perbelanjaan sebanyak RM 500 satu keluarga.

 khusyuk..
 jiran sebelah turut sama...
 jom makan..

Isnin, Julai 30, 2012

Buka Puasa di Tmn Sri Intan

Ahad, 29/7/2012 - Satu majlis berbuka puasa telah diadakan di kediaman Ayah Ngah di Taman Sri Intan. Majlis bermula dengan kedatangan warga KJ KL sekitar jam 6.30 petang. Buka puasa jam 7.30 petang. kemudian solat Maghrib di surau. Selesai solat maghrib jamuan makan nasi.

Buka puasa dengan air tebu...

Majlis Tahlil & Buka Puasa di Puchong

Sabtu, 28/7/2012 - Satu majlis tahlil bulanan dan Buka Puasa telah diadakan di kediaman Ayah Lah di Puchong. Majlis bermula dengan kedatangan warga KJ KL pada jam 6.30 petang. Jam 7.00 petang tahlil dimulakan dipimpin oleh Pengerusi KJ dan disudahi doa oleh Ayah Su. Jam 7.31 petang buka puasa. Kemudian solat Maghrib dan menjamu nasi. Selepas itu solat Isyak dan Solat Tarawikh di Surau Desa Ayer Hitam. Antara Solat Tarawikh diselangi dengan tazkirah yang diasampaikan oleh Ustaz Tuan Asmawi daripada JAWI. Jam 12.00 tengah malam majlis bersurai.
 Tahlil...
 Pengerusi KJ..
 Buka puasa...
Makan nasi..

Ahad, Jun 17, 2012

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil di Tmn Sri Intan

Sabtu, 16/6/2012 - Satu majlis tahlil bulanan telah diadakan di Taman Sri Intan. Majlis bermula dengan solat Maghrib kemudian diteruskan dengan bacaan Yaasin & Tahlil. Selesai tahlil solat isyak kemudian disusuli jamuan makan. Satu 'surprise' bila tiba-tiba lampu terpadam dan keluar kek istimewa 'Selamat Hari Bapa'. Sambutan Hari Bapa diteruskan dengan menyuap kek kepada bapa masing-masing oleh anak-anak. Majlis kemudian diteruskan dengan pemberian hadiah kepada kaum bapa. KESIMA JAYA mengucapkan 'SELAMAT HARI BAPA' kepada semua kaum bapa dan terima kasih kepada ibu-ibu dan anak-anak yang menjayakan Sambutan HARI BAPA 2012.
bacaan Yaasin..
khusyuk..
 menu hidangan..
 selamat hari bapa....

acara menyuap kek kepada ayah..
 kembar turut hadir...
acara pemberian hadiah kepada bapa..

Ahad, Jun 10, 2012

Makan-makan di rumah Mok Long

Selasa, 5/6/2012 - Majlis makan malam telah diadakan di rumah Mok Long sempena meraikan pengantin baru. Semua warga KJ hadir kecuali Along dan AbeNgah yang telah balik ke KL. Makan malam bermula selepas Isyak. Menu hidangan disediakan oleh Chef Wan dan Mok Long.
sedap tu sup.......

peace.....
control hensem....
kaum bapa dan tok mek...
pengantin baru red warrior...

Makan-makan di rumah Cik Nor

Isnin, 4/6/2012 - Majlis makan tengahari dibuat di rumah Cik Nor & Chef Wan sempena makan bersama pengantin baru. Semua warga KESIMA JAYA hadir kecuali keluarga Ayah Uda yang berada di KB. Menu makan ialah nasi ayam yang telah disediakan oleh Chef Wan sekeluarga.
chef Wan menyiapkan hidangan...
jemput makan...
pengantin baru turut bersama...

Selamat Pengantin Baru Angah

Sabtu, 2/6/2012 - Majlis 'bekwah' dan perarakan ke rumah pengantin lelaki telah diadakan pada hari ini. Majlis bermula jam 12.00 tengahari dengan kedatangan tetamu jemputan. Jam 1.00 petang keluarga pengantin perempuan tiba. Keluarga pengantin dan pengantin dijamu makan. Jam 4.00 petang keluarga pengantin perempuan berangkat pulang. KESIMA JAYA mngucapkan "Selamat Pengantin Baru Angah & Liyana" dan mengalu-alukan warga baru dalam KESIMA JAYA.
rombongan pengantin perempuan tiba..
pengantin dijemput naik ke rumah...
santapan pengantin...

jemput makan....

bergambar sebelum bertolak pulang...